Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Bolehkah Petrol Rosak atau Mengalami Degradasi?
Autotainment

#TahukahAnda: Bolehkah Petrol Rosak atau Mengalami Degradasi?

WahidBy Wahid09/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


BAHAN api ialah bahan penting untuk setiap enjin pembakaran dalaman. Senang cakap, kereta atau motosikal tidak mampu bergerak ke mana-mana kalau tidak diisikan bahan api, yang selalu dirujuk ramai sebagai minyak.

Bahan api digunakan enjin motosikal ialah petrol, kerana setakat ini tiada lagi model dua roda yang menggunakan diesel, atau gas. Memang motosikal dikuasakan diesel pernah dihasilkan, tetapi penggunaannya kekal tidak praktikal.

Di negara seperti India pula, penduduk di sana boleh mengisi motosikal mereka dengan bahan api jenis etanol dengan nisbah etanol-petrol sebanyak 80:20. Etanol ialah bahan api yang diperoleh daripada sumber tumbuhan boleh diperbaharui seperti tebu dan jagung.

Namun, bukan hal bahan api alternatif yang mahu disembangkan. Artikel kali ini akan membincangkan persoalan, bolehkah petrol rosak ataupun mengalami degradasi?

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Mengesan dan Atasi Masalah Injektor Bahan Api?

APAKAH PETROL?

Petrol ialah sebatian yang mengandungi hidrokarbon, selain beratus-ratus bahan lain. Namun, hidrokarbon ialah bahan paling banyak ditemui dalam petrol, dan bahan inilah yang menghasilkan tenaga apabila dibakar.

Petrol tidak dapat diperoleh secara semula jadi, sebaliknya dihasilkan melalui proses tapisan dan penyulingan minyak mentah. Petrol sesuai digunakan sebagai bahan api dalam enjin kerana memiliki sifat yang senang mengewap.

APAKAH BERLAKU APABILA PETROL ROSAK?

Hidrokarbon dalam petrol senang mengewap apabila didedahkan kepada udara dan kepanasan dengan meninggalkan sisa bahan lebih ‘berat’. Sisa petrol ini pula akan teroksida yang meninggakan bahan gelap dan melekit dipanggil ‘gam’ (gum) atau ‘varnis’ (varnish) berwarna jingga gelap.

Gam yang mula terbentuk atau mengalir dalam tiub minyak akan melekat pada dinding tiub dan menyebabkan aliran petrol tersekat. Situasi ini bolehlah disamakan dengan simptom saluran darah tersumbat.

Malangnya, situasi ini tidak terbatas kepada tiub minyak saja, tetapi berlaku pada komponen yang terdedah kepada petrol seperti pam minyak (fuel pump), sensor meter minyak, penapis petrol dan injektor. Lama-kelamaan, komponen berkenaan akan rosak disebabkan disebabkan mendapan gam tersebut.

BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Cara Menunggang Pengaruhi Usia Palam Pencucuh?

Namun, penyuntik bahan apilah paling cepat terjejas (sama juga jet karburetor), yang mana anda akan dapat simptom-simptom seperti berikut:

  1. Campuran bahan api tidak dapat disuntik dalam keadaan halus.
  2. Enjin sukar dihidupkan dan rasa tidak lancar.
  3. Silap haribulan, titik-titik petrol besar akan disemburkan ke dinding silinder yang menyebabkan petrol itu ‘membasuh’ minyak hitam. Apabila ini berlaku, gelang piston (piston ring) akan bersentuhan dengan dinding silinder, dan menyebabkan masalah kehausan enjin. Ia juga boleh menyebabkan enjin ‘jem’
  4. Minyak yang tidak habis dibakar akan merosakkan pemangkin ekzos.
  5. Sisa karbon terhasil terlampau banyak hingga menyebabkan ekzos dan pemangkin tersumbat serta mengotorkan alam sekitar.
  6. Enjin mengalami kehilangan kuasa kerana sebahagian bahan api tidak dibakar habis.

BAGAIMANAKAH BOLEH ATASI MASALAH INI?

Syarikat-syarikat petroleum akan mencampurkan bahan khas supaya hidrokarbon dalam petrol tidak mengewap terlalu cepat, terutama untuk negara bercuaca panas seperti Malaysia.

Namun, pada masa sama kita juga tidak tahu keberkesanan campuran tersebut dan seberapa pantaskah petrol yang diisi akan teroksida. Ini kerana kita tidak terus menghabiskan keseluruhan tangki minyak selepas diisi. Kita juga tidak tahu sudah berapa lama petrol berada dalam tangki bawah tanah di sesebuah stesen petrol sebelum dijual.

Di sinilah, pengguna mungkin boleh menggunakan produk pencuci sistem bahan api (fuel system cleaner atau petrol system cleaner) di pasaran. Kami sarankan pilihlah jenama terkenal dan berkualiti. Boleh gunakan produk ini setiap 5,000km.

BACA >>> #PanduUji: Puas Hati Balun Toyota GR Supra, Kereta Power yang Jimat Minyak!?

Auto Terkini autotainment Bolehkah Petrol Rosak petrol roda2 Roda4 tahukah anda
Wahid

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.