• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Bagaimanakah Debu Brek Terhasil dan Cara Atasi?

#ApaNakBuat: Bagaimanakah Debu Brek Terhasil dan Cara Atasi?

August 3, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SISTEM Brek adalah satu-satunya komponen penting untuk memperlahankan atau menghentikan sesebuah kenderaan. Anda tentu kerap melihat serbuk halus berwarna coklat hitam yang mengotori permukaan rim. Itu dipanggil habuk atau debu brek (brake dust).

Debu brek ialah sisa logam disebabkan geseran pad brek dan cakera brek (rotor) ketika pedal brek dipijak, termasuk berpunca daripada usia brek. Ini kerana, banyak kereta moden masa kini dipasanglan pad brek jenis semi-metalik yang mengandungi 40 peratus kandungan material logam seperti keluli dan besi.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Hos Brek - Kenali Material, Kesan Rosak dan Cara Servis
Jadi apa berlaku ialah  normal yang juga bukan petunjuk sistem brek kereta anda sedang tidak bermasalah. Cuma, jika semakin kerap debu brek itu kelihatan pada rim, itu mungkin petanda awal komponen sistem brek anda perlu ditukar.

ANCAMAN DEBU BREK

Anda boleh menghidap masalah kesihatan jika kerap menghidu udara mengandungi debu brek dalam tempoh panjang kerana sisa logam itu akan terkumpul dalam paru-paru. Jika debu brek dibiarkan lama pada permukaan rotor atau rim, ia juga boleh menyebabkan masalah kakisan.

CARA BERSIHKAN DEBU BREK

Ya, memang ada cara untuk membersihkan masalah debu brek ini. Ikut tip di bawah:

1. Jika baru pulang ke rumah selepas memandu, posisikan tayar kenderaan dalam arah lurus dan biarkan enjin serta sistem brek kereta kembali sejuk.

2. Sembur cecair pencuci atau pembersih khas untuk brek atau rim dan beri masa supaya semburan itu meresap ke bahagian yang sukar dicapai. Anggaran masa tertakluk kepada jenis produk (baca deskripsi bahan pencuci).

3. Guna berus lembut untuk menggosok bahagian luaran brek dan rim. Jangan guna berus jenis kasar kerana boleh mencalarkan rotor atau komponen lain.

4. Bilas keseluruhan tayar dengan air bersih. Jika ada penyembur air tekanan tinggi, itu lebih baik. Anda perlu pastikan cecair bahan pencuci dibilas sepenuhnya kerana sisa tetrtinggal boleh bertukar jadi kotoran degil yang sukar ditanggalkan.

5. Gunakan kain mikrofiber untuk mengelap rim dan brek hingga kering. Jika masih ada kesan debu brek, sila ulangi proses cucian hingga tidak kelihatan lagi.

CARA KURANGKAN DEBU BREK

1. Pad Brek Seramik
brake-pad-seramik-2
brake-pad-seramik-3

Bagi mereka yang berwang, tukar pad brek kepada jenis seramik kerana kurang menyebabkan gejala debu brek berbanding pad standard.

Pad brek seramik juga membantu meningkatkan kecekapan membrek dan tahan lebih lama. Bagaimanapun, harganya lebih mahal berbanding pad brek standard atau jenis organik.

BACA >>> #ApaNakBuat: Apa Perlu Buat Jika Rotor Brek Karat?
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Brek Parkir Kereta yang Perlu Anda Tahu

2. Tukar Pad Brek Ikut Tempoh

Pad brek lama lebih banyak menghasilkan debu dan anda dinasihatkan agar patuh jadual disyorkan pengeluar kenderaan untuk menukar pad baharu. Lazimnya, pad brek disyorkan untuk jarak pemanduan antara 45,000km-80,000km.

Tetapi itu tidak semestinya tepat kerana tahap kehausan bergantung kepada tabiat anda membrek. Jika kerap membrek, termasuk selalu membrek mengejut, atau ada tabiat memijak brek ketika memandu dalam trafik sesak, maka brek lebih cepat haus. Ini termauk keadaan cuaca persekitaran atau usia brek.

3.  Guna Produk Cegah Debu Brek
brake-dust-cleaner-2
brake-dust-cleaner-1

Ada banyak produk semburan atau cecair pencegah debu di pasaran. Produk itu boleh memberikan lapisan perlindungan yang menghalang debu brek terkumpul pada permukaan rim.

Semburan boleh dibuat sekali dalam tempoh dua atau tiga bulan dan bergantung kepada berapa banyak masa yang anda habiskan atas jalan. Anda juga dinasihatkan ikut cara penggunaan disyorkan pengeluar produk berkenaan.

Semburan hanya dibuat selepas mencuci semua kotoran debu pada rim, termasuk komponen brek. Semak semula keterangan produk yang dibeli sama ada boleh digunakan pada komponen brek atau rim saja. Ini penting kerana jika ragu-ragu, semburlah pada rim saja.

BACA >>> #TahukahAnda: Jangan Buat 5 Perkara Ini Ketika Cuci Kereta
BACA >>> Brembo Perkenal Konsep Kaliper Brek Motosikal Bercahaya, Boleh Tukar Warna

SUMBER: Philkotse | CarParts

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, autotainment, Brake Dust, brek berkarat, Cara Elak Cebu Brek, Debu brek, kesan karat brek, Rim Berdebu, Rim Kotor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev