Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

Han OthmanBy Han Othman25/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Lepas L8

JIKA anda peminat automotif, terutama yang rajin mengikuti perkembangan jenama China, besar kemungkinan anda pernah terserempak dengan satu nama yang boleh buat orang Malaysia berhenti sekejap sebelum sebut – Lepas.

Ya, Lepas. Bukan Lipas. Bukan Le-pass. Dan bukan juga serangga yang suka keluar bila buka lampu dapur tengah malam. Jadi… macam mana sebenarnya nak sebut nama Lepas dengan betul?

Cara Sebut yang Betul: LE-PAS

How to Pronounce LEPAS?

Secara rasmi, nama Lepas disebut sebagai ‘Le-pas‘, dua suku kata dengan sebutan ringkas dan jelas. Tonton video di atas.

  • Le (macam bo -‘leh’)
  • Pas (macam ‘pas’ – ta)

BUKAN:

  • ❌ Lipas (itu makhluk halus dapur)
  • ❌ Li-pass
  • ❌ Le-bass
  • ❌ Le-pass (bunyi macam lesen memandu)

Fenomena salah sebut ni sebenarnya biasa berlaku bila jenama automotif China masuk pasaran luar, sama ada di Malaysia, Eropah atau Amerika. Nama pendek, ejaan ringkas, tapi bunyi pula boleh lari jauh.

Asal-Usul Nama ‘Lepas’, Bukan Suka-Suka Letak

Dari sudut penjenamaan, Lepas membawa maksud kebebasan bergerak, mobiliti moden dan gaya hidup urban. Ia selari dengan fokus jenama ini yang mensasarkan pengguna bandar, generasi muda dan pembeli pertama kenderaan.

Dalam konteks automotif China, Lepas diletakkan sebagai jenama berteraskan nilai (value-driven):

  • Rekabentuk moden
  • Teknologi terkini
  • Harga lebih mesra poket
  • Fokus kepada kenderaan utiliti sukan (SUV)

Jenama itu cuba jadi produk automotif premium yang mudah akses atau mampu milik. Sebelum ini produk mewah sering disinonimkan dengan harga mahal. Jadi, Lepas cuba mengubah persepsi tersebut.

Kenapa Orang Malaysia Mudah Salah Sebut?

Jawapan ringkas – bahasa dan refleks. Dalam bahasa Melayu:

  • ‘Lipas‘ ialah perkataan yang jauh lebih biasa digunakan
  • Otak kita automatik baca L-E-P-A-S = Lipas kalau tidak berhati-hati.
Toyota Vios 'Dugong'
Toyota Vios 'Dugong'

Tambahan pula, orang Malaysia memang kreatif, terutama dalam menyindir atau mengaitkan sesuatu produk dengan objek tertentu. Jangan lupa, Toyota Vios generasi kedua dulu pernah digelar rakyat Malaysia sebagai ‘Vios Dugong‘ (foto atas).

Jadi, tidaklah menghairankan ‘Lepas‘ nanti akan tetapi dipanggil Lipas juga walaupun artikel ini sudah pun beritahu cara menyebut yang betul.

Namun, situasi sebuatan Lepas ini bukan terjadi di Malaysia saja, kerana di negara lain pun sama:

  • Ada yang sebut Lee-pass
  • Ada yang baca Lay-pass
  • Ada juga ingat ia singkatan

Tapi secara rasmi dan ikut sebutan jenama: LE-PAS.

Lepas Bukan Jenama Kecil-Kecil

Logo LEPAS

Walaupun namanya ringkas, Lepas bukan jenama cap ayam. Lepas adalah hasil gabungan dua perkataan: Leopard dan Passion = Leap-pass. Jenama itu sebahagian strategi pengembangan jenama automotif China yang semakin agresif di pasaran global, termasuk Asia Tenggara.

Lepas menumpukan kepada:

  • Platform moden
  • Ciri keselamatan aktif
  • Rekabentuk dalaman minimalis
  • Teknologi infotainmen terkini

Tahukah anda, Malaysia memang dalam radar Lepas pun.

Lepas Akan Debut di Malaysia 2026

Mengikut perancangan rasmi, Lepas dijadual membuat kemunculan sulung di Malaysia pada penggal pertama 2026.

Ini selari strategi peluasan rangkaian jenama tersebut di rantau Asean, termasuk Malaysia sebagai pasaran penting.

Model pertama dijangka berada dalam segmen SUV segmen-B, iaitu segmen paling panas dan kompetitif ketika ini, sesuai dengan selera pembeli tempatan yang mahukan gaya, ruang dan praktikaliti dalam satu pakej.

Sebut Betul-Betul, Baru Nampak Pro

Nama mungkin nampak remeh, tapi dalam dunia automotif:

  • Sebutan yang betul bermaksud anda memiliki kefahaman mendalam mengenai sesuatu jenama itu
  • Jika salah sebut, anda mungkin jadi bahan lawak netizen

Jadi lepas ni, kalau jumpa jenama ni:

  • Sebut: LE-PAS
  • Jangan: LIPAS

Kalau tidak, nanti orang ingat anda tengah cerita pasal binatang perosak, bukan kereta.

autotainment Cara Sebut Lepas Jenama Automotif China Leopard and Passion LEPAS Malaysia tahukah anda
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Berharga RM399,990, SUV 7-Kerusi dengan Enjin V6 3.0L

10/03/2026
Lotus Eletre X Hybrid 2026
HEV

Lotus Eletre X Hybrid Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, Tork 935Nm

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.