Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Suzuki Malaysia Kembalikan Model Legenda – DR-Z4S dan DR-Z4SM 2026, Harga RM42,998
Roda2

Suzuki Malaysia Kembalikan Model Legenda – DR-Z4S dan DR-Z4SM 2026, Harga RM42,998

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam15/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Suzuki Malaysia lancar Suzuki DR-Z4S dan Suzuki DR-Z4SM 2026

PENGEDAR rasmi motosikal Suzuki di Malaysia, AMI Suzuki Malaysia (Suzuki Malaysia) membawa kembali nama yang cukup ikonik dalam dunia motosikal dual-sport menerusi pelancaran Suzuki DR-Z4S dan DR-Z4SM.

Dilancarkan di Sepang pada 12 April 2026, dua model itu membawa semula semangat DR-Z yang sudah lama dikenali sebagai jentera ringan, lasak dan cukup versatil untuk pelbagai jenis tunggangan.

Buat pembaca yang sukakan motosikal dengan karakter serba boleh, inilah model yang memang kena dengan jiwa.

Satu model boleh meredah jalan berturap dan laluan off-road, manakala satu model lagi pula lebih agresif untuk kaki layan selekoh dan tunggangan bandar gaya supermoto.

DR-Z4S untuk Off-Road, DR-Z4SM untuk Jalan Raya

Suzuki DR-Z4S 2026
Suzuki DR-Z4SM 2026

Suzuki DR-Z4S (foto atas kiri) dibangunkan sebagai model dual-sport sebenar yang sesuai untuk penunggang yang mahukan motosikal harian, tetapi pada masa sama masih boleh meredah masuk laluan tanah, jalan berbatu dan trek ringan tanpa banyak kompromi.

Suzuki DR-Z4SM (foto atas kanan) pula hadir dengan karakter lebih sporty dan menyeronokkan. Gaya supermoto dengan pengendalian lebih tajam menjadikan model itu pilihan ideal untuk tunggangan dalam bandar, selekoh berbukit dan sesi tunggangan hujung minggu yang lebih agresif.

Enjin 398cc, Output Kuasa 37.5hp

Suzuki DR-Z4S 2026
Suzuki DR-Z4SM 2026

Kedua-dua model menggunakan enjin 4-lejang silinder tunggal 398cc DOHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api, terotel elektronik Ride-by-Wire dan palam pencucuh kembar.

Suzuki mendakwa output kuasa dihasilkan sekitar 37.5hp, yang cukup teguh untuk kategori dual-sport dan supermoto middleweight.

Suzuki DR-Z4S 2026
Suzuki DR-Z4SM 2026

Bagaimanapun, Suzuki Malaysia masih belum mendedahkan bacaan rasmi angka tork. Jadi lebih tepat untuk kita tunggu spesifikasi penuh selepas sesi pandu uji rasmi nanti.

Apa yang pasti, talaan enjin itu mematuhi piawaian Euro5+, dengan respons terotel dijangka lebih lancar dan lebih halus berbanding generasi lama.

Teknologi Moden, Lebih Mudah Ikut Gaya Tunggang

Suzuki DR-Z4SM 2026
Suzuki DR-Z4S 2026

Antara menarik, kedua-dua model itu kini dilengkapi Suzuki Intelligent Ride System (SIRS) yang menawarkan tiga mod tunggang, kawalan traksi dengan empat mod, termasuk Gravel Mode, dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) boleh laras.

Ini membolehkan penunggang memilih karakter tunggangan mengikut situasi, sama ada menunggang santai dalam bandar, meredah jalan kampung, atau melayan trail ringan hujung minggu.

Perbezaan Rim Bezakan Karakter

Suzuki DR-Z4S 2026
Suzuki DR-Z4S 2026

Walaupun nampak hampir sama, tetapan roda membezakan kedua-dua model dengan cukup jelas. Suzuki DR-Z4S menggunakan rim 21 inci (depan), dan 18 inci (belakang), iaitu konfigurasi yang memang sinonim dengan motosikal dual-sport kerana lebih stabil untuk permukaan tidak rata.

Suzuki DR-Z4SM 2026
Suzuki DR-Z4SM 2026

Untuk Suzuki DR-Z4SM pula, Suzuki memilih rim 17 inci untuk roda depan dan belakang. Tetapan itu memberikan respons hendal yang lebih cepat, lebih lincah ketika menerjah selekoh dan cengkaman lebih baik atas jalan berturap.

Nama DR-Z Masih Ada Aura Legenda

Suzuki DR-Z4SM 2026
Suzuki DR-Z4S 2026

Kepada yang sudah lama mengikuti dunia dua roda, nama DR-Z bukan baharu. Model seperti DR-Z400S dan DR-Z400SM sebelum ini memang cukup popular seluruh dunia kerana karakter yang tahan lasak, ringan dan mudah dijaga.

Sebab itu kemunculan DR-Z4S dan DR-Z4SM di Malaysia boleh dianggap sebagai ‘comeback’ yang memang dinanti ramai, terutama peminat motosikal advencer ringan dan supermoto.

Harga Dua Model Itu di Malaysia

Suzuki DR-Z4S 2026

Suzuki Malaysia menawarkan kedua-dua model pada harga RM42,998, tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans.

Namun untuk 50 pelanggan terawal ditawarkan harga pengenalan RM39,888, yang agak menarik untuk sebuah model serba baharu dengan teknologi moden dan nama legenda.

Berikutย pilihan warna ditawarkan:

  • Suzuki DR-Z4S: Champion Yellow (kuning), Solid Iron Gray (kelabu)
  • Suzuki DR-Z4SM: Sky Gray (kelabu), Solid Special White (putih)

Secara keseluruhan, ini antara pelancaran paling menarik dalam segmen dual-sport dan supermoto tahun ini.

Suzuki Malaysia nampaknya serius mahu menghidupkan semula nama DR-Z untuk generasi penunggang baharu temapatan.

Suzuki DR-Z4SM 2026
Suzuki DR-Z4SM 2026
Suzuki DR-Z4SM 2026
Suzuki DR-Z4SM 2026
Suzuki DR-Z4SM 2026
Suzuki DR-Z4SM 2026
Suzuki DR-Z4SM 2026
Suzuki DR-Z4SM 2026
Suzuki DR-Z4SM 2026
Suzuki DR-Z4SM 2026
Suzuki DR-Z4SM 2026
Suzuki DR-Z4SM 2026
Suzuki DR-Z4SM 2026
Suzuki DR-Z4SM 2026
Suzuki DR-Z4SM 2026
Suzuki DR-Z4SM 2026
Suzuki DR-Z4SM 2026
Suzuki DR-Z4SM 2026
Suzuki DR-Z4S 2026
Suzuki DR-Z4S 2026
Suzuki DR-Z4S 2026
Suzuki DR-Z4S 2026
Suzuki DR-Z4S 2026
Suzuki DR-Z4S 2026
Suzuki DR-Z4S 2026
Suzuki DR-Z4S 2026
Suzuki DR-Z4S 2026
Suzuki DR-Z4S 2026
Suzuki DR-Z4S 2026
Suzuki DR-Z4S 2026
Suzuki DR-Z4S 2026
Suzuki DR-Z4S 2026
AMI Suzuki Malaysia Dual purpose bike roda2 supermoto Suzuki Suzuki DR-Z4S Suzuki DR-Z4SM Suzuki Malaysia Suzuki Motorcycle
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    13/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    13/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    14/04/2026
    Honda Vario 125 Street 2026
    Roda2

    Honda Vario 125 Street 2026 Rasmi Tiba di Malaysia – Gaya Street, Harga RM7,468

    10/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.