PENGEDAR rasmi kenderaan GAC di Malaysia, WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA) hari ini secara rasmi melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C, GAC EMKOO 2025 pada harga bermula RM123,800 untuk varian Premium dan RM133,800 untuk Premium Pro.
WTCA turut menawarkan promosi pembeli awal (early bird) kepada untuk 500 pembeli terawal berrupa rebat tunai RM4,000 dan pakej aksesori percuma bernilai RM10,000, sekali gus menjadikan Emkoo antara SUV paling berbaloi untuk dimiliki dalam segmen.
Rekabentuk Futuristik dengan Teknologi Terkini
Digelar sebagai SUV Gaya Masa Depan (Future Styled SUV), GAC Emkoo menampilkan rekabentuk berani dan futuristik yang sesuai untuk pembeli muda yang mahukan gaya dan teknologi dalam satu pakej.
Ruang kabin dikuasakan kokpit moden berfokuskan pemandu yang menyediakan:
- Paparan dongak (HUD) yang memaparkan maklumat pemanduan penting terus ke cermin depan
- Kluster instrumen digital penuh 10.25 inci
- Unit infotainmen skrin sentuh 10.1 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto wayarles
Praktikaliti turut diberi penekanan menerusi kapasiti ruang but 638 liter (antara terbesar dalam kelas) dan boleh diluaskan hingga 1,586 liter dengan kerusi belakang dilipat.
Enjin 1.5TGDI dengan Prestasi Mengujakan
GAC Emkoo 2025 dijana enjin 1.5TGDI berkuasa 177ps dan tork 270Nm dengan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan (jenis basah) yang memberikan pecutan 0-100kmj sepantas 8.8 saat dengan kelajuan maksimum 190kmj.
Walaupun sporty, SUV kompak itu tetap menjimatkan dengan bacaan penggunaan bahan api rasmi hanya 6.6 liter per 100km (NEDC).
Keselamatan Lengkap, Teknologi Pintar
Antara pakej keselamatan diberikan adalah:
- 6 beg udara (dua untuk pemandu, dan penumpang depan, dua sisi, dan dua tirai)
- Tali keledar prategang dengan pengehad daya
- Lidah pengunci perlanggaran (crash locking tongue) (tiada untuk Premium)
- Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX
- Program Stabiliti Elektronik (ESP)
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD)
- Kawalan Pegun Cerun (HHC)
- Kawalan Turun Cerun (HDC)
- Brek Parkir Elektronik (EPB) dan Pegun Automatik (Autohold)
- Sistem Pandang Keliling 360º dengan Casis Transparen
- Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
- Kunci pintu kanak-kanak elektrik (manual untuk Premium)
- Sensor parkir depan (tiada untuk Premium) dan belakang
Menariknya, kedua-dua varian GAC Emkoo 2025 dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2 lengkap yang terdiri:
- Bantuan Parkir Automatik Penuh (FAPA) (tiada untuk Premium)
- Kawalan Dinamik Kenderaan Adaptif (AVDC)
- Bantuan Jelajah Bersepadu (ICA)
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
- Bantuan Trafik Sesak (TJA)
- Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
- Brek Kecemasan Automatik - Perlindungan Pengguna Jalan Raya Berisiko (AEB-VRU)
- Kawalan Lampu Tinggi Pintar (IHBC)
- Bantuan Kekal Lorong (LKA)
- Amaran Tukar Lorong (LDW)
- Bantuan Tukar Lorong (LCA)
- Pengesan Titik Buta (BSD)
- Amaran Buka Pintu (DOW)
- Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
- Sistem Pengecam Papan Tanda Trafik (TSR)
Semua sistem diberikan di atas dapat memastikan SUV tersebut bukan saja selesa dipandu, tetapi juga memberikan keyakinan penuh dalam pelbagai situasi jalan raya.
Tawaran 'Early Bird': Pakej Eksklusif Nilai Tinggi
Pakej aksesori Early Bird menawarkan:
- Perakam video digital (dashcam) dwi saluran dengan kad memori Micro SD 64GB
- Plat pemijak Emkoo eksklusif, dulang but dan pedal sport
- Varian Premium: Tambahan cermin gelap Vkool Solar Tint dan but kuasa elektrik
- Varian Premium Pro: Cermin gelap sekuriti Vkool Security Tint untuk keselamatan tambahan
Pilihan Warna,Waranti
GAC Emkoo 2025 ditawarkan dalam lima warna pilihan: Super Star Silver (perak), Graphite Grey (perak), Frost White (putih), Asphalt Black (hitam), dan warna khas baharu Star Lake Green (hijau). Semua warna didatangkan dengan kemasan dalaman kulit sintetik hitam dengan aksen merah yang menonjolkan gaya sporty premium.
Berikut waranti pemilikan diberikan:
- Waranti kenderaan 5 tahun atau 150,000km
- Waranti enjin dan trenkuasa 7 tahun atau 180,000km
Jaringan Servis Luas
Bermula Oktober 2025, pemilik GAC Emkoo boleh menikmati ketenangan minda dengan sokongan 45 pusat servis GAC seluruh Malaysia yang membuktikan komitmen WTCA terhadap servis selepas jualan lebih baik dan menyeluruh.
Pelancaran GAC Emkoo membuktikan keseriusan WTCA dalam membina jenama di pasaran tempatan. Dengan rekabentuk futuristik, teknologi pintar, prestasi berkuasa dan tawaran Early Bird luar biasa, Emkoo muncul sebagai pesaing SUV segmen-C paling menarik di Malaysia ketika ini.
Pada harga bermula dari RM123,800, tempahan kini dibuka di bilik pameran GAC seluruh negara, dengan penghantaran pelanggan terawal bermula segera.
Leave a Reply