Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Suzuki Malaysia Lancar 6 Model Motosikal CBU Jepun untuk Pasaran Malaysia
Roda2

Suzuki Malaysia Lancar 6 Model Motosikal CBU Jepun untuk Pasaran Malaysia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUZUKI Malaysia melancarkan enam model motosikal baharu untuk pasaran tempatan yang boleh didapati menerusi pengedar rasmi seluruh negara.

Sebagai permulaan, Suzuki tampil dengan produk kelas kapasiti sederhana dan besar, terdiri daripada model supersport prestasi tinggi, naked bike, advencer dan roadster. Semua model adalah unit import  (CBU) dari Jepun.

Berikut perincian model baharu dilancarkan Suzuki Malaysia:

GSX-R1000 dan GSX-R1000R
  • Harga disyorkan tanpa insurans dan pendaftaran ialah RM99,289 hingga RM110,289.
  • Pilihan warna ialah Metallic Triton Blue / Metallic Mystic Silver (biru-perak) khas untuk GSX-R1000R. Ada juga skema Metallic Matte Black untuk kedua-dua varian.
  • Menggunakan frem aluminium lebih ringan dengan pakej badan aerodinamik.

BACA >>> Suzuki GSX-R1000R (2022) Kini dengan Pilihan Warna Baharu, Jepun Sahaja, Harga RM75k

KATANA (GSX-S1000S)

  • Harga disyorkan RM77,989, tanpa insurans dan pendaftaran.
  • Ada dua warna pilihan, Metallic Mystic Silver (perak) dan Glass Sparkle Black (hitam).
  • Trenkuasa seperti model GSX-R1000R generasi tersahulu dengan transmisi manual 6-kelajuan BERkuasa 147hp @ 10,000rpm dan tork 108Nm @ 9,500rpm.
  • Menggunakan sistem lampu LED penuh dan panel meter multifungsi. Hadir dengan pelbagai sistem dan teknologi bantuan tunggangan.

BACA >>> Suzuki Katana Limited Edition (2021) dengan Warna Baharu Lancar, Dijual 100 Unit Sahaja

GSX-S750

  • Harga disyorkan RM40,989, tanpa insurans dan pendaftaran.
  • Ada dua warna pilihan, Metallic Triton Blue / Glass Sparkle Black (biru hitam) dan Metallic Oort Gray/Glass Sparkle Black (kelabu hitam).
  • Trenkuasa 4-lejang 4-silinder 749cc DOHC penyejukan cecair dan teknologi suntikan bahan api Suzuki (SFI) dengan SDTV berkuasa 113hp dan tork 81Nm. Transmisi klac basah multiplat manual 6-kelajuan.
  • Sistem suspensi jenis fork terbalik (USD) Kayaba (KYB) di depan dan monoshock (belakang).
  • Hadir bersama Sistem Kawalan Traksi Termaju Suzuki (SATC) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). SATC ada tiga mod iaitu:
    • Mod 1: Tahap sensitiviti paling rendah, sesuai untuk penunggang paling mahir atau atas permukaan jalan dengan cengkaman baik.
    • Mod 2: Tahap sensitiviti sederhana, sesuai untuk majoriti penunggang, atau kondisi jalan jalan raya yang pelbagai.
    • Mod 3: Tahap sensitiviti paling tinggi, sesuai untuk kondisi jalan raya yang kurang cengkaman (basah atau sejuk).
    • Off: Ciri dibatalkan.
  • Sistem brek cakera kembar Nissin dengan kaliper 4-piston di depan dan cakera tunggal Nissin dengan kaliper piston tunggal di belakang.

BACA >>> Suzuki Perkenal GSX-S750 (2021) dengan Seragam Baharu Lebih Agresif

V-STROM 650XT

  • Harga disyorkan RM37,989, tanpa insurans dan pendaftaran.
  • Warna pilihan: Candy Daring Red / Glass Sparkle Black (merah hitam) dan  Champion Yellow (kuning)
  • Bersifat versatil, reliabel, tahan lasak dan sesuai untuk tunggangan dwi-guna (atas jalan dan off-road).
  • Lebih ringan, iaitu 216kg.
  • Trenkuasa 4-lejang 2-silinder (V-Twin) 645cc DOHC penyejukan cecair dan teknologi suntikan bahan api, manakala transmisi klac manual 6-kelajuan.
  • Visor angin boleh laras tiga tahap dan ada gad tangan, kowl bawah enjin, rim jejari dan tayar tiubles serta tangki minyak sebesar 20 liter. 
  • Panel meter kombi, iaitu takometer analog dan spidometer digital. 

BACA >>> Suzuki V-Strom 650 XT Adventure (2021) Kini Berwarna Baharu, Harga RM42k

SV650  

  • Harga disyorkan RM37,289, tanpa insurans dan pendaftaran.
  • Warna pilihan: Pearl Brilliant White / Glass Sparkle Black (putih hitam).
  • Frem trellis lebih ringan untuk tunggangan sporty dengan berat cuma 198kg.
  • Trenkuasa jenis 4-lejan 2-silinder 645cc DOHC penyejukan cecair dan teknologi suntikan bahan api. Sistem transmisi klac manual 6-kelajuan.
  • Sistem ekzos diubah posisi untuk menambah sudut miring ketika mengambil selekoh.
  • Sistem brek cakera kembar 290mm dengan kaliper Tokico di depan dan cakera tunggal di belakang.
  • Dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), sistem bantuan rev rendah dan beberapa teknologi lain.

Semua model boleh didapati di bilik pameran Suzuki Big Bike World dan Suzuki Station Plus seluruh negara. Setiap motosikal Suzuki hadir dengan waranti pengilang dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km, mana satu tiba dulu.

BACA >>> Suzuki SV650 ABS (2020) Lancar di Jepun, Cuma Kemas Kini Warna Seragam

GSX-R1000 GSX-R1000R GSX-S750 Katana roda2 Suzuki Big Bike World Suzuki Malaysia Suzuki Station Plus SV650 V-STROM 650XT
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
Roda2

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 untuk Jepun, Guna Transmisi AMT!

05/03/2026
Honda X-ADV 2026
Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Mesra Alam

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

By Shazwan Hisam27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.