• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SYM NH-T 300 (2022) Bakal Lancar, Dijangka Masuk Malaysia?

SYM NH-T 300 (2022) Bakal Lancar, Dijangka Masuk Malaysia?

January 28, 2022 By Shawkath Leave a Comment

499
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POPULARITI segmen motosikal 300cc hingga 400cc semakin berkembang di Asia dan Eropah. Malah di Amerika Syarikat (AS), model segmen itu juga kian rancak.

Beberapa tahun lalu, segmen 300cc mula menerima kemasukan banyak model naked bike atau sportbike, tetapi fokus kini mula beralih kepada motosikal advencer (ADV).

Antara model dimaksudkan adalah seperti KTM 390 Adventure, Royal Enfield Himalayan dan Versys X-300 untuk penungggang baharu. Terbaharu, SYM turut menyertai segmen sama dengan memperkenalkan NH-T 300 (2022).

Berikut perincian SYM NH-T 300 (2022):

  • Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 278cc penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 25hp @ 7,500rpm dan tork 24Nm @ 6,000rpm, manakala transmisi klac manual 6-kelajuan.
  • Output kuasa hampir sama dengan Royal Enfield Himalayan, tetapi lebih menumpukan tunggangan atas jalan raya biasa berbanding off-road.
  • Kelajuan maksimum 139kmj.

  • Menggunakan rim 19 inci dengan tayar 100/90 (depan), dan rim belakang 17 inci dengan tayar 130/80.
  • Rekabentuk tampak moden, tetapi agak ketinggalan jika dibandingkan trend masa kini.
  • Sistem lampu LED penuh untuk lampu depan, lampu belakang dan lampu signal belok.

BACA >>> SYM Husky ADV (2022) Lancar, Bakal Cabar Honda ADV 150, WMoto Xtreme 150i

  • Sistem suspensi fork teleskopik (depan), dan monoshock (belakang).
  • Sistem brekcakera 288mm (depan), dan 222mm (belakang) yang dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Memiliki berat 166kg, kapasiti tangki minyak 11 liter.
  • Dimensi panjang 2,068mm, lebar 860mm, dan tinggi 1,195mm, manakala jarak roda 1,405mm.
  • Tiada harga rasmi diumumkan buat masa ini.

BACA >>> SYM CROX 150 RX Pencabar Skuter Adventure Honda ADV150?
BACA >>> TVS Mahu Hasilkan Model Advencer 200cc Sendiri, Mirip BMW G310GS?
BACA >>> #TahukahAnda: 10 Fakta Minyak 2T dan Motosikal 2-Lejang yang Perlu Anda Tahu

SYM NH-T 300 - 2
SYM NH-T 300 - 5
SYM NH-T 300 - 6
SYM NH-T 300 - 3
SYM NH-T 300 - 4
SYM NH-T 300 - 7
SYM NH-T 300 - 1
SYM NH-T 300 - 0

SUMBER: SYM | RideApart

499
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ADV, Motosikal Adventure, roda2, SYM Global, SYM NH-T 300

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my