Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Piawaian Baharu UNECE R22.06 untuk Helmet? Apa Berbeza?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Piawaian Baharu UNECE R22.06 untuk Helmet? Apa Berbeza?

WahidBy Wahid25/11/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HELMET GIVI M35.0 Scudo dilancarkan beberapa bulan lalu ialah topi keledar jenis muka terbuka (open-face) , juga dipanggil jet type, yang pertama dijual di pasaran Malaysia dengan kelulusan piawaian UNECE R22.06.

Piawaian baharu itu adalah apa yang mahu dibincangkan dalam artikel ini.

BACA >>> Ibu Bapa Beli Helmet Kanak-Kanak Tanpa Cop SIRIM Membimbangkan
BACA >>> ‘Cap’ Helmet Bell Kuning Diraja Ini Mahu Dijual RM15k! (Mu Dok Kenal Barey)

Walaupun sesetengah penunggang tidak berapa kisah atau ambil tahu mengenai piawaian helmet, atau mungkin juga tidak faham, UNECE R22.06 (atau singkatan R22.06) ialah kemas kini yang amat penting.

Piawaian terdahulu, UNECE R22.05 sudah digunakan sejak 2003, dan boleh dianggap ketinggalan jika dibandingkan peningkatan prestasi motosikal sepanjang 20 tahun kebelakangan ini. Malah, semakin ramai penunggang hari ini memasang peranti tambahan seperti kamera aksi (contoh: GoPro) dan Bluetooth (contoh: b) pada helmet mereka.

Jadi R22.06 pula dikemukakan pada 2020 dan pengeluar helmet diberikan masa dua tahun sebelum piawaian baharu itu dikuatkuasa sepenuhnya menjelang Januari 2024, kira-kira setahun lagi.

Piawaian diperoleh helmet GIVI M35.0 Scudo

Ketika itu, setiap helmet yang dihasilkan untuk kelulusan UNECE mesti mematuhi syarat spesifikasi R22.06. Namun, penunggang masih boleh memakai helmet R22.05 yang dibeli sebelum Januari 2024 (di negara yang menguatkuasakan piawaian baharu).

APAKAH MAKSUD UNECE R22.06?

Berpandukan logo di atas:

  • UNECE R22: bermaksud ‘UN Regulation No 22 ‘, iaitu ‘Peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB/UN) No 22.’
  • .06: Siri kemas kini Peraturan UN No. 22 yang ke-6.
  • Piawaian ini diikhtiraf dan dikuat kuasa di 62 negara, termasuk Malaysia (untuk helmet diimpot).
  • Ujian dan kelulusan dilakukan makmal terpilih di beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) yang mana helmet lulus akan menggunakan tanda ‘ECE’. Juga ada satu pelekat belakang helmet yang menunjukkan kelulusan piawaian itu.

Selain pelekat belakang helmet, helmet dengan kelulusan ECE juga ada satu tanda dijahit pada salah satu tali pengikat dagu. Tanda berkenaan mengandungi beberapa maklumat penting seperti (sila rujuk gambar di bawah):

  • E1 dalam bulatan (foto atas paling kiri): Ini kod negara di mana helmet itu diuji dan diluluskan. E1 bermaksud diuji dan diluluskan di makmal Jerman. Ada juga nombor lain seperti E2 untuk Perancis, E3 (Itali) dan lain-lain. Ada juga kod untuk negara bukan Eropah seperti E43 (Jepun), E45 (Australia), E47 (Afrika Selatan), E48 (New Zealand).
  • 05300282: Digit awal ’05’ menunjukkan piawaian R22.05, manakala ‘300282’ ialah nombor fail kelulusan untuk helmet tersebut. Anda boleh rujuk nombor fail itu dalam laman web UN ECE.
  • J (foto atas tengah): Helmet ini diuji dan diluluskan sebagai helmet jenis Jet-Type (open-face‘ atau muka terbuka).
  • Sebagai makluman, helmet muka penuh (full-face) yang lulus akan diberikan tanda ‘P’ (foto atas paling kiri), bermaksud ‘Protective’ iaitu bahagian pelindung dagu (chin strap) lulus ujian perlindungan sepatutnya.
  • Bagi helmet jenis flip-up atau modular pula, anda mungkin dapat melihat tanda ‘P/J’ atau ‘J/P’ (foto atas, tengah) atau hanya ‘J’ sahaja. Tanda ‘P/J’ atau ‘J/P’ bermaksud helmet itu sudah diuji dan lulus apabila dipakai sebagai unit full-face dengan perlindungan dagu mengikut piawaian, atau apabila dipakai sebagai unit helmet ‘Jet Type‘ dengan pelindung dagu dibuka.
  • Sebaliknya jika helmet flip-up itu hanya ada tanda ‘J’, atau ‘NP’ (‘Non-Protective’, iaitu tiada perlindungan), ia bermaksud tiada perlindungan dagu seperti tertera dalam spesifikasi piawaian. Jadi, berwaspada ketika membeli helmet flip-up dan jangan tertipu penjual tidak bermoral.
  • 0XXXX: Ini nombor kelompok helmet yang diuji.
PIAWAIAN UNECE R22.06 DAN SYARAT KELULUSAN

Tidak seperti piawaian DOT, helmet yang dikemuka untuk piawaian ECE akan diuji sebelum memasuki pasaran. Tetapi bagi piawaian ECE R22.06, helmet yang belum memasuki peringkat pengeluaran akan diuji terlebih dahulu untuk memastikan patuh piawaian sebelum produksi boleh diteruskan.

Helmet sama yang siap, tetapi belum dijual di pasaran juga akan diuji sekali lagi. Peraturan ini dikuat kuasa supaya pengeluar tidak boleh mengemukakan helmet dengan spesifikasi berbeza di kedua-dua peringkat ujian.

Jadi, helmet yang menggunakan satu saiz cengkerang (shell) untuk saiz kepala S hingga XL, dan pengeluar diwajibkan menghantar 55 helmet untuk diuji. Jadi boleh bayangkan berapa unit helmet perlu dihantar untuk diuji jika model itu ada cengkerang berbeza saiz!

BENTUK HELMET

Bentuk helmet akan diuji supaya memberikan tahap penglihatan optimum dan perlindungan sebaiknya.

Dalam ujian itu juga, apa saja bahagian yang dipasang pada cengkerang helmet, misalnya spoiler, perlu tercabut jika helmet terhempas atas jalan. Ini kerana jika tidak tercabut, ia berisiko menyebabkan kecederaan tengkuk.

EPS DAN SPAN

Pelapik ‘Expanded Polystyrene (EPS)’ antara cengkerang dan span, memainkan peranan menyerap pergerakan kepala dalam helmet. Ia bukan saja diuji untuk menyerap hentakan, tetapi juga untuk ketahan terhadap peluh, produk kosmetik, produk rambut dan sebagainya supaya tidak rosak. Span juga diuji untuk ketahanan sama.

BUNYI ANGIN/PERSEKITARAN

Anda mungkin tertanya, kenapa tiada helmet kedap bunyi 100 peratus? Jawapannya, helmet yang kedap bunyi 100 peratus adalah tidak dibenarkan mengikut piawaian. Jadi helmet akan diuji supaya tidak terlalu senyap hingga penunggang tidak dapat mendengar sebarang bunyi.

Makluman lain, beberapa palam telinga (earplugs) khas untuk penunggang juga perlu menepati piawaian CE.

VISOR UTAMA DAN VISOR MATAHARI (jika ada)

Visor utama diuji supaya tidak menyebabkan herotan visi. Selain itu, ia juga diuji untuk ketelusan cahaya, ketahanan terhadap gurisan, kesan kabus, dan tahap biasan cahaya. Buat kali pertama, visor jenis LCD dan fotokromik (yang boleh menukar ketelusan cahaya mengikut cahaya persekitaran) turut diuji.

Selain itu, visor matahari terbina dalam juga diuji untuk kriteria sama.

Sebelum ini, visor helmet EN22.05 diuji untuk ketahanan daripada ditembus objek keras menurut piawaian SHARP. Kini, piawaian EN22.06 sudah mengikuti piawaian SNELL.

Caranya, sebutir bola keluli berdiameter 6mm akan ditembak pada kelajuan 80ms (milisaat), yang bersamaan 290kj pada visor. Visor itu lulus jika tidak mampu ditembusi bola keluli tersebut, dan juga tidak boleh pecah berkecai.

UJIAN IMPAK

Ujian impak ialah penutup kepada ujian piawaian. Jika piawaian ECE R22.05 menggunakan hanya beberapa poin khas atas cengkerang, piawaian baharu pula mewajibkan helmet iu dijatuhkan ke atas 3 poin dipilih secara rawak dan 12 poin diwartakan.

Bahagian itu dibuat mengikut piawaian SNELL. Penulis pernah melawat kilang helmet Arai di Jepun dan mendapati mereka cenderung menggunakan piawaian SNELL kerana lebih tegas dan menyeluruh. Bagi Arai, helmet yang lulus piawaian SNELL biasanya akan lulus juga ujian piawaian ECE R22.05 dengan mudah.)

Seperti  ujian SNELL, helmet akan dijatuhkan dari ketinggian berbeza yang mengambil kira kebarangkalian penunggang terjatuh dengan kelajuan berbeza.

Jika helmet itu direka untuk dipasangkan alat komunikasi Bluetooth, peranti tersebut hendaklah dipasang pada helmet untuk ujian berkenaan.

UJIAN SUDUT SERONG

Ujian sudut serong sebenarnya diadaptasi daripada SHARP. Pasukan penguji mendapati penunggang tidak selalu jatuh pada sudut tepat tetapi dari pelbagai sudut serong. Justeru, helmet dijatuhkan dari sudut serong dan daya-G diambil.

Selain itu, helmet juga akan dijatuhkan pada tali sawat bergerak yang dilitupi kertas pasir kasar, meniru kondisi jalan raya. Helmet itu hendaklah tidak melekat atas tali sawat itu dan mengikut pergerakan kerana jika berlaku akan menyebabkan kepala pemakai berpusing kuat, sekali gus mencederakan leher.

Inilah sebab kenapa komponen yang dipasangkan pada cengkerang helmet mesti tertanggal jika terkena impak.

KEKUATAN CENGKERANG

Helmet  akan ditolak di kedua-dua sisi, depan dan belakang dengan daya 64kg. Ia tidak boleh termampat. Jadi cengkerang helmet R22.06 perlu lebih tebal, kuat dan berat.

KESIMPULAN

Semua ujian di atas hanya sebahagian set ujian yang lebih menyeluruh. Rombakan itu diharap dapat menghasilkan produk helmet yang lebih selamat untuk pengguna.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan Helmet Motosikal dan Helmet Kereta?
BACA >>> Rossi Lancar Helmet AGV Pista GP R Winter Test 2019, Cuma 2k Unit Seluruh Dunia

aksesori autotainment GIVI M35.0 Scudo Helmet GIVI M35.0 Scudo Standard UNECE tahukah anda topi keledar Ujian Helmet UNECE R22.06
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, Rim 24 Inci, Lengkap Pintu Suicide!

    04/05/2026
    Aksesori

    Siri Plat P-P Cecah 6,000 Pembida – JPJ Sasar Sambutan Luar Biasa

    24/04/2026
    Aksesori

    TuneBoss Perkenal ECU Untuk Honda NSS 250

    24/04/2026
    Aveta DY115 harga RM750,000
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

    21/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.