Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Bagaimanakah Pilih Karpet Kereta yang Sesuai?
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Pilih Karpet Kereta yang Sesuai?

Han OthmanBy Han Othman18/01/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INI antara aksesori kereta yang paling tidak diambil peduli. Kemudian dipijak-pijak pula hampir setiap hari. Ramai pemandu tidak peduli tentang jenis karpet kereta (atau alas lantai atau floor mat) yang sesuai untuk kenderaan mereka.

Karpet kereta tidak hanya melindungi kenderaan anda daripada kotoran, tumpahan dan habuk, tetapi juga memberikan keselesaan pada kaki ketika memandu. Jadi, jangan diabaikan begitu saja hanya kerana namanya karpet kereta yang menjadi alas kaki pemandu dan penumpang. Malah rekabentuk sesebuah kereta itu boleh dikatakan tidak akan sempurna tanpa karpet kereta. Betul?

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Tanggalkan Pelekat Motosikal Tanpa Kesan

Memilih karpet kereta yang tepat tidak memerlukan sebarang ijazah kedoktoran dalam kejuruteraan automotif. Cuma perlukan sedikit sentuhan rasa, dan idea bernas tentang apa dimahukan serta keutamaan anda. Berikut beberapa tip mudah yang boleh membantu anda.

PILIH MATERIAL TEPAT UNTUK KARPET KERETA

Ini perkara paling penting yang perlu anda buat, iaitu jenis material. Kemudian, perkara paling akhir pula ialah beli alas lantai kereta mengikut material tersebut, terdiri daripada tiga jenis pilihan material yang paling banyak digunakan: fabrik, getah dan vinil.

1. FABRIK

Karpet fabrik dibuat daripada material ditenun, seperti nilon kuat atau Berber. Karpet jeni fabrik biasanya turut dilapik getah antigelincir di bawah karpet supaya tidak mudah melorot ketika dipijak.

KELEBIHAN

  • Rekaan boleh dikustom.
  • Banyak pilihan gaya dan rekabentuk.
  • Banyak pilihan harga dan dapat memenuhi keperluan demografik pengguna yang lebih luas.

KEKURANGAN

  • Kerap kumpul kotoran sepanjang masa.
  • Cepat lusuh berbanding getah dan vinil.

BILAKAH PATUT GUNA KARPET FABRIK?

  • Jarang digunakan.
  • Mahu sepadankan warna karpet dengan kemasan dalam.
  • Jenis kabin tidak mudah kotor.
  • Lebih pentingkan estetika berbanding praktikaliti.
  • Sukakan personaliti pada aksesori seperti nama atau logo kereta pada karpet.

2. GETAH

Seperti namanya, karpet getah biasanya dibuat daripada getah tahan lasak.

KELEBIHAN

  • Mudah dibersihkan.
  • Tahan lasak. Dengan penjagaan betul, ia lebih lasak berbanding fabrik dan sesetengah vinil.
  • Ada ratusan alur dipanggil ‘wells’ yang kalis air dan cuaca.

KEKURANGAN

  • Warna dan rekaan terhad, mungkin tidak sepadan kemasan dalaman kereta.
  • Mahal, terutama jika beli jenis boleh dikustom mengikut saiz karpet asal.
  • Tidak tahan haba jika kerap berjemur. Mengalami degradasi mengikut masa penggunaan yang meninggalkan kesan pecah dan rekahan kecil.
  • Sesetengah karpet getah mudah licin apabila basah.

BILAKAH PATUT BELI KARPET GETAH?

  • Pilih getah jika anda jenis pemandu yang kerap tertumpah dan tercampak minuman atau makanan dalam kereta.
  • Kenderaan kerap dipandu ke kawasan pedalaman, luar bandar atau rekreasi.
  • Selalu bawa penumpang yang cenderung mengotokan dalaman kereta seperti kanak-kanak, haiwan peliharaan dan penumpang yang suka bersantap dalam kereta.

3. VINIL

Ramai keliru antara vinil dan getah. Vinil atau PVC (polivinil klorida) ialah polimer yang ada kaitan dengan plastik sintetik. Vinil berharga lebih murah daripada getah, dan menjadi antara sebab kenapa ia kerap digunakan sebagai bahan alternatif kepada getah.

KELEBIHAN

  • Murah.
  • Banyak jenis rekaan, warna dan gaya.
  • Kalis bahan kimia.
  • Kalis serapan lembapan.

KEKURANGAN

  • Kurang tahan dan lasak berbanding getah.
  • Mudah retak, keriting dan terlipat apabila terdedah kepada suhu ekstrem (panas atau sejuk).

BILAKAH PATUT PILIH KARPET VINIL?

Vinil ialah pilihan sederhana kerana materialnya berada antara getah yang lasak dan karpet yang murah. Cuma jangan kerap didedahkan kepada suhu panas atau sejuk yang terlampau ekstrem supaya dapat digunakan lama.


INGAT!

Memilih  material yang betul untuk karpet kereta hanyalah permulaan. Apa saja pilihan dibuat, pastikan karpet kereta anda daripada jenis kustom yang diukur mengikut saiz sebenar karpet asal. Tujuannya supaya ia dapat dipadankan dengan baik dan cantik, selain dapat memberikan perlindungan terbaik.

Alas Lantai Kereta autotainment Floor Mat Karpet Kereta Roda4 Tip Pilih Alas Lantai Kereta Tip Pilih Karpet Kereta
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Denza Z9 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

13/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

10/07/2026
Jaecoo J5 EV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

09/07/2026

1 Comment

  1. Alex on 12/05/2019 21:27

    Hi admin..now is available car carpet custom made ftom PU leather material under OTTOMAN brand.

    Fb Alex Tan Ottoman

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.