Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Teknologi Keselamatan Perlanggaran (Crash Safety Technology)?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Teknologi Keselamatan Perlanggaran (Crash Safety Technology)?

Han OthmanBy Han Othman25/12/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SIAPA sangka teknologi kenderaan moden masa kini memungkinkan kenderaan yang sedang dipandu mampu bertindak sendiri untuk melindungi penumpang di dalamnya. Sistem keselamatan kereta dalam kategori Teknologi Keselamatan Perlanggaran (Crash Safety Technology) berupaya membantu mengurangkan tahap teruk sesuatu kemalangan.

Malah, terdapat beberapa sistem direka untuk mengelak kemalangan sepenuhnya. Sistem pengesanan perlanggaran biasanya ditawarkan sebagai sebahagian daripada pakej yang memuatkan pelbagai sub sistem, di mana sistem lengkap bermula sekitar AS$1,000 (RM3,914).

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Teknologi Bantuan Parkir dan Trafik (Traffic and Park Assists)?

Berikut beberapa teknologi keselamatan kenderaan baharu yang dibangunkan untuk mengelak perlanggaran. Ada yang sudah biasa anda baca dalam spesifikasi kenderaan baharu. Ada pula masih baharu dan masih berstatus premium.

1. BANTUAN BREK (BA)

bantuan-brek
Sistem Bantuan Brek atau Brake Assists (BA) berfungsi memantau perilaku kereta dan bertindak mengaktifkan kuasa pembrekan penuh apabila berdepan situasi kecemasan. Berasaskan bantuan sistem pengesanan perlanggaran dan pengecaman perilaku tipikal pemandu, sistem ini mampu membezakan antara situasi pembrekan normal dan kecemasan.

Dalam situasi berisiko tinggi, BA boleh mengurangkan jarak henti hingga 45 peratus. Menurut Institut Insuran bagi Keselamatan Lebuh Raya (IIHS), BA adalah antara teknologi baru paling meyakinkan untuk mengurangkan perlanggaran.

2. SISTEM AMARAN PERLANGGARAN (COLLISION WARNING SYSTEM)

sistem-amaran-perlanggaran
Menerusi kombinasi kamera video, radar dan lidar, Sistem Amaran Perlanggaran (Collision Warning System) mampu mengesan sebarang kemungkinan berlaku perlanggaran. Sistem ini kemudian akan memainkan bunyi penggera kepada pemandu sebagai tanda amaran sebelum berlanggar, sekali gus membolehkan langkah pencegahan diambil. Walaupun sistem ini cuma memberikan pemandu sedikit masa tambahan, tetapi setiap masa tersebut pastinya sangat diperlukan untuk mengelak kemalangan.

3. BREK PROAKTIF (PROACTIVE BRAKING)

brek-proaktif
Sistem Brek Proaktif (Proactive Braking) berfungsi mengehadkan kemampuan kereta dengan mengaktifkan brek tanpa memerlukan input pemandu. Hasil bantuan pelbagai teknologi sensor, termasuk radar dan kamera video, kini pemandu dapat mengekalkan jarak selamat dengan objek lain. Apabila kereta dikesan terlalu hampir dengan sesuatu objek, tekanan ke atas brek akan diaktifkan untuk mengurangkan masa hentian. Sesetengah sistem mampu menggunakan kuasa pembrekan penuh untuk mengelak perlanggaran dekat.

BACA >>> Sistem Pembrekan Automatik Lengkapi Ciri Keselamatan Kereta Moden

4. SISTEM ELAK REMPUHAN DENGAN BANTUAN STERENG KECEMASAN

bantuan-pandu-kecemasan
Menggunakan banyak teknik yang sama dengan teknologi pencegahan perlanggaran lain, Sistem Elak Rempuhan (Collision Avoidance System) secara proaktif bertindak menghindari kemalangan sepenuhnya. Sebagai tambahan kepada sistem Pembrekan Proaktif, sistem ini juga boleh mengehadkan kemampuan kereta menerusi Bantuan Stereng Kecemasan (Emergency Steering Assists) bagi membolehkan kenderaan dikawal keluar dari situasi kemalangan.

autotainment Bantuan Brek bantuan pandu kecemasan pembrekan proaktif Roda4 sistem amaran perlanggaran sistem keselamatan kereta sistem pembrekan automatik sistem pengelakan perlanggaran
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Škoda Peaq, SUV EV 7 Tempat Duduk, Jarak Lebih 640 km!

24/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Autotainment

Protected: Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

24/06/2026
Pelancaran Chery Tiggo 9 di Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, KL
Roda4

SUV Segmen-D Premium, Chery Tiggo 9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM166,800!

24/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

23/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

By Shazwan Hisam18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.