Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apa Anda Perlu Tahu Tentang Lebuh Raya Autobahn di Jerman?
Autotainment

#TahukahAnda: Apa Anda Perlu Tahu Tentang Lebuh Raya Autobahn di Jerman?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA bercakap mengenai sistem lebuh raya Jerman, perkara pertama terlintas adalah tiada sekatan halaju. Secara amnya, hampir separuh jarak laluan 13,000km di Autobhan memiliki halaju, manakala baki selebihnya had laju disyorkan, iaitu 130kmj.

Kadar minimum halaju 60kmj yang dikuatkuasakan sebagai strategi memastikan kenderaan perlahan tidak memasuki laluan lebuh raya.

BACA >>> #TahukahAnda: 8 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Lebuh Raya Autobahn di Jerman

Seksyen tanpa had laju pula bertujuan menarik kehadiran pemilik kenderaan serata dunia yang mahu menikmati pemanduan laju. Bagaimanapun, kelajuan tidak hadir tanpa risiko kerana bukan semua orang menganggap laluan itu perlu dibiarkan tanpa pengawasan.

Beberapa tahun lalu, Kesatuan Eropah (EU) menggesa Jerman mengenakan kawalan had laju di lokasi tanpa sekatan dengan alasan langkah itu dapat meningkatkan keselamatan dan mengurangkan emisi karbon.

Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) di Berlin, Verkehrshclub Deutschland (Kelab Trafik Jerman) turut mengulangi desakan mengawal kelajuan dalam usaha mengurangkan ratusan kematian akibat nahas jalan raya dan kecederaan setiap tahun.

Kem yang menyokong tanpa had laju pula membandingkan rekod keselamatan dengan negara EU yang menguatkuasakan had laju. Berikut data perbandingan menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2007:

  • Kemalangan maut nahas jalan raya di Jerman adalah sekitar enam kematian untuk setiap 100,000 orang.
  • Austria memiliki kadar 8.3 kematian setiap 100,000 orang.
  • Perancis pula 7.5 kematian setiap 100,000 orang.
  • Switzerland dengan 4.9 kematian setiap 100,000 orang.

KESELAMATAN DI AUTOBAHN

Jerman sebenarnya ada mengambil langkah mengawal keselamatan lebuh raya. Malah Autobahn juga ada pasukan polis khas sendiri dipanggil Autobahnpolizei, yang mana setiap anggota menjalani latihan intensif dengan kerap menggunakan simulator pemanduan kelajuan tinggi untuk mempelajari cara navigasi di Autobahn dan mengejar pesalah lalu lintas.

Autobahnpolizei juga memandu kereta dan motosikal polis khas buatan BMW, Mercedes Benz dan Audi. Ada juga kenderaan penguat kuasa seperti orang awam untuk rondaan memburu pemandu berbahaya.

Dalam erti kata lain, Autobahn dibina dengan menekankan aspek keselamatan tinggi. Permukaan jalan raya juga lebih tebal berbanding lebuh raya biasa antara 55sm hingga 85sm, iaitu dua kali ganda berbanding lebuh raya biasa di negara maju.

Spesifikasi tinggi itu membolehkan laluan tersebut menampung jumlah kenderaan berat yang memandu pada kelajuan tinggi. Selain itu, binaan Autobahn turut mengehadkan sudut cenuram dan permukaan landai yang memudahkan pemandu memandu laju.

BACA >>> Tandas Autobahn Pun Kena Bayar, Tapi Tandas Berbayar Malaysia Siap Nampak Tahi Terapung

Apabila melihat tanda ‘pembatalan halaju’, itu petunjuk pemandu boleh menekan pedal minyak rapat ke lantai, tetapi dengan menimbangkan beberapa peraturan seperti:

  • Laluan kiri hanya untuk memotong (sistem pemanduan di Jerman adalah pemanduan sebelah kiri, LHD). Pengguna dilarang sama sekali menggunakan laluan kanan untuk memintas kenderaan lain di Jerman.
  • Bahu laluan adalah untuk kecemasan sahaja, dan menjadi satu kesalahan jika berhenti tanpa sebab kecemasan.
  • Tayar kenderaan perlu memiliki rating yang sesuai dengan halaju maksimum kenderaan.
  • Jika menyewa kereta dengan tayar musim sejuk, pengguna perlu meminta kedai sewa kenderaan itu mendapatkan pelekat khas memandu di Autobahn.

BACA >>> #TahukahAnda: Berapa Banyak Negara Tidak Benarkan Motosikal Guna Lebuh Raya?
BACA >>> China Bina Lebuh Raya Super, Boleh Cas EV Sambil Memandu
BACA >>> Berhenti di Lebuh Raya ‘New Zealand Malaysia’ Boleh Denda RM2k, Jel 6 Bulan

SUMBER: BBC

Auto Terkini Autobahnpolizei autotainment tahukah anda Verkehrshclub Deutschland
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

    25/03/2026
    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Autotainment

    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?

    By ZY22/07/201914
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.