Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Suzuki GSX-S300 (Haojue DR300) Didedahkan, Siap Sedia Lancar di China
Roda2

Suzuki GSX-S300 (Haojue DR300) Didedahkan, Siap Sedia Lancar di China

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


SUZUKI GSX-S300 (juga dipanggil Haojue DR300) kali pertama debut pada pameran Chingqing Mobo Fair 2018, dan kini sedang disiapkan untuk dilancarkan di China.

Di China, Haojue Motorcycles ialah rakan niaga Suzuki menerusi syarikat Changzhou Haojue Suzuki Motorcycle Co Ltd yang memasarkan motosikal bersesaran kecil. GSX-S300 ialah streetfighter sporty yang tampil menarik dengan lampu depan LED penuh dan lampu siang (DRL) LED.

Panel kepala yang menutup  lampu depan memiliki rekabentuk unik dan dipadankan visor angin kecil jenama Haojue. Imej streetfighter itu diserlahkan menerusi fork terbalik (USD) KYB warna emas dan monoshock prabeban boleh laras 7-tahap. Kapasiti tangki 16 liter cukup ideal untuk tunggangan urban atau melengkapkan rutin pergi-balik kerja.

Haojue turut menambah kowl enjin untuk imej sporty, manakala ciri pelana terpisah dan tinggi menjungkit ke belakang memberikan penampilan agresif . Ciri lain GSX-S300 ialah kluster instrumen digital penuh yang memaparkan pelbagai informasi seperti spidometer, takometer, odometer, jarak perbatuan, indikator gear dan minyak serta lain-lain.

BACA >>> Suzuki Vietnam Mula Jual Satria 150 (2020) CBU dari Indonesia, Harga RM9.6k

GSX-S300 dijana enjin dwi-silinder 298cc penyejukan cecair berkuasa  29.2hp @ 8,500rpm dan 27.8Nm @ 6,500rpm, manakala hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi kotak gear klac manual 6-kelajuan.

Sistem brek menggunakan unit kaliper dwi piston 298mm di depan dan kaliper tunggal di belakang, serta dibantu Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dua saluran Bosch. Haojue dijangka melancarkan GSX-S300 di China dalam masa terdekat pada harga sekitar 33,000-35,000 yuan (RM20,200-RM21,420).

BACA >>> Imej Paten Enjin Suzuki 250cc Didedahkan, Adakah GSX-R250?

GALERI

SUMBER: IndianaAutosBlog

Changzhou Haojue Suzuki Motorcycle Co Ltd Haojue Haojue DR300 Haojue Motorcycles roda2 sportbike streetfighter Suzuki Suzuki GSX-S300
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Thunder LS250-S
Roda2

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.