• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki V-Strom 800DE (2023) Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM60.8k!

Suzuki V-Strom 800DE (2023) Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM60.8k!

June 19, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SUZUKI Malaysia meluaskan tawaran motosikal advencer menerusi pelancaran Suzuki V-Strom 800DE (2023) yang diimport dari Jepun (CBU) pada harga RM60,800. Selain model itu, turut dilancarkan ialah sportbike Suzuki GSX-8S.

Harga itu adalah untuk tempahan 50 unit pertama. Selepas itu, harga jualan unit seterusnya dijangka meningkat kira-kira 10 peratus. Berikut perincian Suzuki V-Strom 800DE (2023):

Ada dua pilihan warna ditawarkan: Champion Yellow (kuning) dan Glass Mat Mechanical Gray (kelabu).

Trenkuasa dijana enjin 4-lejang 8-injap 270º dwi-silinder sebaris 776cc DOHC penyejukan cecair dan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 83hp @ 8,500rpm, dan tork 78Nm @ 6,800rpm.

Transmisi manual 6-kelajuan dengan sistem pacuan rantai dan dilengkapi ciri anjakan pantas Quickshifter dwi-arah.

Ada tiga mod tunggang: A (Active), B (Basic) dan C (Comfort). Panel meter TFT LCD digital berwarna 5 inci.

Frem jenis tiub keluli dengan subfrem trellis tiub keluli. Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock (belakang) daripada jenama Showa. Kedua-dua suspensi jenis boleh laras prabeban, mampatan dan lantunan dengan jarak travel 220mm.

Sistem brek caker kembar 310mm dengan kaliper Nissin di depan, dan cakera tunggal 260mm di belakang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan mod off-road.

Bahagian roda menggunakan rim jejari 21 inci dengan tayar saiz 90/90 (depan), dan rim 17 inci dengan tayar 150/70 (belakang). Jenis tayar Dunlop Trailmax Mixtour dan bertiub.

Dimensi motosikal: panjang 2,345mm, lebar 975mm, tinggi 1,310mm dan jarak roda 1,570mm. Jarak tinggi bumi 220mm, manakala tinggi pelana 855mm. Berat keseluruhan 230kg. Kapasiti tangki minyak 20 liter dan purata penggunaan bahan api 4.4 liter per 100km menurut Kitaran Ujian Motosikal Sedunia (WMTC).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: adventure, Dunlop Trailmax Mixtour, Kitaran Ujian Motosikal Sedunia (WMTC), motosikal advencer, roda2, Suzuki GSX-8S (2023), Suzuki Malaysia, Suzuki V-Strom 800DE (2023)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my