• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Jepun Lancar GSX-R125 ABS MotoGP Edition Sempena Aniversari ke-100

Suzuki Jepun Lancar GSX-R125 ABS MotoGP Edition Sempena Aniversari ke-100

June 26, 2020 By Aryon Leave a Comment

97
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS Suzuki Perancis melancarkan GSX-S750 edisi MotoGP, Suzuki Jepun pula memperkenalkan GSX-R125 MotoGP Edition selepas sebulan debut model itu di pasaran Negara Matahari Terbit itu.

GSX-R125 MotoGP Edition hadir dengan skema warna perak dan biru yang diilhamkan daripada jenter MotoGP Suzuki GSX-RR 2020 sempena meraikan ulang tahun ke-100 jenama itu. Juga turut tertera dekal Suzuki dan Ecstar pada panel fairing badan dan tangki minyak.

BACA >>> Suzuki GSX-R125 Buatan Indonesia Lancar di Jepun

Selain perubahan kosmetik, aspek teknikal masih kekal sama. Sportbike ini dijana enjin silinder tunggal 124cc dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 14.8hp @ 10,000rpm dan tork 11Nm @ 8,000rpm. Bahagian roda menggunakan rim 17 inci dengan fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang.

Sistem brek dijaga unit cakera dengan ABS dwi-saluran untuk kedua-dua roda. Suzuki turut menawarkan ciri lain seperti penghidup tanpa kunci, lampu utama LED penuh, dan kluster instrumen digital penuh.

BACA >>> Suzuki Lancar GSX-S750 MotoGP Replica Sempena Aniversari ke-100

Selain seragam MotoGP Edition, GSX-R125 juga ditawarkan dalam warna Triton Blue Metallic (biru), Titan Black (hitam), dan Brilliant White (putih).

Atas kertas, kemampuan GSX-R125 dikatakan mampu menjinakkan lawan seperti KTM RC125 dengan berat badan 25kg lebih ringan. Sebagai makluman, semestinya tidak masuk Malaysia!

SUMBER: Suzuki.co.jp

Artikel Berkaitan

97
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, sportbike, Suzuki, Suzuki GSX-R125, Suzuki GSX-R125 MotoGP Edition, Suzuki Japan, Suzuki Jepun

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my