• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Japan Bakal Lancar Gixxer (2020) Secara Strim Video

Suzuki Japan Bakal Lancar Gixxer (2020) Secara Strim Video

March 26, 2020 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


PENULARAN wabak Covid-19 banyak menjejaskan acara dan pengeluaran motosikal. Daripada pembatalan sukan permotoran seperti Isle of Man TT hingga penutupan operasi kilang Yamaha, Suzuki, Honda dan Royal Enfield di India.

Bagaimanapun, saat getir begini membuka peluang kepada inovasi baharu apabila Suzuki Japan bakal mengadakan pameran motosikal secara maya menerusi penstriman video untuk memperkenalkan model baharu pada 27 Mac ini.

Sama seperti Honda, Suzuki sepatutnya mendedahkan model baharu sempena Pameran Motosikal Tokyo (TMS) dan Osaka 2020 untuk pasaran Jepun. Mengikut jejak pesaingnya itu, Suzuki bakal menyiarkan pameran motosikal khas untuk memperkenalkan Gixxer 250 SF dan Gixxer 250 kepada umum.

BACA >>> Suzuki Gixxer SF 250 MotoGP Edition Lancar di India, Unit Terhad dengan Teknologi SOCS

Pameran Motosikal WEB Suzuki akan menumpukan kepada penambahbaikan trenkuasa baharu pada platform Gixxer 250. Dijana enjin 4-injap 249cc SOHC dengan teknologi penyejukan minyak SOCS berkuasa 25hp dan menawarkan penjimatan bahan api 38.5km per liter.

Teknologi SOCS mampu menambah baik aliran minyak dan kecekapan sistem penyejukan yang menjadikan enjin lebih bersih dan pada masa sama menjana lebih kuasa.

Suzuki Gixxer 250 SF
Suzuki Gixxer 250

Dengan penampilan menyerlah, Suzuki juga akan mempamerkan ciri dan penambahbaikan unik yang membezakan sportbike itu dengan model lawan. Berbanding pameran motosikal sebenar, penonton tidak boleh melihat atau cuba duduk secara langsung sosok dua model tersebut. Jadi video tambahan dan lengkap sudah tentu diperlukan.

Persoalannya sekarang, jika sesebuah pengeluar sudah mampu melakukan pameran produk sendiri secara penstriman video dan menjadi trend semasa, apakah agaknya yang akan berlaku kepada pameran motosikal fizikal pada masa akan datang.

BACA >>> 10 Foto Real Suzuki Gixxer (2019) di India yang Tidak Masuk Malaysia

SUMBER: SuzukiJapan| CarWatch

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, naked bike, Pameran Motosikal, sportbike, Strim Video, Suku Liter, Suzuki, Suzuki Gixxer 250, Suzuki Gixxer 250 SF, Suzuki Japan, Suzuki Motor Japan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
    Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?
    #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my