• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati SuperSport 950 S (2024) dengan Liveri Baharu, Strip Merah Tambah Karakter

Ducati SuperSport 950 S (2024) dengan Liveri Baharu, Strip Merah Tambah Karakter

June 9, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


Fairing ala Ducati Panigale tetapi ekor belakang berbeza, itulah Ducati SuperSport 950 S (2024). Tidak seperti Panigale yang menjurus kepada prestasi, model SuperSport direka sebagai sportbike jalanan yang juga sesuai untuk tunggangan litar.

Ducati SuperSport 950 S (2024) adalah terjemahan Ducati untuk motosikal sport touring. Dengan sejarah menjangkau puluhan tahun, model ini bukan adik atau pilihan kedua (second choice) Panigale, tetapi khusus untuk penunggang yang benar-benar mahukannya.

Ducati SuperSport di pasaran sekarang dikeluarkan sejak 2017 dengan enjin 937cc Testastretta 11º silinder L-Twin yang menghasilkan kuasa 110hp @ 9,000rpm dan tork 93Nm @ 6,500rpm.

Bagi pemegang lesen A2, Ducati menawarkan SuperSport 950 S (2024) berkuasa 47hp dengan transmisi manual 6-kelajuan yang disertakan ciri anjakan pantas Ducati Quick Shift (DQS) up/down EVO.

Model ini turut dilengkapi sistem brek belokan Borsch Cornering ABS, kawalan traksi Ducati Traction Control (DTC) EVO dan kawalan wheelie Ducati Wheelie Control (DWC) EVO, serta disediakan tiga mod tunggang: Sport, Touring dan Urban.

Suspensi Ducati SuperSport 950 S (2024) lebih istimewa daripada SuperSport 950 dengan bahagian depan dan belakang menggunakan set Öhlins boleh laras.

Dari segi rekabentuk, SuperSport tidak ekspresif seperti Panigale, tetapi dibikin lebih sopan dan anggun dengan peredam ekzos kembar yang cantik pada sisi motosikal.

Warna Ducati Red (merah) pula memang menjadi identiti kuat untuk Ducati, tetapi pilihan warna putih Arctic White Silk nampak begitu serasi dan sepadan Ducati SuperSport 950 S (2024).

Ducati SuperSport 950 S (2024) juga didatangkan dengan liveri baharu Stripe Livery yang menggabungkan warna kelabu dan strip merah yang bersambung dari frem trellis. Rekaan liveri ini ringkas, tetapi mampu membangkitkan karakter badan yang berwarna putih.

Lampu depan jenis LED penuh dan disertakan lampu siang (DRL), juga LED. Pelbagai maklumat dipaparkan pada panel meter TFT digital penuh 4.3 inci. Lagi ciri standard seperti kowl pelana belakang dan cermin depan Plexiglass boleh laras yang sesuai untuk tunggangan jelajah (touring).

Di Britain, Ducati SuperSport 950 S (2024) dijual pada harga £15,795 (RM89,185).

BACA >>> Ducati Diavel V4 (2023) Diperkenal, Enjin V-Twin Diganti V4, Lampu Belakang Unik!
BACA >>> Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!

Ducati SuperSport 950 S 2024.01
Ducati SuperSport 950 S 2024.02
Ducati SuperSport 950 S 2024.03
Ducati SuperSport 950 S 2024.04
Ducati SuperSport 950 S 2024.05
Ducati SuperSport 950 S 2024.06

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Ducati, Ducati SuperSport, Ducati SuperSport 950, Ducati SuperSport 950 S, Ducati SuperSport 950 S (2024), Ducati SuperSport 950 S 2023, roda2, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my