Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Easy Lift yang Ada pada Ducati Multistrada V4 Rally, Multistrada V4 S?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Easy Lift yang Ada pada Ducati Multistrada V4 Rally, Multistrada V4 S?

Abang HirataBy Abang Hirata07/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MOTOSIKAL moden, terutama model kuasa tinggi tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada sistem mekanikal dan analog.

Antara jenama banyak menggunakan sistem elektronik ialah Ducati yang selain menawarkan rekabentuk cantik, pemilik juga ditawarkan teknologi canggih.

Antara teknologi terdapat pada model Itali itu ialah Kawalan Traksi Ducati (DTC), Mod Tunggang, Pengurusan Brek Enjin (EBM) dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

Satu lagi teknologi terbaharu diperkenalkan Ducati ialah ciri mudah angkat Easy Lift yang terdapat pada Ducati Multistrada V4 Rally yang dilancarkan pada September 2022, dan terbaharu Ducati Multistrada V4 S.

Apa fungsi Easy Lift? Umum mengetahui motosikal kuasa tinggi berat sukar ditegakkan, tambahan lagi jika tidak biasa. Namun, dengan Easy Lift, motosikal lebih mudah ditegakkan dari tongkat sisi.

Konsep digunakan agak mudah, iaitu membuka sepenuhnya injap unit semi-aktif hidraulik suspensi dalam masa 3 minit selepas pencucuh (ignition) diaktifkan.

Dalam proses tersebut, suspensi depan dan belakang dilembutkan, sekali gus memudahkan penunggang menegakkan motosikal dari tongkat. Posisi pelana pula boleh ditetapkan pada dua aras tinggi berbeza.

Ducati memang prihatin dengan keperluan pengguna apabila sebelum ini memperkenalkan dua jenis pelana berbeza ukuran. Ducati turut menawarkan set aksesori rendah melalui beberapa perkakasan khas.

Easy Lift adalah tambahan kepada sistem Minimum Preload supaya Ducati Multistrada V4 sesuai digunakan pelbagai jenis penunggang.

Ciri Minimum Preload yang diperkenalkan pada Februari 2022 membolehkan penunggang merendahkan motosikal menggunakan fungsi penetapan prabeban absorber (shock absorber preload).

Sistem itu memang memudahkan dan lebih selamat untuk penunggang meletakkan kaki atas jalan pada halaju rendah, terutama ketika sedang membonceng.

Berbalik kepada Easy Lift, apa bagus tentang Ducati ialah pemilik Ducati Multistrada V4 S sedia ada boleh menikmati ciri tersebut secara percuma tanpa perlu rasa ketinggalan.

Kemas kini tersebut boleh dibuat di Pusat Servis Ducati selepas dihubungi melalui aplikasi MyDucati App atau e-mel. Pemilik baharu pula boleh terus menggunakannya sebagai ciri standard. Mantap!

BACA >>> Ducati Multistrada V2 S (2024) Pula Tampil Liveri Baharu, Pilihan Baharu Selain Ducati Red
BACA >>> Ducati SuperSport 950 S (2024) dengan Liveri Baharu, Strip Merah Tambah Karakter
BACA >>> Ducati Diavel V4 (2023) Diperkenal, Enjin V-Twin Diganti V4, Lampu Belakang Unik!

Ducati Ducati Easy Lift Ducati Multistrada Ducati Multistrada V4 Ducati Multistrada V4 S Easy Lift Multistrada V4 S roda2 tahukah anda
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
Roda2

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 untuk Jepun Guna Transmisi AMT!

05/03/2026
Honda X-ADV 2026
Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Mesra Alam

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.