PENGEDAR kenderaan jenama Morris Garages (MG) di Malaysia, SAIC Motor Malaysia (SAIC Malaysia) secara rasmi melancarkan dua model kenderaan elektrik (EV), MG ZS EV dan MG4 untuk pasaran Malaysia pada 27 Mac lalu dengan harga bermula RM103,999.
Berita kehadiran semula jenama MG sudah diumumkan SAIC Malaysia pada Januari tahun ini, termasuk melakukan previu kepada media tempatan, hujung bulan lalu.
1. MG ZS EV (RM125,999)
MG ZS EV 2024 ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) EV subkompak yang dijana bateri litium-ion dengan jarak pemanduan sejauh 320km. Cuma satu varian ditawarkan dengan spesifikasi seperti di bawah:
- Output kuasa 130kW (174hp) dan tork 280Nm dengan kelajuan maksimum 170kmj.
- Pecutan 0-100km sepantas 8 saat.
- Jarak pemanduan 320km.
- Masa mengecas AC (10-100 peratus) 8 jam; DC (10-80 peratus) 54 minit.
- Berat kerb 160kg.
- Sistem suspensi strut MacPherson (depan), dan MultiLink (belakang)
APA MENARIK TENTANG MG ZS EV?
Luaran
- Rekabentuk rupa depan tanpa gril untuk menyerlahkan penampilan ZS EV sebagai sebuah model EV.
- Lampu depan LED diilhamkan daripada litar ikonik Silverstone di Britain, dan lampu belakang LED Phantom dengan iluminasi signatur tersendiri supaya jelas dipandang.
- Rim aloi 17 inci dengan tayar prestasi tinggi.
- Bumbung suria panoramik
Dalaman
- Kluster instrumen virtual LCD 12.3 inci memberikan paparan data definisi tinggi (HD).
- Sistem infotainmen 10.1 inci
- Pengecas wayarles
- Tombol gear jenis rotari
- Sistem penulenan udara
Ciri
- Prestasi pemanduan cemerlang dengan motor elektrik kecekapan tinggi pintar yang mengurangan berat, bising dan tahap getaran.
- Dilengkapi sistem pengurusan suhu dengan sistem penyejukan cecair dan pra-panas untuk memastikan pak bateri sentiasa ideal sepanjang masa.
- Ada tiga mod pandu: Eco, Normal dan Sport
Teknologi Pintar
- MG turut melengkapkan MG ZS EV ini dengan dua teknologi pintar utama, iaitu MG iSMART, dan MG Pilot yang setiap satu memiliki ciri dan keselamatan tersendiri.
- MG iSMART menghubungkan pemandu dan kenderaan menerusi akses telefon pintar dengan pelbagai fungsi seperti berikut:
Sebelum Bertolak
- Mengetahui lokasi sebenar kenderaan.
- Diagnosis status kenderaan.
- Kawalan jauh menggunakan aplikasi
- Kunci Bluetooth yang membolehkan telefon pintar dijadikan kunci kereta dan membenarkan akses kepada orang lain,
- Merancang trip perjalanan dengan menyamakan antara telefon pintar dan kereta.
Ketika dalam Perjalanan
- Mengemas kini trafik secara masa nyata.
- Mengetahui lokasi stesen cas, termasuk jarak.
- Ramalan cuaca
- Konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto
- Maklumat tempat menarik (POI) sekeliling secara atas talian.
- DAB+ untuk simpan saluran kegemaran dan sistem akan mengingatkan anda.
- Hotspot: Boleh layari Internet di mana-mana.
- Kawalan Suara: Ciri bebas tangan untuk kawalan muzik, navigasi, telefon, dan kenderaan.
Selepas Sampai
- Kunci dan buka kereta guna aplikasi
- Tetapkan masa mengecas
- Penggera kenderaan jika berlaku situasi tidak diingini.
- Semak status kenderaan seperti paras bateri dan jarak pemanduan ke trip seterusnya.
- MG Pilot pula ialah Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang menawarkan ciri keselamatan aktif dan pasif seperti Amaran Keluar Lorong (LDW), Sistem Bantuan Lorong (LAS), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Pemandu Depan (FDA), Pengesan Titik Buat (BSD) dan Bantuan Pemandu Belakang (RDA).
2. MG4 EV
MG4 pula ialah hatchback segmen-C yang ditawarkan dalam empat varian pada harga seperti berikut:
- MG4 XPOWER - RM158,999, jarak pemanduan 385km
- Spesifikasi: Kuasa 432hp, tork 600Nm, kelajuan maksimum 200kmj, 0-100kmj 3,8 saat
- MG4 EXTD Range - RM148,999, jarak pemanduan 520km
- Spesifikasi: Kuasa 242hp, tork 350Nm, kelajuan maksimum 180kmj, 0-100kmj 6.1 saat
- MG4 Luxury - RM128,999, jarak pemanduan 435km
- Spesifikasi: Kuasa 200hp, tork 250Nm, kelajuan maksimum 160kmj, 0-100kmj 7.7 saat
- MG4 Standard - RM103,999, jarak pemanduan 350km
- Spesifikasi: Kuasa 167hp, tork 250Nm, kelajuan maksimum 160kmj 0-100kmj 7.5 saat
APA YANG PADU TENTANG MG4 EV?
Semestinya apa menarik mengenai hatchback kompak ini ialah ciri dan teknologi yang ditawarkan seperti:
- Teknologi Pintar: Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Trafik Sesak (TJA), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Brek Kecemasan Automatik (AEB), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Sistem Amaran Tukar Lorong (LDWS), Kawalan Lampu Suluh Tinggi Pintar (IHBC), Pengesan Titik Buta (BSD), dan Amaran Pintu Buka (DOW)
- MG iSMART: Sistem rangkaian pintar yang menyepadukan kereta, Internet dan komunikasi pengguna. Ciri ini membolehkan pemilik mengetahui dan mengawal kenderaan menggunakan aplikasi telefon pintar, sama seperti terdapat pada MG ZS EV di atas.
- Sistem Pemulihan Tenaga 3-Tahap: Memberikan tambahan jarak dan kelestarian bagi setiap pemanduan.
- Sistem Pacuan Roda Belakang (RWD): Memberikan tahap pengendalian dan traksi cemerlang untuk pengalaman pemanduan dinamik dan mengujakan. Ciri ini ada pada semua varian dengan motor tunggal, kecuali XPOWER yang mendapat sistem pacuan semua roda (AWD) dengan dwi-motor.
- Ciri Keselamatan Terbaik: Dilengkapi brek cakera pada keempat-empat roda dengan pembrekan tepat yang dibangunkan Continental, iaitu 300ms lebih pantas daripada brek biasa, enam beg udara, dan pemanduan stabil dengan agihan berat 50:50 berserta pusat graviti rendah.
APA SPESIAL BILA BELI MG?
- PERCUMA pengecas dinding 7kW( termasuk pemasangan) - untuk MG ZS EV dan MG4 Standard
- PERCUMA pengecas dinding 11kW (termasuk pemasangan) - untuk MG4 Lux
- PERCUMA 1,000 kredit cas dengan DC Handal dan JomCharge - untuk MG4 Lux EXTD Range dan MG4 XPOWER
* Pakej di atas hanya untuk pembeli yang menempah dan mendaftar sebelum dan pada 30 April 2024 sahaja.
WARANTI? TUKAR BATERI 1+1!
Jangan risau tentang waranti kerana SAIC Malaysia berbesar hati memberikan pakej waranti seperti berikut:
WARANTI BATERI: 7 tahun atau perbatuan 150,000km (mana satu tiba dulu), ATAU 8 tahun atau perbatuan 180,000km (mana satu tiba dulu)
Apa warantinya? TUKAR SATU DENGAN SATU (1+1) jika tahap bateri bawah paras 70 peratus sepanjang tempoh waranti!
APA MANFAAT INSURANS YANG DAPAT?
Demi ketenangan minda pembeli, SAIC Malaysia dan rakan insurans tempatan seperti Berjaya Sompo Insurance, Allianz dan Generali bekerjasama menawarkan pakej insurans komprehensif yang turut meliputi perlindungan EV tambahan seperti:
- Nilai dipersetujui, pembaikan dan penepian hingga 10 tahun.
- Perlindungan penjagaan kunci Key Care Cover hingga RM 2,000.
- Tiada caj untuk semua pemandu.
- Kecurian atau elaun kerugian total hingga RM1,500.
- Elaun ketidakselesaan kemalangan RM200/hari, hingga lima hari.
- Perlindungan kemalangan peribadi (PA) hingga RM20,000 untuk kematian atau kecacatan kekal.
- Perlindungan penuh atas peril khas.
- Kelulusan tuntutan pantas hingga RM20,000.
- Khidmat tunda tanpa had 24/7 dan bantuan kerosakan*
- Perlindungan pengecas dinding rumah**
*EV akan ditunda ke operator cas terdekat jika kehabisan bateri dalam perjalanan.
**Bayaran balik hingga RM10,000 jika pengecas dinding dicuri, atau rosak disebabkan faktor luaran.
Nota: Tambahan lain Allianz Malaysia di bawah program Allianz EV Shield adalah seperti kebakaran EV disebabkan pengecas dinding, kabel pengecas EVSE atau stesen cas awam, pelanggan akan dibayar pampasan hingga RM5,000 sebagai tambahan kepada perlindungan kenderaan.
Boleh saja layari laman web MG Malaysia untuk mengetahui maklumat lebih terperinci mengenai produk ditawarkan jenama ini.
SUMBER: MG Malaysia
Leave a Reply