Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Inilah 23 Aktiviti, Perniagaan DIHARAMKAN Sepanjang PKPB!
Auto Terkini

#TahukahAnda: Inilah 23 Aktiviti, Perniagaan DIHARAMKAN Sepanjang PKPB!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEMBUKAAN semula sektor ekonomi bermula 4 Mei ini adalah hasil positif yang dicapai daripada pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan kerja keras petugas barisan hadapan dalam memerangi penularan Covid-19. Namun, Kerajaan juag sedar tentang potensi penularan atau jangkitan semula jika berlaku ketidakpatuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Bagi memastikan pembukaan sektor ekonomi ini menepati sasaran, Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan mengecualikan beberapa sektor dan aktiviti tertentu yang berisiko menyebabkan penularan wabak Covid-19.

BACA >>> #TahukahAnda: 10 Sektor yang Dibenarkan Buka Operasi 4 Mei Ini
BACA >>> PM: Tak Boleh Rentas Negeri Balik Raya Tahun Ini!
BACA >>> Ramai Sudah Boleh Mula Kerja Isnin Ini!
BACA>>> FAQ BNM: Apakah Fakta Penting Moratorium yang Perlu Anda Tahu?

Senarai aktiviti dilarang sepanjang PKPD di bawah ini dibuat selepas mengambil kira  justifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berasaskan:

  • Sukar mengawal keadaan yang terdapat ramai orang pada satu-satu masa.
  • Kemungkinan pendedahan kepada titisan pernafasan.
  • Sukar untuk mengawal perilaku.
  • Kemungkinan kontak rapat dalam masa panjang yang tidak dapat dielakkan.
  • Keberadaan dalam ruang rapat dan tertutup pada masa lama.

SENARAI AKTIVITI DILARANG KERAJAAN

1. Hiburan dan Riadah
  • Pawagam
  • Pusat Karaoke
  • Taman Tema
  • Muzium
  • Busking
2. Perayaan, Perarakan dan Perhimpunan
  • Perarakan keagamaan
  • Aktiviti agama berjemaah di masjid/rumah ibadat
  • Sambutan ulang tahun pasukan keselamatan (perarakan)
  • Sambutan Aidilfitri, kecuali ahli keluarga terdekat (tidak lebih 20 orang pada satu-satu masa), Raya pertama sahaja.
3. Persidangan dan Pameran
  • Pameran kerjaya
  • Pameran perkahwinan
  • Promosi dan pakej pelancongan
  • Karnival jualan
  • Semua jenis persidangan melibatkan kumpulan ramai
4. Pendidikan
  • Sukan ketika sesi persekolahan
  • Aktiviti kokurikulum bersemuka
  • Sebarang bentuk perhimpunan sekolah
  • Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih 10 orang
5. Sukan
  • Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong/penonton yang ramai (stadium)
  • Segala aktiviti sukan dalaman (termasuk gimnasium)
  • Kolam renang
  • Sukan bersentuhan seperti ragbi, gusti, tinju, bola sepak, bola keranjang
6. Aktiviti Sosial
  • Kenduri-kendara
  • Majlis perkahwinan dan sambutan ulang tahun atau sebagainya

BACA>>>Raja Dikritik Sebab Beli Rolls-Royce dan BMW untuk 14 Isteri

7. Pengangkutan
  • Kapal persiaran
8. Perniagaan Berpremis/Penjajaan Tanpa Premis/Pasar Berbangunan/Pasar Tanpa Premis/Peruncitan/Serbaneka Makanan & Minuman
  • Bilangan pelanggan yang sangat ramai pada satu-satu masa (tertakluk pengiraan radius jarak minimum 1 meter)
  • Bazar Ramadan
  • Bazar Hari Raya
9. Kemudahan Penginapan Berpusat Pekerja (CLQ)/Hostel/Asrama Pekerja di Sektor Pembuatan dan Lain-Lain
  • Terima pelawat
  • Bersosial dan bersukan secara berkumpulan
  • Solat berjemaah/aktiviti ibadah lain
10. Pemasangan dan Penyenggaraan Jentera (Lif, Eskalator, Dandang dan Lain-Lain) bagi Sektor Perkhidmatan/Menara Kren (Tower Crane) di Tapak Pembinaan.
  • Menjalankan kerja secara berkumpulan lebih 10 orang
11. Kedai Pakaian dan Aksesori Fesyen
  • Aktiviti mencuba pakaian
12. Dobi (khas dobi layan diri)
  • Aktiviti melipat pakaian
13. Ceramah/Seminar/Kursus/Latihan Secara Bersemuka
14. Aktiviti Pensijilan bagi Agrikomoditi
15. Kedai Gunting Rambut dan Salun Kecantikan
16. Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan
  • Urus niaga mendapatkan jualan (sales and marketing activities) di luar premis institusi kewangan, atau kawasan awam, tidak dibenarkan buat masa ini hingga diumumkan kelak
17. Pengurusan Perhutanan
  •  Eko pelancongan hutan
  • Latihan perhutanan
18. Perlombongan dan Kuari
  • Permohonan baharu bagi peperiksaan teori dan amali pembedil (peletupan)
19. Perladangan dan Pertanian
  • Hari bertemu pelanggan
  • Hari jualan barang bekalan ladang(BBL)
  • Pesta makan buah-buahan
  • Kursus/seminar
  • Konvokesyen institut pertanian
  • Lelongan jualan produk ternakan seperti ayam, telur, daging dan sebagainya
20. Perikanan
  • Aktiviti perikanan rekreasi
  • Pusat taman laut, pameran dan akuarium
21. Seni Kreatif
  • Penggambaran filem
  • Acara/konsert/program yang melibatkan orang awam di studio atau tempat awam
22. Kebudayaan dan Kesenian
  • Pameran yang melibatkan interaksi antara pelawak dan orang seni
23. Pelancongan dan Perhotelan
  • Penggunaan fasiliti hotel seperti surau, gimnasium, spa, sauna, sounge, kolam renang, bilik mesyuarat, dewan seminar, bilik latihan, restoran dan kafe (bagi tujuan bufet)
23 Aktiviti dan Perniagaan Dilarang Sepanjang PKPD Auto Terkini Covid-19 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) PKP PKP Fasa Keempat
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.