Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Suzuki Jepun Perkenal Dua Seragam Baharu GSX-R1000R ABS, Harga RM85k
Roda2

Suzuki Jepun Perkenal Dua Seragam Baharu GSX-R1000R ABS, Harga RM85k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUZUKI Japan memperkenalkan dua skema warna baharu untuk GSX-R1000R ABS, iaitu Triton Blue Metallic/Mystic Silver Metallic (biru-perak) dan Matte Black Metallic (hitam)  selain skema warna aniversari sedia ada, Triton Blue Metallic.

Model Triton Blue Metallic/Mystic Silver Metallic adalah warna khas sempena aniversari ke-100 yang menampilkan warna biru-perak dengan aksen kuning neon pada panel fasia, dan rim sport.

Warna badan kedua Matte Black Metallic diserikan bersama dekal merah dan kelabu gelap yang menghiasi hampir semua sudut penting motosikal ini. Dekal fon ‘Suzuki’ dan huruf R pada logo GSX-R berwarna perak, serta ada aksen merah sekeliling rim.

Pada awal Mac lalu, Suzuki memperkenalkan GSX-R1000R dengan seragam Ecstar sebagai model ulang tahun ke-100 sempena Pameran Motor Tokyo secara digital. Seperti biasa, model ini mengambil ilham seragam jentera MotoGP ditunggang Alex Rins dan Joan Mir. Dekal Ecstar masih kekal untuk warna Triton Blue.

Warna baharu GSX-R edisi ulang tahun ini memaparkan jalur warna kelabu lebih lebar dari arah bawah lampu utama dan fender depan yang bersambung hingga ekor belakang. Warna biru Suzuki lebih gelap pula mengapit jalur kelabu pada atas fairing depan, tangki minyak, fairing dan ekor belakang.

Aspek teknikal tidak berubah, masih menggunakan trenkuasa sedia ada, 1,000cc berkuasa 185hp dan tork puncak 117Nm. Khabarnya, Suzuki belum merancang mengangkat darjat GSX-R ke kelas Euro 5. Mungkin GSX-R ini tidak lagi hadir ke pameran automotif Eropah pada akhir tahun ini.

Maklumat awal mengatakan tiada Gixxer baru akan dilancarkan hingga musim 2022. GSX-R1000R (2020) warna baharu ini akan dijual bermula 30 Julai ini pada harga 2,156,000 yen (RM85,560).

GALERI

SUMBER: Suzuki | Motorrad

Matte Black Metallic roda2 superbike Suzuki Suzuki Ecstar Suzuki GSX-R1000R ABS Suzuki Japan Triton Blue Metallic/Mystic Silver Metallic
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.