Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Penyaman Udara dengan Fungsi Kawalan Iklim (Climate Control)?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Penyaman Udara dengan Fungsi Kawalan Iklim (Climate Control)?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/08/20195 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENYAMAN udara dengan kawalan iklim (climate control) ialah sistem penyaman udara (A/C) yang dapat memastikan kereta kita panas pada musim sejuk, dan sejuk pada musim panas. Ciri itu kini menjadi antara ciri tambahan penting bagi kereta moden masa kini.

Apakah dimaksudkan dengan climate control?

Sistem ini muncul daripada evolusi kemajuan A/C yang membolehkan kita mengawal suhu dalaman kabin dalam sebarang kondisi cuaca.

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Penyaman Udara (A/C) Kereta yang Perlu Anda Tahu

* Dalam penjelasan seterusnya akan menggunakan istilah ‘climate control’ supaya lebih mudah faham.

TENTANG PENYAMAN UDARA

A/C muncul kali pertama pada 1930 di Amerika Syarikat (AS), disediakan Packard dan dimuatkan dalam but. Harga model itu mahal berbanding kereta tanpa penyaman udara. Malangnya sistem saluran A/C Packard bermasalah.

Kemudian, Chrysler muncul dengan sistem A/C Airtemp pada 1950, termasuk Nash Motors turut memperkenalkan sistem yang lebih baik pada dekad sama untuk kenderaan buatan masing-masing.

Sistem A/C ialah tambahan popular untuk kereta di AS, dan mengambil masa lama untuk bertapak di Eropah. Namun, sejurus diterima di Eropah, sistem A/C dibangunkan pengeluar sana dengan lebih baik dan pemandu memiliki kawalan suhu kabin yang lebih baik berbanding fungsi di AS.

Inilah dinamakan sistem climate control yang berfungsi sama seperti termostat dalam rumah (kediaman penduduk Barat memiliki sistem kawalan suhu pada penyaman udara). Apabila suhu disetkan seperti diperlukan, maka sistem pemanas, pengudaraan, dan penyejuk (heating, ventilation and air-conditioning, HVAC) akan bekerja untuk mengekalkan suhu tersebut sebaik mungkin.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Tabiat Buruk Ini Boleh Jadi Punca Penyaman Udara Cepat Rosak

Ada pelbagai jenis sistem climate control di pasaran. Sekarang mari kita fahami perbezaan itu di bawah.

CLIMATE CONTROL: BEZA SISTEM PEMANAS VS PENYEJUK

1. PEMANAS

Ini ialah komponen asas HVAC yang ada pada kereta. Jika perasan, setiap kereta standard dengan komponen ini hanya menggunakan kawalan pada papan pemuka semata-mata bagi membenarkan udara panas memasuki kabin kereta. Haba dibekalkan itu dijana enjin dan elemen pemanas yang berfungsi memanaskan udara ketika melalui ventilator udara.

Sistem asas itu baik untuk memanaskan penumpang ketika cuaca sejuk di luar, tetapi tidak menawarkan ciri penyaman udara ketika suhu di luar bertukar panas. Jadi, jika mahukan udara sejuk, cuma perlu bukakan tingkap. Ini adalah cara biasa diamalkan pemandu Barat dan negara beriklim empat musim.

2. PENYAMAN UDARA aka A/C

Di Britain, A/C ialah ciri standard ditawarkan setiap kereta, termasuk juga Malaysia dan hampir semua negara beriklim panas. Dengan menekan satu butang A/C pada papan pemuka, sistem penyaman udara mampu menyejukkan atau memanaskan udara dalam kabin kereta.

Suhu panas dikawal sama seperti kereta dengan pemanas udara. Cuma bagi menyejukkan udara, kereta itu dilengkapi kompresor di sebalik bonet yang bertindak menyalurkan udara kepada kondenser.

Udara disalurkan itu kemudian akan disejukkan dengan bahan penyejuk (refrigerant, atau dipanggil ‘gas’) supaya sejuk sebelum dihantar melepasi ventilator A/C, keluar menyejukkan ruang kabin. Sama seperti sistem pemanas udara, kita diberikan butang kawalan untuk menetapkan tahap panas dan sejuk suhu dalam kabin. Pada masa sama, kita juga bebas mengaktifkan butang A/C.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Mod ‘Udara Dalam’ dan ‘Udara Luar’ dalam A/C Kereta?

Petanda mudah untuk mengesan sama ada sistem A/C sudah dihidupkan adalah semudah mendengar deruman lahu (idle) enjin. Rev enjin akan sedikit menurun, terutama kereta berenjin kecil kerana sistem A/C menggunakan kuasa enjin sekitar ~4hp untuk beroperasi.

Penggunaan bahan api juga meningkat, tetapi beberapa ujian menunjukkan peningkatan bahan api disebabkan A/C tidak seteruk jika memandu dengan tingkap dibuka (disebabkan geseran udara atau wind drag). Selain menyejukkan suhu dalam kabin, sistem A/C mampu menyingkirkan kelembapan udara yang memasuki kereta sekiranya hujan ataupun cuaca sejuk di luar.

Namun, ada beberapa isu berhubung A/C, yang mana bahan penyejuk digunakan boleh hilang keberkesanan dari semasa ke semasa. Ini menyebabkan udara lembab tersalur dalam kereta dan menyebabkan cermin kereta berkabut. Jika itu berlaku, sistem A/C perlu diservis, dan bahan penyejuk baharu perlu diisi semula.

3. KAWALAN IKLIM aka CLIMATE CONTROL

Berbanding A/C biasa, sistem climate control membolehkan penumpang menetapkan suhu dimahukan dan sistem secara automatik akan mengekalkan suhu berkenaan walaupun suhu di luar kereta berubah.

Berbeza A/C dengan punat kawalan yang memberikan set suhu tidak jelas, sistem climate control membolehkan kita menetapkan suhu secara spesifik. Tetapan ini ada dalam julat 16°C hingga 30°C. Sebenarnya, kebanyakan kereta dilengkapi tetapan suhu maksimum bagi membolehkan kabut pada cermin depan dan tepi dihilangkan segera menerusi kawalan udara (tanpa perlu buka tingkap).

Perbezaan utama lain, climate control turut dibekalkan tetapan automatik. Jika kawalan biasa membolehkan kita mengarahkan udara ke arah kaki, badan atau kepala – termasuk punat untuk memilih udara segar (mod luar) atau sirkulasi (mod dalam) – punat Auto pada sistem climate control pula secara automatik akan menggilirkan aliran udara segar atau sirkulasi untuk mengekalkan suhu kabin seperti dimahukan.

Maksudnya climate control ialah sistem A/C yang lebih pintar!

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Mod ‘Udara Dalam’ dan ‘Udara Luar’ dalam A/C Kereta?

Selain ciri climate control standard seperti dijelaskan di atas, ada beberapa jenis climate control yang ditawarkan untuk pengguna seperti di bawah:

i) CLIMATE CONTROL 2-ZON

Sistem ini ada dua climate control di sebelah kiri dan kanan dengan tetapan suhu berbeza. Ada dua butang pada papan pemuka yang membolehkan suhu berbeza disetkan. Sesetengah sistem mengehadkan setiap bahagian yang lebih panas atau sejuk, supaya sistem HVAC tidak terlalu terbeban.

ii) CLIMATE CONTROL 3-ZON

Seperti dijangka, sistem ini menambah zon ketiga dengan kawalan suhu sendiri. Biasanya, sistem kawalan dual-zon terletak di depan, bahagian pemandu dan penumpang depan, manakala zon ketiga ditempatkan di ruang belakang. Penumpang di belakang memiliki ventilator udara sendiri dan mampu menetapkan suhu berbeza.

iii) CLIMATE CONTROL 4-ZON

Ciri ini membahagikan zon kabin kepada 4 zon dalam kereta. Kawalan suhu jenis ini selalunya didapati pada kereta mewah seperti Mercedes S-Class dan kenderaan utiliti berstatus premium di pasaran. Seperti kawalan suhu 3-zon, sistem 4-zon turut memberi kawalan kepada pemandu untuk mengawal suhu kabin di belakang, juga terdapat punat Sync yang berfungsi menyesuaikan suhu dalam kabin.

iV) PRA-PANAS / PRA-SEJUK

Jika anda memiliki kereta elektrik (EV) atau hibrid plug-in (PHEV), anda pasti sudah terbiasa dengan ciri ini. Malah, ciri ini juga dijadikan opsyen untuk kereta petrol dan diesel yang mana pemandu boleh memanaskan atau menyejukkan kabin kereta (menggunakan alat kawalan) sebelum mula bergerak.

Seperti menetapkan suhu dalam ruang kabin kereta, fungsi pra-panas atau pra-sejuk membolehkan pemandu menetapkan masa bilakah kabin perlu dipanaskan atau sebaliknya. Ini mungkin ciri tambahan mewah untuk kereta konvensional.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Kereta Hibrid, Hibrid Plug-In dan Kereta Elektrik?

Namun, bagi EV atau PHEV, fungsi ini penting bagi menjimatkan cas bateri untuk memandu. Ini kerana kabin sudah dipanaskan atau disejukkan dan bersedia untuk bergerak dengan menggunakan kuasa bateri utama, sekali gus memaksimumkan jarak perbatuan untuk isian cas penuh.

SUMBER: AutoExpress

autotainment climate control air-conditioner kawalan iklim kawalan suhu pendingin hawa penyaman udara penyaman udara kawalan suhu tahukah anda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Diesel Mahal? Toyota Hilux Masih Kebal!

    13/05/2026
    Toyota Corolla 60th Edition 2026
    Roda4

    Toyota Corolla, Corolla Touring Active Sport 60th Anniversary Edition untuk Jepun

    12/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    12/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.