Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Suzuki Tarik Diri MotoGP Hujung Musim Ini?
Auto Terkini

Suzuki Tarik Diri MotoGP Hujung Musim Ini?

AryonBy Aryon03/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUZUKI mengejutkan ramai pemerhati berikutan dakwaan mengatakan pasukan itu akan menarik diri daripada menyertai Kejuaraan Dunia MotoGP.

Suzuki sebenarnya sudah mencipta nama dalam MotoGP sejak era Grand Prix (GP) 500cc dengan meraih kejuaraan menerusi bintang seperti Barry Sheene, Marco Lucchinelli, Franco Uncini, Kevin Schwantz dan Kenny Roberts Jr.

BACA >>> Joan Mir Juara MotoGP 2020! Julang Suzuki Selepas 20 Tahun!

Pasukan itu meneruskan penyertaan dalam era 4-lejang, tetapi menarik diri pada penghujung musim 2011 berikutan masalah kewangan dengan hanya menghantar satu kemasukan, iaitu Alvaro Bautista tahun itu.

Bagaimanapun, Suzuki perlahan-lahan membina semula projek MotoGP sebelum kembali sepenuhnya pada 2015 dengan menjadi juara sekali lagi di litar Silverstone yang kali terakhir dicapai Maverick Vinales pada 2007. Akhirnya pada 2020, Suzuki memenangi kejuaraan dunia kali pertama sejak 20 tahun lalu menerusi pelumbanya, Joan Mir.

Media difahamkan bos-bos Suzuki semalam mengumpulkan semua krew MotoGP untuk membincangkan mengenai hasrat keluar dari kejuaraan itupada penghujung musim ini. Keputusan itu nyata mengejutkan seluruh pasukan sebelum keputusan rasmi tiba beberapa jam kemudian.

Pengumuman mengejutkan itu membuatkan masa depan juara dunia 2020, Mir dan juara GP tiga kali, Alex Rins kini terumbang-ambing. Keputusan itu menguatkan khabar angin terdahulu yang mengatakan Mir bakal berhijrah ke Honda sebagai rakan pasukan baharu Marc Marquez, menggantikan Pol Espargaro. Bagaimanapun, masa depan Rins masih tidak pasti.

Tahun lalu, Suzuki bergelut mencarip pengganti bos pasukan David Brivio yang berhijrah menyertai pasukan Formula Satu (F1), Alpine. Kehilangan itu digantik Shinichi Sahara (atas kiri) yang mengaku peranan itu terlalu besar untuknya sebelum Suzuki membawa masuk manta bos Ducati dan Honda, Livio Suppo pada 2022.

Mir dan Rins pula hanya memiliki kontrak hingga penghujung musim ini. Rins minggu lalu di Portugal pernah mengatakan yang Suzuki berminat mengekalkannya untuk musim 2023.

BACA >>> Suzuki Bangunkan Sistem SOS Motosikal, Hantar Isyarat Kecemasan Jika Kemalangan Teruk
BACA >>> Suzuki Raider R150 Fi Edisi Azlan Shah (2022), Ada 300 Unit, Harga Mula RM11.9k!

SUMBER: Motorsport.com |Crash.net

Alex Rins Auto Terkini Joan Mir Kejuaraan Dunia MotoGP MotoGP Suzuki Suzuki Ecstar Suzuki Tarik Diri
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Ferrari Klasik Di Tingkat 29! Rembawang Cipta Dua Rekod Baharu Malaysia

    07/04/2026
    Harley-Davidson Pan America 1250 ST 2026
    Roda2

    Harley-Davidson Pan America 1250 ST Dinobat Sport Touring Motorcycle of the Year 2026

    07/04/2026
    Auto Terkini

    Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

    07/04/2026
    SuperGT Jepun kembali ke Sepang
    Sukan Permotoran

    Autobacs SUPER GT Sepang 2026 Mungkin Dibatalkan, Perang Asia Barat Belum Reda

    07/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.