• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Kenapa Dacia Boleh Jual Kereta dengan Harga Murah?

#TahukahAnda: Kenapa Dacia Boleh Jual Kereta dengan Harga Murah?

May 20, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


DALAM segmentasi pasaran, memang wujud khalayak pengguna yang mementingkan harga dan ini bukan perkara mudah untuk pengeluar. Margin keuntungan kereta berstatus ekonomikal tidak tinggi dan pengeluar perlu menjual dalam kuantiti banyak untuk meraih keuntungan.

Bagaimanapun, cabaran itu bukan halangan buat Dacia kerana pengeluar itu membuktikan yang produk jenama tersebut boleh dijual pada harga sangat berpatutan.

BACA >>> Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Paling Laris di Dunia (2017), Tewaskan Volkswagen

kilang-dacia-groupe-renault
dacia-logo

Dacia ditubuhkan pada 1966 di Romania dan hari ini terkenal sebagai pengeluar  yang menawarkan model kereta dengan pakej terbaik. Di Britain, model supermini Sandero dijual pada harga £6,995 (RM36,840) sahaja. Sekarang bayangkan anda bekerja di London dengan pendapatan £2,000 (RM10,680) sebulan. Di sana, harga kereta dijual 'rendah' kerana taraf hidup dan nilai tukaran wang tinggi. Menarik bukan?

Sebagai makluman, kebanyakan model Dacia dijual bawah £10,000 (RM53,390). Berikut senarai harga beberapa model kereta jenama itu mengikut harga runcit disyorkan pengeluar:

BACA >>> Citroen Rancang Hasilkan Kereta Bajet Rendah untuk Rakyat India

Dacia Sandero
Dacia Logan MCV
Dacia Sandero Stepway
Dacia Duster
Dacia Logan MCV Stepway
  • Sandero - £6,995 (RM36,840)
  • Logan MCV - £8,495 (RM44,740)
  • Sandero Stepway - £9,245 (RM48,700)
  • Duster - £10,995 (RM57,910)
  • Logan MCV Stepway - £12,445 (RM65,550)

Dacia sejak awal penubuhan mempunyai kaitan dengan pengeluar Perancis, Renault. Model pertama, Dacia 1100 dijenamakan semula daripada Renault 8 yang mana komponen kereta itu dihasilkan di Perancis.

Pada 1999, Groupe Renault membeli Dacia dengan wawasan jelas iaitu membangunkan kepakaran Dacia dan memanfaatkan situasi geografi bagi memasarkan kereta penumpang paling murah di Eropah Timur. Pada masa itu, negara Eropah di sana sedang dalam proses pembangunan semula.

Jadi, pendekatan diambil perlu luar biasa dan buat kali pertama dalam sejarah industri automotif, metod reka untuk kos (design to cost) diaplikasikan. Caranya adalah seperti berikut:

  • Awal sampai akhir, harga jualan akhir sudah siap dimasukkan dalam setiap aspek kekangan teknikal, atau harga jualan diambil kira lebih awal.
  • Tidak berkompromi dengan aspek ketahanan dan keselamatan. Pengoptimuman kos adalah aspek kritikal pada setiap peringkat rekabentuk kenderaan.
  • Penggunaan komponen dan teknologi Groupe Renault yang sudah terbukti dijadikan aset signifikan.
  • Pasukan projek Dacia beroperasi ibarat syarikat start-up, iaitu bermula dengan bajet terhad.
Dacia Logan (2004)
Dacia Sandero (2008)
Dacia Sandero Stepway (2008)

Hasilnya, muncullah model sedan Logan yang diperkenalkan pada 2004 pada harga sangat berbaloi dan tidak jauh berbeza dengan kereta terpakai! Berbekalkan kejayaan Logan, pengeluar itu memasarkan pula Sandero pada 2008 dan model kenderaan utiliti sukan (SUV), Sandero Stepway.

Dacia Duster (2010)
Dacia Duster (2010)

Pada 2010, revolusi baharu bermula menerusi pengenalan Duster (foto atas). SUV tersebut meraih angka jualan baik dengan mengekalkan DNA Dacia dari segi keluasan dalaman, ringkas, praktikaliti dan tawaran harga berbaloi. Apabila bercakap mengenai harga, pasti dikaitkan dengan jumlah jualan. Maksudnya, apabila harga rendah, sepatutnya jualan melonjak tinggi.

BACA >>> Renault Koleos (2020) Facelift di Malaysia, Harga Mula RM179,888

Berikut jumlah jualan tiga model Dacia:

  • Logan: 1.8 juta unit, sejak 2004
  • Sandero (termasuk Stepway): 2.1 juta unit, sejak 2008
  • Duster: 1.6 juta unit, sejak 2010
Logan MCV (2007)
Lodgy (2012)
Dokker (2012)

Dacia tidak hanya menumpukan pasaran sedan atau hatchback sahaja. Ada pelbagai model lain ditawarkan seperti wagon Logan MCV (2007), dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Logdy dan Dokker (2012).

Dacia juga satu-satunya pengeluar yang menawarkan model dengan pilihan dua jenis bahan api, iaitu petrol atau LPG untuk semua model jenama itu. Apa lagi perancangan Dacia?

Pengeluar itu, yang berbekalkan kepakaran Groupe Renault selama sedekad, berhasrat menawarkan kereta elektrik pada harga mampu milik. Langkah tersebut sudah pun bermula menerusi pengenalan model Spring pada Mac 2020. Kereta elektrik itu dikatakan mampu dipandu hampir 200km dengan sekali cas penuh. Ramai ternanti, berapakah harganya?

Adakah model itu bakal jadi kereta elektrik paling mampu milik untuk pengguna kebanyakan?

BACA >>> Kajian Jadi Bukti Kenapa Dacia Cuma Mahu Tumpu Hasilkan Kereta Ringkas

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: auto terkini, autotainment, Dacia, Dacia Duster, Dacia Logan, Dacia Sandero, Groupe Renault, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran
    #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • 5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia
    5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia
  • 5 Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Tukar ECU Aftermarket untuk Bikin Motor Laju
    5 Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Tukar ECU Aftermarket untuk Bikin Motor Laju

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my