• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Sembang Deras / Tandas Autobahn Pun Kena Bayar, Tapi Tandas Berbayar Malaysia Siap Nampak Tahi Terapung

Tandas Autobahn Pun Kena Bayar, Tapi Tandas Berbayar Malaysia Siap Nampak Tahi Terapung

October 26, 2016 By Azhan O 1 Comment

77
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

tandas-autobahn-jerman-mutalib-uthman
SELAIN sikap berhemah di atas jalan raya, kebersihan juga antara petanda kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara. Apa guna kita memiliki deretan bangunan pencakar langit dan pelbagai kemudahan awam berstatus negara maju, tetapi perangai rakyatnya masih mundur.

Berikut ialah status yang dimuat naik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dubook Press, Mutalib Uthman ketika melawat Jerman baru-baru ini dan berkesempatan memandu sepanjang lebuh raya Autobahn.

Nak masuk toilet di sepanjang R&R Autobahn, kau kena bayar €0.70.
Kemudian dia akan bagi resit siap ada Voucher €0.50.
Voucher ni kau boleh guna beli jajan kat 7E versi Jerman.
Kau masuk jamban Malaysia, bayar 5 kupang, buka tudung jamban, nampak taik terapung.
3 minggu suwei tak hilang. Punyalah sial.

  • Mutalib Uthman

rnr-autobahn-jerman-mutalib-uthman

Sebagai makluman , Autobahn ialah sistem lebuh raya sepanjang 12,949km yang diuruskan Kerajaan Persekutuan Jerman. Istimewa tentang lebuh raya itu ialah tiada had laju persekutuan ditetapkan bagi kelas kenderaan tertentu melainnan beberapa lokasi digezetkan seperti kawasan kemalangan, urban, penyenggaraan dan lain-lain.

Kawasan rehat di Autobahn terbahagi kepada dua, Tidak Diurus (unbewirtschaftet/unmanaged) dan Diurus (bewirtschaftet/managed). Anda boleh samakan kedua-duanya seperti kawasan rehat Hentian Sebelah dan Rehat & Rawat (RnR) di bawah seliaan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) negara kita.

Kawasan rehat Unbewirtschaftet biasanya cuma ada lot parkir dan sesetengahnya disediakan tandas, manakala Bewirtschaftet lebih besar dan disertakan kemudahan restoran, kedai, telefon awam, akses Internet dan taman permainan. Sesetengahnya ada menyediakan hotel.

TANDAS KENA BAYAR

KREDIT FOTO: NSTP/ROSELA ISMAIL

Berbanding Malaysia yang menyediakan kemudahan tandas percuma dan bersih di RnR, tandas di Autobahn menurut Mutalib Uthman mengenakan bayaran kira-kira €0.70 (RM3.20). Tetapi, pengguna diberikan pula resit baucar €0.50 (RM2.20) yang boleh digunakan untuk membeli barang di kedai-kedai runcit sekitar Jerman (seperti 7-Eleven).

Apa yang menyakitkan hati, seperti disebut Mutalib, banyak kondisi tandas berbayar di Malaysia jauh lebih teruk berbanding tandas di Jerman yang juga berbayar. Sepatutnya tandas berbayar perlu lebih bersih dan terurus. Malah, banyak pula tandas percuma di negara ini yang lebih bersih daripada tandas berbayar.

Ataupun, apakah kerana berbayar, maka pengguna kita buat tidak kisah langsung pasal mahu menjaga kebersihan tandas tersebut? Bayangkanlah PLUS mengenakan bayaran masuk tandas di RnR seperti di Autobahn, apakah tandas mereka juga berpotensi jadi kotor dan jijik? Pelik... pelik...

Apapun sama-samalah kita jaga kebersihan tanpa mengira tandas itu berbayar atau percuma. Lagipun, membersih tandas cuma semudah menarik pam selepas anda selesai melepaskan hajat. Ia bukannya eksperimen sains roket. Ingat, tahi kita, tanggungjawab kita!

Artikel Berkaitan

77
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Sembang Deras Tagged With: Autobahn, autotainment, Jerman, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). lebuh raya Autobahn, sembangderas, tandas, tandas di Jerman, tandas Malaysia

Comments

  1. lu pehal says

    February 28, 2017 at 4:09 PM

    Siapa ada pengalaman masuk tandas berbayar 50 sen.. tapi paip air rosak.. sinki rosak.. flush jamban rosak.. tahi bertakung.. pintu takde lock, pintu jamban ada conteng-conteng benda tak senonoh dan lucah.. Bila nak indahkan tandas tu pun tak taula. Tandas macam tu ada di medan selera, stesen minyak, kedai makan..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my