• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Lancar GSX-S750 MotoGP Replica Sempena Aniversari ke-100

Suzuki Lancar GSX-S750 MotoGP Replica Sempena Aniversari ke-100

June 26, 2020 By Aryon 1 Comment

803
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI mendedahkan model edisi khas, GSX-S750 MotoGP Replica untuk pasaran Perancis sempena meraikan ulang tahun ke-100 jenama automotif itu dan 60 tahun dalam sukan perlumbaan.

Streetfighter middleweight itu diberikan seragam terkini daripada jentera MotoGP GSX-RR 2020, terdiri daripada kemasan dwi warna biru dan perak. Skema warna itu dihiasi tulisan Suzuki sepanjang tangki minyak dan panel fairing badan, dekal Ecstar dan pad tanki edisi istimewa.

Selain naik taraf visual, GSX-S750 MotoGP Replica turut dipasangkan ekzos Akrapovic jenis slip-on. Streetfighter ini dijual pada harga €9,449 (RM45,319) di pasaran Perancis.

BACA >>> Suzuki GSX-R125 Buatan Indonesia Lancar di Jepun

Suzuki GSX-RR MotoGP 2020 - Alex Rins
Suzuki GSX-RR MotoGP 2020 - Joan Mir

GSX-S750 dipacu enjin 4-silinder sebaris 16-injap 749cc penyejukan cecair berkuasa 114hp @ 10,500rpm dan tork 79.4Nm @ 9,000rpm, manakala transmisi jenis klac manual 6-kelajuan. Sistem henti adalah jenis dwi-cakera jenis petal di depan, manakala belakang cakera tunggal, juga jenis petal. Model edisi khas ini turut dilengkapi ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Kawalan Traksi.

Sementara itu dalam perkembangan lain, tiada sebarang khabar berita mengenai Suzuki di Malaysia.

BACA >>> #BikinMotor: Suzuki GSX-R1100 (1991) 'Japan Night'; dari Milan

SUMBER: BikeWale | DriveMag

Artikel Berkaitan

803
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 1290 Super Adventure S, roda2, Suzuki, Suzuki Ecstar, Suzuki GSX-RR 2020, Suzuki GSX-S750 (2019), Suzuki GSX-S750 MotoGP Replica, Suzuki Perancis

Comments

  1. Jan says

    June 30, 2020 at 1:24 PM

    bagi saya, livery motogp suzuki antara yang paling cantik. tak hairanlah bila suzuki keluarkan semua model2 baru guna livery yang sama haha

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my