Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Inilah 7 Perkara yang Pemandu Kereta Kena Faham Pasal Motosikal
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 7 Perkara yang Pemandu Kereta Kena Faham Pasal Motosikal

WahidBy Wahid17/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBAGAI pembuka artikel, sukalah kami memaklumkan yang  kami bukan hendak memburukkan pemandu kereta dan pengguna jalan raya lain. Sebaliknya, kami mengharapkan artikel ini dapat memberikan kefahaman asas mengenai pengendalian motosikal dan pe’el penunggangnya.

Ingin ditegaskan, kami sama sekali tidak menyokong sebarang tindakan penunggang motosikal yang menunggang melulu dan menyalahi undang-undang jalan raya. Kami juga harap apa ditulis ini boleh membantu pemandu kereta dan pengguna jalan raya lain lebih memahami apa dilalui penunggang motosikal.

BACA>>> #TahukahAnda: Kenapakah Motosikal Perlu ‘Tune Up’, Bilakah Perlu Buat?

Baiklah, mari kita mulakan.

1. Motosikal Tidak Boleh Membrek Kuat Ketika Membelok

Sudah banyak kali kami terserempak sesetengah pemandu bertindak memangkah atau ‘makan jalan’ ketika membelok. Ini jelas menunjukkan si pemandu gagal mengambil selekoh dengan betul dan selamat hingga perlu memangkah lorong sebelah.

 

Tahukah anda, tindakan itu boleh menjejaskan arah haluan sesebuah motosikal yang sedang dimiringkan dalam selekoh sama, sekali gus memaksa si penunggang membrek mengejut. Ada dua senario mungkin terjadi apabila membrek dalam keadaan miring di selekoh.

Pertama, tayar depan atau belakang mungkin terkunci hingga menyebabkan penunggang tergelincir dan terjatuh. Ini pernah berlaku kepada penulis kerana dipangkah kereta di selekoh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Siapa pernah lalu sini?

Kedua, tindakan membrek kuat di tengah selekoh akan menegakkan motosikal. Apabila ini berlaku, motosikal akan terbabas jauh dari tengah selekoh dan menghala ke bahu jalan. Inilah sebab kenapa motosikal besar dilengkapi ciri ‘ABS Selekoh’ (Cornering ABS), tetapi bukan bermaksud semua motosikal boleh membrek kuat ketika melayan selekoh.

2. Motosikal Tidak Boleh Membrek Terlalu Mengejut

Sesebuah motosikal juga tidak dapat membrek mengejut dalam keadaan lurus dan tegak. Ini kerana imbangan motosikal hanya berdiri atas dua tayar. Tambahan lagi, permukaan sentuhan (contact patch) tayar motosikal sangat kecil.

Inilah punca yang menyebabkan tayar motosikal mudah terkunci, terutama ketika menunggang atas jalan basah. Selain itu, penunggang juga mudah hilang keseimbangan badan jika motosikal dihentikan mengejut disebabkan respons fork depan yang melantun kembali .

Situasi ini sering terjadi apabila pemandu menghimpit rapat depan motosikal. Berbeza motosikal, sesebuah kereta mempunyai empat tayar dengan permukaan sentuhan lebih besar.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Pelumba Profesional Julur, Goyang Kaki di Selekoh?

3. Motosikal Ada Bahagian Depan Kecil

Hampir semua bahagian depan motosikal tidak lebar daripada bahu penunggang, kecuali jentera jenis tourer. Secara psikologi, ini membuatkan pemandu menganggap motosikal sebagai objek yang tidak berbahaya berbanding kenderaan bersaiz besar seperti lori.

Ini dibuktikan satu kajian yang mengesyorkan pemandu menyebut perkataan ‘motor’ kepada diri sendiri supaya mindanya dapat ‘melihat’ atau ‘nampak’ motosikal ketika memandu.

4. Motosikal Dapat Menuju ke Arah Pemandu dengan Laju

Hasil kajian juga mendapati ramai pemandu gagal mengagak jarak motosikal yang sedang menuju ke arahnya tanpa mengira beza halaju. Ini sering berlaku kepada pemandu yang tiada pengalaman bermotosikal. Malangnya, sentiasa ada segelintir pemandu kurang sabar yang akan meluru keluar di depan motosikal.

5. Agak Sukar Hendak Nampak Motosikal

Motosikal juga susah dilihat pemandu kerana majoriti kenderaan dua roda bersaiz lebih kecil. Situasi menjadi bertambah rumit apabila penunggang berada dalam kawasan titik buta. Pemandu kereta perlu menoleh ke sisi dan belakang untuk memastikan tiada kelibat motosikal sebelum menukar lorong atau membelok.

Namun, ramai pemandu terlupa atau cuai untuk berbuat demikian, terutama apabila lambat memberikan lampu signal belok untuk mengambil selekoh atau menukar lorong.

6. Motosikal Lebih Tangkas

Kami tidak pernah bersetuju dengan sikap penunggang yang suka mencilok sesuka hati di tengah kesesakan trafik. Namun faktanya, memang lebih selamat untuk penunggang jika tidak berada di belakang kenderaan lain. Teknik supaya tidak menunggang di belakang kenderaan lain juga diajar kepada polis trafik.

Jadi, pemandu perlu peka dan tidak leka tentang kemungkinan ada kelibat motosikal di sebelah. Inilah sebab penunggang tidak dapat mengelak apabila ‘dipangkah’ kereta yang menukar lorong secara tiba-tiba, terlalu dekat atau tiada ruang untuk mengelak.

7. Sekolah Memandu Tidak Ajar Cara Memandu Betul

Maaf cakap, kebanyakan pengguna jalan raya di Malaysia memang tiada kemahiran mencukupi kerana kita tidak diajar cara betul mengendalikan kenderaan, atau teknik memandu dalam situasi sebenar.

Contohnya, kita tidak diajar untuk memastikan kehadiran kenderaan lain di sisi kenderaan, atau cara keluar-masuk simpang yang betul. Jadi, kita harus menggunakan akal budi (make sense) sendiri untuk melihat apakah kesan dan akibat daripada sesuatu  perbuatan itu sebelum bertindak. 


PENUTUP

Ramai bersetuju orang Malaysia baik hati, tetapi sikap itu hilang sama sekali ketika berada atas jalan. Sebaliknya, kita lebih suka fikirkan siapa betul atau salah. Pemandu salahkan penunggang, penunggang pula salahkan pemandu, dan akhirnya kita tidak belajar apa-apa.

Disebabkan pihak berkuasa pun gagal melatih kita menjadi pemandu berhemah, maka tanggungjawab itu haruslah dipikul diri sendiri. Insya-Allah kita semua akan lebih selamat dan lebih relaks ketika memandu.

Pada masa akan datang, kami akan kongsikan pula artikel tentang apa yang perlu penunggang motosikal faham pasal kereta. Teruskan bersama kami di ArenaPermotoran dan PanduLaju untuk berita terkini dan artikel bermanfaat mengenai dunia automotif dan permotoran

BACA >>> #ApaNakBuat: Ikut 5 Tip Ini Kalau Nak Jaga Tayar Motosikal

autotainment Peel Motosikal Ragam Motosikal tahukah anda
Wahid

Artikel Berkaitan

Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
Sembang Deras

#TahukahAnda Malaysia Ada Kereta Api Mewah Ala Eropah?

31/12/2025
Penunggang motosikal
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Penunggang Motosikal Lebih Sihat Mental?

19/12/2025
Naik motosikal dari KL ke London
Autotainment

#ApaNakBuat: Berapa Lama Perjalanan Motosikal KL – London?

12/12/2025
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.