Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Ini 6 Fakta Menarik Tentang Sistem Brek Brembo MotoGP 2022
Autotainment

#TahukahAnda: Ini 6 Fakta Menarik Tentang Sistem Brek Brembo MotoGP 2022

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SATU persamaan setiap pelumba MotoGP 2022 ialah mereka menunggang pada kelajuan tinggi dan perlu segera memperlahankan kelajuan motosikal secara mendadak.

Tugas setiap tahun itu diserahkan kepada firma pembekal brek MotoGP, Brembo dan untuk musim 2022, ada enam fakta menarik yang anda perlu tahu mengenai tawaran sistem henti daripada firma Itali tersebut.

CAKERA 355mm

  • Semua pelumba MotoGP 2022 kini ada akses menggunakan cakera sebesar 355mm jenis gentian karbon dengan jalur ventilator selain dua saiz yang diperkenalkan Brembo tahun sebelumnya iaitu 340mm dan 320mm.
  • Ujian dijalankan di Litar Antarabangsa Sepang dan Litar Antarabangsa Mandalika membuktikan keberkesanan cakera brek Brembo semasa pelumba membuat pembrekan kuat (hard-braking). Cakera itu juga didakwa sesuai digunakan di litar lain seperti Spielberg Red Bull Ring (Austria), Twin Ring Motegi (Jepun) dan Litar Antarabangsa Buriram (Thailand).
  • Brembo mendakwa cakera 355mm memiliki daya ventilator dan pengurusan haba paling baik.

BACA >>> Brek Dram vs Brek Cakera: Apakah Tanda Brek Kereta Anda Sudah Haus?
BACA >>> Brek Cakera vs Brek Dram – Ketahui Fungsi dan Mana Satu Lebih Baik

DUA PILIHAN BERAT BREK CAKERA

  • Cakera 340mm dan 320mm ditawarkan dengan dua pilihan berat iaitu Standard Mass dan High Mass untuk kedua-dua saiz.
  • Banyak pasukan dijangka menggunakan cakera 340mm. Sebagai tambahan, Brembo juga menawarkan cakera dengan liang ventilator 340mm untuk kegunaan trek yang mencabar sistem brek.
  • Cakera 340mm dengan liang ventilator itu pernah debut di litar Red Bull Ring tahun lalu. Material binaannya ialah gentian karbon yang sememangnya jauh lebih baik berbanding jenis keluli tahan karat.

BACA >>> Brembo Perkenal Konsep Kaliper Brek Motosikal Bercahaya, Boleh Tukar Warna

KALIPER GP4

  • Kaliper brek GP4 kembali semula ke arena MotoGP. Komponen yang diperbuat menggunakan seketul blok aluminium itu dipasang secara radial dengan rekaan empat piston. Kaliper itu ada sirip membantu proses penyejukan.
  • Ada peranti spring pada sistem anti-drag GP4 yang menambah baik daya membrek serta mencegah pad brek bergesel dengan cakera depan ketika pelumba tidak menarik tuil brek.
  • Versi terbaharu GP4 diperkenalkan pada 2020 dan merupakan kaliper popular dalam kalangan pelumba. Ada juga pelumba MotoGP lebih gemar menggunakan model keluaran 2019.

BACA >>> Pelumba MotoGP Dapat Kaliper Brek Brembo GP4 Baharu, Kini Ada Sirip Penyejuk

PILIHAN MASTER CYCLINDER

  • Ada beberapa opsyen master cyclinder brek disediakan untuk pelumba. Tujuannya untuk mereka memilih mana satu dan kustom kegunaan brek mengikut gaya tunggangan masing-masing.
  • Ada fungsi penyelarasan untuk pelumba mengubah tetapan tuil brek mengikut konsidi serta keperluan perlumbaan.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Cakera Brek Depan Lebih Besar daripada Belakang?

BREK IBU JARI

  • Brek belakang kawalan ibu jari kembali ditawarkan untuk musim 2022. Sebenarnya, dua pertiga pelumba MotoGP masih menggunakan brek kaki tetapi ada peratus kecil pelumba memilih penggunaan brek ibu jari.
  • Brek itu mula digunakan di trek oleh pelumba legenda Mick Doohan sekitar tahun 1990-an. Ada beberapa desain brek ibu jari iaitu komponen yang mengaktifkan kedua-dua kaliper brek pada motosikal atau kombinasi brek ibu jari dan brek kaki.
  • Opsyen kedua menawarkan pilihan lebih baik kepada pelumba sama ada menggunakan salah satu atau kedua-duanya memandangkan sistem henti itu menggunakan sistem piston (depan dan belakang) secara berasingan.

BACA >>> #RetroAuto: Idea Doohan, Skil Rossi Popularkan Brek Ibu Jari dalam MotoGP

RIM MARCHESINI

  • Rim Marchesini adalah sebahagian jenama dan produk Kumpulan Brembo dan lapan daripada 12 pasukan MotoGP memilih menggunakan rim tempaan magnesium tersebut.
  • Rim depan ditawarkan dengan pilihan lima atau tujuh jejari berbentuk abjad Y.

SUMBER: UltimateMotorcycling

2022 MotoGP autotainmen Brek Brembo Brek Ibu Jari Brembo MotoGP Kaliper Brembo GP4 Marchesini roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    BSH memang hadiah utama MMOTY 2026
    Auto Terkini

    BSH Dominasi Anugerah Allianz – Bikes Republic MMOTY 2026, Umum Peluas Rangkaian BigWing di Utara

    03/04/2026
    Ducati Superleggera V4 Centenario 2026
    Roda2

    Ducati Superleggera V4 Centenario 2026 – Superbike Paling Ekstrem Dunia, Hanya 500 Unit

    03/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    04/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.