Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Bagaimanakah Bar Anti-Oleng Bekerja?
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Bar Anti-Oleng Bekerja?

Han OthmanBy Han Othman04/02/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERNAHKAH anda dengar tentang bar anti-oleng atau dalam istilah Inggeris dipanggil anti-roll/sway bar? Memang mudah mengetahui maksud kerana klu tentang fungsi ada pada nama komponen itu sendiri, iaitu bar yang melawan olengan. Tetapi apa pula penjelasan setepatnya?

* Penjelasan selepas ini akan disebut bar anti-roll.

Anatomi bar anti-roll ringkas sahaja, iaitu logam (biasanya keluli) silinder panjang berbentuk U dan bersambung dengan suspensi yang secara am berada di sisi gandar menerusi lengan kawalan (control arm). Ia biasanya dipautkan pada casis, di tengah dua poin dengan sesendal (bushing) getah.

Kenapa perlu ada bar anti-roll? Sebabnya, kereta memang ada olengan badan yang dipanggil body roll.

Tetapan suspensi depan dengan bar anti-oleng (ditanda merah).

Ketika membelok, *berat sprung (sprung mass) badan kereta secara semula jadi akan beranjak ke sisi luar kereta, dan inilah yang dipanggil body roll. Situasi ini tidak digemari pemandu kerana kecondongan kereta akan membuatkan roda mula senget, sekali gus mengurangkan sentuhan tayar atas permukaan jalan.

Olengan badan melampau juga berisiko mengakibatkan kereta jadi kurang responsif dan mengambil masa lama untuk bertindak balas dengan arahan pemandu.  Maknanya, kereta tanpa bar anti-roll ialah sebuah jentera yang degil dan enggan mematuhi arahan kita. Setiap belokan akan jadi kurang tajam dan tidak tepat.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Pegang Stereng Kereta dengan Betul?

Sebaliknya, jika bar anti-roll dipasang, tenaga dari bahagian suspensi  yang lebih terbeban akan disalurkan menerusi bar secara daya pulas (twisting force) dengan ‘menarik’ roda ke sisi bertentangan dari gandar ke arah badan. Kita mesti faham, bar anti-roll tidak menyingkirkan body roll sepenuhnya, tetapi dapat mengurangkan kesan olengan itu.

Bagaimanapun, bar anti-roll juga ada kelemahan. Sekiranya salah satu suspensi terjejas, komponen itu tidak lagi ideal untuk menangani kondisi jalan raya kurang elok. Inilah sebab kenapa suspensi jenis independen dihasilkan.

Tambahan bar anti-roll boleh dikompromi. Namun kesan body roll yang disalurkan ke kabin boleh menyebabkan ketidakselesaan dan membuatkan kereta sedikit bergegar. Jadi pengeluar perlu melakukan tetapan terbaik, iaitu memasang bar anti-roll yang tidak terlalu keras supaya dapat diseimbangkan dengan keselesaan dan prestasi kereta.

BACA >>> 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda

Sesetengah pengeluar menemui penyelesaian kepada masalah tersebut, iaitu menambah baik kecekapan bar anti-roll dengan memuatkan sistem aktif. Ciri ini menggantikan komponen tunggal dengan dua bar oleng dari motor tengah. Sensor akan memantau sudut stereng dan olengan, dan apabila diperlukan daya pulas akan diaktifkan secara elektronik, dengan menaikkan roda yang kurang terbeban dan melawan olengan.

Dari segi modifikasi pula, bar anti-roll mampu menambah baik kemampuan membelok, termasuk mengubah keseimbangan kereta. Misalnya, bar anti-roll yang keras di belakang kenderaan pacuan roda depan (FWD) dapat mengurangkan situasi belokan kurang atau understeer, manakala kenderaan paduan roda belakang (RWD) meminimumkan situasi belokan lebih (oversteer).

BACA >>> Benarkah Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) Tidak Berfungsi Jika Pandu Lebih 80kmj?

Penting untuk kita sedar bahawa diameter besar bar anti-roll bukanlah kriteria utama yang menentukan komponen itu lebih rigid, atau kuat. Panjang dan posisi lengan tuas (jarak antara poin aplikasi daya dan paksi) juga mampu mempengaruhi kekuatan komponen.

Kerap kali kita lihat dalam sukan permotoran, bar anti-roll boleh laras digunakan. Sebabnya, komponen itu membolehkan imbangan kereta dilaraskan dengan cepat dan mudah mengikut kehendak pemandu.

Dalam dunia off-road pula, sesetengah pemandu memilih untuk tidak menggunakan khidmat bar anti-roll sepenuhnya supaya mereka boleh dapat mengoptimumkan artikulasi atau sendi gandar.

Suspensi torsion beam Honda Civic (FK2) Type R sudah cukup keras untuk tidak memerlukan bar anti-oleng belakang.

* Berat sprung (sprung mass) – Berat fizikal kereta bahagian atas yang disokong suspensi seperti badan, frem, komponen dalaman, penumpang dan kargo. Tetapi tidak termasuk berat bawah suspensi seperti rim, tayar, bering, brek cakaera, kaliper – disebut berat unsprung

SUMBER: CarThrottle
Anti-Roll Bar autotainment Bar Anti-Oleng Body Roll Olengan Badan Roda4 tahukah anda
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Denza Z9 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

13/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

10/07/2026
Jaecoo J5 EV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

09/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.