Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»SUV Segmen-D Premium, Jaecoo J8 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM178.8k
Auto Terkini

SUV Segmen-D Premium, Jaecoo J8 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM178.8k

Han OthmanBy Han Othman24/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS kejayaan model J7, OMODA | JAECOO Malaysia hari ini memperkenalkan model terbaharu, Jaecoo J8 2025, iaitu kenderaan utilisi sukan (SUV) 6-kerusi yang direka khas untuk mereka yang mahukan gaya urban premium, kemudahan keluarga, dan keupayaan di pelbagai permukaan jalan.

Dengan tema ‘Pengembaraan Lasak Kelas Pertama’, Jaecoo J8 2025 menggabungkan teknologi pintar, rekabentuk berani dan ciri keselamatan canggih dalam satu pakej serba lengkap, menjadikannya antara SUV paling versatil dalam pasaran semasa.

Varian, Harga, dan Waranti

  • Jaecoo J8 2WD: RM178,800
  • Jaecoo J8 AWD: RM198,800

Setiap pembelian juga dipakejkan dengan:

  • Waranti 7 tahun/150,000km
  • Waranti enjin 10 tahun/tanpa had batuan (untuk pembeli awal)
  • Perlindungan insurans percuma 1 tahun (tertakluk syarat)

Rekabentuk Premium, Gagah dan Aerodinamik

JAECOO J8 2025 di Malaysia

Jaecoo J8 2025 menyerlah dengan dimensi panjang 4,820mm, lebar 1,930mm, dan tinggi 1,710mm, manakala jarak roda 2,820mm yang menghasilkan kabin luas dan selasa.

JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia

Bahagian depan menampilkan gril ‘Air Terjun’ yang bukan sekadar gaya tetapi juga mengoptimum aliran udara ke ruang enjin. Garisan tegas, dan nisbah keemasan pada profil sisi, serta hendal pintu tersembunyi memberikan sentuhan futuristik dan aerodinamik.

JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia

Melengkapkan penampilan luaran SUV itu ialah rim alot dwi-tona bersaiz 20 inci yang cukup bergaya di bandar dan cukup teguh di laluan lasak.

Prestasi Hebat, Keupayaan Jalan Lasak

JAECOO J8 2025 di Malaysia

Di bawah bonet, Jaecoo J8 2025 dijana enjin petrol 4-silinder 2.0L turbo dengan output kuasa 183kW (kira-kira 245ps) dan tork 385Nm, digandingkan bersama transmisi automatik 8-kelajuan.

Ditawarkan dalam dua varian:

  • 2WD (pacuan dua roda) – 0-100kmj sepantas 8.8 saat
  • AWD (pacuan semua roda) – 0-100kmj sepantas 9.0 saat

SUV itu juga dilengkapi dengan sistem penvektoran tork pintar, JAECOO J8 2025 mampu menyesuaikan cengkaman mengikut permukaan jalan. Sistem suspensi Kawalan Peredam Berterusan (CDC) memberikan pengendalian lebih responsif dan selesa di mana-mana laluan.

Kabin Meriah, Teknologi Terkini

JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia

Ruang kabin Jaecoo J8 2025 menampilkan konfigurasi:

  • 2+2+2 kerusi (AWD)
  • 5 kerusi dengan ruang but ekstra (2WD)

JAECOO J8 2025 di Malaysia

Bahagian tengah papan pemuka dihiasi dwi-skrin 12.3 inci dengan sistem paparan dongak (HUD), berserta Apple Carplay dan Android Auto secara wayarles.

JAECOO J8 2025 di Malaysia

Ruang simpanan varian AWD menawarkan kapasiti 738 liter (kerusi belakang dilipat), manakala model 2WD mampu memberi ruang maksimum 2,021 liter yang sesuai untuk keluarga atau pengembara aktif.

Keselesaan Seperti Jet Bisnes

Jaecoo J8 AWD menyediakan:

  • Kerusi Ratu (Queen Seat) dengan tempat letak kaki boleh laras
  • Kerusi duduk dengan ciri pemanas, pengudaraan, urutan dan memori (HVMM)
  • Siling mikroserat dan lampu kabin 256 warna
  • Konsol tengah besar dengan pengecas telefon wayarles 50W

Bagi penggemar audio, tersedia:

  • 12 pembesar suara (2WD)
  • 14 pembesar suara Sony, termasuk di penyandar kepala (AWD)

Ciri Keselamatan Termaju ADAS 2.5

Jaecoo J8 2025 dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) 2.5 yang terdiri daripada:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Sistem Pemantau Pemandu (DMS)
  • Bantuan Tukar Lorong (LCA)
  • Brek Kecemasan Automatik (AEB)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Sistem Parkir Automatik Penuh (AWD)
  • Brek ‘by-wire’ OneBox

 Dipasang CKD di Malaysia untuk Rakyat Malaysia

JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia

Jaecoo J8 2025 dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD) di kilang Chery Malaysia, Shah Alam bagi menyokong industri automotif tempatan sambil menjamin kualiti dan harga kompetitif untuk rakyat Malaysia.

Penyerahan Jaecoo J8 AWD kepada pelanggan bermula Julai 2025, sebelum disusuli varian 2WD tidak lama selepas itu.

JAECOO J8 – SUV Terbaik untuk Pemandu Moden

JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia

Jaecoo J8 2025 bukan sekadar SUV, tetapi simbol gaya hidup moden, teknologi masa depan dan pengembaraan tanpa kompromi.

Pada harga mampu milik untuk apa ditawarkan, ditambah pula ciri premium dari segi keselesaan, keselamatan dan prestasi, model itu layak digelar antara SUV paling lengkap dan berbaloi dimiliki tahun ini.

JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
Jaecoo J8 JAECOO Malaysia Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV segmen-D
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Triumph Daytona 660 2026 – Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

18/03/2026
Auto Terkini

Volkswagen ID. Cross 2027, Rekaan Ringkas Kurang Drama, Sasar Harga Mula RM126 k

18/03/2026
Sukan Permotoran

dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

18/03/2026
JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
Auto Terkini

JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

18/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

By Han Othman15/03/2026
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
Aksesori

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

By Han Othman13/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.