Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#TahukahAnda: 6 Manga Permotoran (Selain Initial D) yang Anda Mungkin Tidak Tahu
Roda2

#TahukahAnda: 6 Manga Permotoran (Selain Initial D) yang Anda Mungkin Tidak Tahu

ZYBy ZY02/11/20194 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MUNGKIN anda bukan peminat komik Jepun atau gelaran popularnya, manga.

Tetapi jika anda peminat dunia automotif Jepun, khususnya permotoran dan perlumbaan, anda pasti tahu tentang anime atau filem ‘live action‘ Initial D.

Namun, anda silap jika mendakwa Initial D ialah satu-satunya manga atau anime tentang sukan permotoran. Faktanya, ada banyak lagi manga yang menyentuh topik sama.

BACA >>> #TahukahAnda: 10 Fakta Ringkas Tentang Initial D yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Berikut antara judul pilihan kami yang mungkin tidak seikonik Initial D, tetapi tetap berbaloi ditambah sebagai koleksi bacaan manga anda.

1. WANGAN MIDNIGHT (湾岸ミッドナイト)

Imej kredit wheelsbywovka.com

Ramai tidak tahu, manga Wangan Midnight ini sebenarnya diterbitkan 5 tahun lebih awal daripada Initial D.

Hasil karya Michiharu Kusunoki, manga ini hampir sama dengan karya Shuichi Shigeno (Initial D) yang mana watak utama ialah pelumba muda berbakat besar yang memilih untuk berlumba dengan kereta old-skool.

Bagaimanapun, tidak seperti Fujiwara Takumi, watak utama, Akio Asakura dalam Wangan Midnight sangat berminat dengan kereta dan mempunyai pengetahuan tinggi tentang dunia permotoran.

Datsun S30 “Devil Z” piihan Asakura telah ditala hingga 600Hp!

Walaupun masih mengetengahkan topik perlumbaan jalanan, tidak seperti Initial D yang mempopularkan budaya Tōge dan drifting, Wangan Midnight menampilkan budaya Wangan, iaitu scene kereta yang diubah suai untuk berlumba dalam halaju tinggi sepanjang lebuh raya pesisir pantai Shuto Expressway.

Jika anda tidak tahu, Wangan bermaksud pesisir pantai teluk (bayshore). Selain manga dan permainan video, Wangan Midnight juga diterjemahkan kepada medium animasi dan filem live action.

2. CAPETA (カペタ)

Imej kredit wheelsbywovka.com

Capeta ialah judul manga dan anime yang sangat sesuai untuk mereka yang meminati sukan automotif profesional. Sebelum Capeta, artis Soda Masahito pernah memenangi anugerah Shogakukan Manga Award pada 1996 dengan manga Firefighter! Daigo of Fire Company M.

Mengikuti perjalanan watak utama, Taira Kappeita, manga ini menceritakan tentang semangat pelumba muda yang berjuang dalam sukan permotoran profesional walaupun berdepan pelbagai kesukaran. Hampir sama dengan kisah pelumba kelas MotoGP pertama Malaysia, Hafizh Syahrin.

Tarikan utama manga ini ialah ketelitian dalam aspek perlumbaan profesional seperti kos perlumbaan dan halangan teknikal yang perlu ditempuhi pelumba amatur, selain komentar perkara teknikal seperti penggunaan tayar dan penentuan racing line.

Selain manga, yang diterbitkan selama 10 tahun (2003-2013), Capeta turut diterbitkan dalam animasi televisyen 52 episod. Mungkin manga dan anime ini tidak sepopular Initial D, tetapi seperti karya Masahito sebelum ini, Capeta dianugerahkan Kondansha Manga Award pada 2005. Inilah manga yang wajib dibaca peminat sukan permotoran!

3. DONTEN PRISM SOLAR CAR (曇天・プリズム・ソーラーカー)

Bagi peminat anime, penulis genre seinen, Ohtagaki Yasuo pasti lebih dikenali dengan karya terbaharu, Gundam Thunderbolt. Tetapi sebelum itu beliau pernah menyumbang tenaga sebagai penulis manga perlumbaan kereta solar, Donten Prism Solar Car.

Manga ini menceritakan tentang kisah Kaneda Shouta yang berbasikal sejauh 10km setiap hari untuk bekerja di bengkel besi. Dia sanggup tidak memandu hanya kerana bencikan kereta yang menyebabkan bapanya maut akibat kemalangan. Bagaimanapun, selepas dipujuk sekumpulan pelajar kolej yang mahukan kepakaran mekanikal Shouta untuk membaik pulih projek kereta solar mereka, Shouta beransur-ansur mula melupakan kisah silamnya.

Cuma 9 episod dan 45 muka surat. Manga ini cukup pendek jika anda mencari karya yang tidak meleret-leret dan mudah diikuti.

Jika premis manga ini tidak cukup menarik minat, anda harus tahu manga ini dilukis artis, Murata Yusuke yang terkenal dengan Eyeshield 21 dan One Punch Man. Jadi, anda boleh mengharapkan manga ini dihiasi lukisan yang teliti, rapi dan kemas selain watak gadis muda cantik dan sedap mata memandang.

BACA >>> #TahukahAnda: 10 Fakta Ringkas Tentang Initial D yang Mungkin Anda Tidak Tahu

4. KIRIN (キリ)

Diterbitkan pada 1987, karya Shohei Harumoto ini menceritakan tentang watak utama, Kirin, 38 ,  yang obses dengan motosikal. Seperti Initial D, manga ini popular berikutan perincian lukisan motosikal dan kereta serta  gambaran suasana perlumbaan yang serius dan intensif.

BACA >>> Logo dan Nama Dipatenkan, Suzuki Katana Muncul Kembali?

KIRIN menampilkan watak utama menunggang motosikal legenda 80-an, Suzuki GSX1100S ‘Katana’ dan pada awal kemunculan, ditampilkan berlumba dengan Porsche 911.

Berita tidak enak, jika anda mahu mengikuti lanjut manga ini, ia sangat sukar didapati. Jika ada sekalipun, harganya cukup mahal berdasarkan pencarian kami di laman web beli-belah popular seperti Amazon.  Bagaimanapun, siri spin-off, Kirin The Happy Rider Speedway yang diterbitkan pada  2010 lebih mudah didapati pada harga munasabah, yakni sekitar AS$10 (RM40).

5. TOPPU GP (トップウGP)

Karya terbaru Kosuke Fujishima itu terkenal dengan siri manga popular, You’re Under Arrest dan Oh My Goddess, termasuk mencipta karakter permainan video Playstation 4, Tales of Zestiria dan Tales of Berseria. TOPPU GP yang baru saja diterbitkan tahun lalu boleh dianggap sebagai CAPETA versi motorsikal.

Seperti judul CAPETA, yang menggunakan nama watak utama, TOPPU GP menampilkan Toppu Uno (bermaksud Top One), iaitu kanak-kanak berbakat yang memasang impian menyertai perlumbaan motosikal bertaraf dunia, MotoGP.

Toppu Uno memiliki kebolehan pengamatan tinggi yang membolehkan dia mengetahui tahu catatan masa tanpa melihat jam selain mampu mencatat masa pantas walaupun kali pertama menunggang dengan hanya memerhatikan paten tungangan kakaknya. Namun, masih jauh perjalanan yang perlu dihadapi Toppu Uno sebelum dia mampu melangkah ke arena MotoGP.

Menariknya, hasil kerjasama dengan beberapa pelumba motosikal Jepun, TOPPU GP mengetengahkan pengetahuan mendalam tentang motosikal dan informasi mekanikal lain selain lakaran motorsikal dan kereta yang sangat terperinci. Namun tidak seperti kebanyakan manga lain dalam senarai ini, ia masih kemas dan mudah dibaca.

6. MF GHOST

MF Ghost ialah karya terkini Shuichi Shigeno sebagai sekuel kepada manga ikonik, Initial D.

Berlatar belakangkan era moden yang mana kereta pandu sendiri menguasai jalanan, MF Ghost menceritakan tentang watak utama, pelumba muda Katagiri Kanata yang menyertai perlumbaan kereta enjin pembakaran, MFG dalam perjalanan menjejaki kehilangan misteri ayahnya yang berkait rapat dengan organisasi tersebut.

Walaupun tidak menampilkan semula watak-watak popular daripada Initial D, tetapi masih dinyatakan sebagai rujukan. Kanata misalnya, memandu Toyoto 86 dan disebut sebagai anak murid Fujiwara Takumi memandangkan Kanata mempunyai skil yang hampir sama. MFG pula ialah organisasi perlumbaan yang berkesinambungan daripada Project D, iaitu organisasi perlumbaan jalanan yang diasaskan Ryosuke, yakni pesaing lumba sebelum dia jadi mentor kepada Takumi.

Masih banyak lagi misteri yang belum terungkai jadi jika anda peminat setia Initial D dan ingin tahu perkembangan watak-watak kegemaran anda sebelum ini, segera dapatkan MF Ghost di pasaran.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Sebab Kenapa 86 Jadi Nombor Kesayangan Toyota

autotainment capeta Donten Prism Solar Car Initial D katagiri kanata KIRIN Kosuke Fujishima manga mf ghost Michiharu Kusunoki Murata Yusuke Ohtagaki Yasuo Shohei Harumoto Shuichi Shigeno Soda Masahito TOPPU GP wangan midnight
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

21/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

20/02/2026
PHEV

Toyota RAV4 PHEV 2026 Lancar di Jepun, Jarak Pemanduan Elektrik 150km!

22/02/2026
Roda2

Triumph Street Triple 765 RX Tiba di Malaysia, Edisi Terhad, Dari RM81,100

19/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.