• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki GSX-R750 Limited Edition (1986) Odometer 11,000km Ini Dijual RM58k

Suzuki GSX-R750 Limited Edition (1986) Odometer 11,000km Ini Dijual RM58k

October 5, 2020 By AI Leave a Comment

766
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI GSX-R750 (1986) boleh dianggap sebagai contoh motosikal dengan kejuruteraan tipikal Suzuki yang menggunakan teknologi pengeluaran frem aluminium.

GSX-R750 Limited Edition ini dikeluarkan 150 unit sahaja, dan dijual eksklusif untuk pasaran Jepun. Konsep kenderaan komersial aluminium bermula pada 1982 menerusi model GS1000R XR yang pernah memenangi Kejuaraan Dunia Enduran (EWC) 1983.

Jika GSX-R750 standard menggunakan frem keluli, model edisi terhad pula dengan frem aluminium. Harga kos pembuatan hanya ditambah AS$100 (RM415), agak murah berbanding manfaat ditawarkan.

Selain Jepun, GSX-R750 Limited Edition juga dijual di pasaran Amerika Syarikat (AS) sebagai model edisi terhad. Pasaran Jepun mendapat skema warna merah-kelabu Yoshimura dan diserikan perincian tipikal seperti signal belok gelap (tinted) dan sistem ekzos Ray Gun 4-into-1 hitam.

Persamaan GSX-R750 Limited Edition untuk kedua-dua pasaran Jepun dan AS ialah rim tiga jejari jenis double spoke berwarna putih, fork 41mm dengan sistem antijunam Suspensi Aktif Elektronik Baharu Suzuki/Daya Redaman Positif (NEAS/PDF) dan damper stereng.

Suspensi belakang dipasangkan swingarm lebih panjang 25.4mm berbanding model standard dengan monoshock badan aluminium dengan klac kering 6-kelajuan. Sistem brek menggunakan dwi-cakera 310mm dengan rotor jenis apung di depan dan brek cakera tunggal di belakang untuk memberikan daya membrek optimum.

Sistem klac jenis kering dengan kotak gear manual 6-kelajuan nisbah-dekat dan tuil klac boleh laras.

Kuasa GSX-R750 Limited Edition datang daripada enjin 749cc penyejukan udara berkuasa 106hp @ 10,500rpm dengan berat kering 175kg.

Model mahu dijual ini boleh dikatakan masih baharu kerana memiliki catatan odometer 11,235km, manakala tarikh penyenggaraan terakhir ialah Disember tahun lalu yang melibatkan penukaran minyak enjin, minyak fork, talaan karburetor, palam pencucuh, penapis udara, rantai pacu dan pad brek. Pemilik sebelum ini turut menukar minyak brek baharu.

Lebih 30 tahun GSX-R750 masih lagi ada tempat dalam segmen supersport middleweight.  Model GSX-R750 (2020) pula memiliki kuasa 148hp dan tork 87Nm yang setanding pesaig Yamaha YZF-R6 (2020) berkuasa 117hp, dan tork 65Nm.

Model ini dijual rumah lelongan Bring A Trailer pada 17 September lalu pada harga AS$14,000 (RM58,142)

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Sejarah Suzuki Katana yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Yamaha Berminat Perkenal Sportbike 4-Silinder 250cc dengan Nama R25M?
BACA >>> #TahukahAnda: 10 Lamborghini Terbaik Pernah Dikeluarkan

GALERI

SUMBER: Zingnews

766
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, sportbike, Suzuki, Suzuki GSX-R750 (1986), Suzuki GSX-R750 Limited Edition (1986)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my