Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

SyafieBy Syafie05/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

UMW Toyota Motor (UMWT) mempeluas penawaran kenderaan elektrik (EV) untuk pasaran tempatan menerusi pelancaran Toyota Urban Cruiser 2026, iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak elektrik penuh (BEV) segmen-B.

Model itu dibangunkan sebagai pilihan mobiliti moden yang menggabungkan rekabentuk urban, teknologi canggih dan praktikaliti harian, selari strategi Multi-Pathway Toyota.

Toyota Urban Cruiser 2026 ditawarkan pada harga RM197,480, dengan harga atas jalan (OTR) tanpa insurans bermula RM198,000 bagi pembeli individu persendirian, manakala pembelian atas nama syarikat, RM198,200.

Harga itu merangkumi caj asas seperti pemeriksaan Puspakom (RM50), cukai jalan setahun (RM120), yuran pendaftaran dan fi pengesahan (endorsement) pemilikan.

Rekaan Moden ‘Urban Tech‘

Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026

Toyota Urban Cruiser 2026 menampilkan bahasa rekabentuk ‘Urban Tech’ dengan elemen futuristik dan dinamik.

Ciri luaran:

  • Rekabentuk ikan yu tukut (hammerhead) yang menjadi signatur Toyota
  • Lampu LED penuh depan dan belakang
  • Bar lampu belakang penuh lebar
  • Rim aloi 18 inci (225/55 R18)
  • Rekabentuk aerodinamik untuk kecekapan tenaga
  • Dimensi panjang 4,285mm, lebar 1,800mm dan tinggi 1,635m, manakala jarak roda 2,700mm

Saiz kompak itu sesuai untuk penggunaan bandar, tetapi masih menawarkan ruang dalaman luas.

Dalaman Premium, Praktikal

Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026

Kabin Toyota Urban Cruiser 2026 direka dengan gabungan rasa premium dan praktikal. Antara ciri utama ialah:

  • Panel dwi-skrin kluster instrumen 10.25 inci, dan unit infotainmen 10.1 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto
  • Sistem audio JBL premium
  • Lampu ambien pilihan 12 warna, dengan 7-tetapan
  • Pengecas wayarles dan port USB

Fleksibiliti:

Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
  • Kerusi belakang boleh laras (gelongsor)
  • Konfigurasi tempat duduk 40:20:40
  • Kapasiti but 238 – 562 liter

Tambahan:

  • Bumbung kaca panoramik
  • Kabin warna premium dwi-tona

Prestasi, Jarak Pemanduan

Toyota Urban Cruiser 2026 menggunakan sistem gandar elektronik eAxle kompak untuk kecekapan maksimum.

Spesifikasi:

  • Output kuasa 128kW (174ps), dan tork 193Nm
  • Bateri litium-besi-fosfat (LFP) 61.1kWj
  • Jarak pemanduan sehingga 426km
  • Pengecasan DC 15 – 80 peratus mengambil masa 50 minit
  • Pengecasan AC (7kW) mengambil masa 9.5 jam
  • Mod pemanduan: ECO, NORMAL, dan SPORT
  • Ciri mop pandu 1-Pedal
  • Mod Salji (Snow) untuk jalan licin

Pengendalian, Keselesaan

Platform khas EV memberikan pemanduan lebih stabil dan selesa menerusi:

  • Suspensi MacPherson (depan), dan multi-link (belakang)
  • Radius pusingan 5.2 meter (senang diparkir dalam)
  • Sistem brek cakera ventilasi dan Brek Parkir Elektronik (EPB)

Keselamatan, ADAS

Toyota Urban Cruiser 2026 dilengkapi sistem keselamatan aktif lengkap dan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) seperti:

  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Monitor Titik Buta (BSM)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHB)

Tambahan:

  • Kamera 360º (paparan 3D)
  • 7 beg udara
  • Struktur badan serap hentakan

Waranti, Sokongan

UMWT turut menawarkan sokongan selepas jualan menyeluruh seperti:

  • Waranti kenderaan lima [5] tahun tanpa had perbatuan
  • Waranti bateri lapan [8] tahun tanpa had perbatuan
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Toyota Urban Cruiser 2026
Auto Terkini Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Rod4 Roda4 SUV Elektrik Toyota Urban Cruiser UMW Toyota Motor (UMWT)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Wanita jatuh platform stesen LRT Abdullah Hukum
    Auto Terkini

    Jatuh Landasan Tren Sebab Ralit Main Telefon? Ini Penjelasan Insiden LRT Abdullah Hukum

    04/04/2026
    Volkswagen Atlas 2027 | NYIAS 2026
    Roda4

    #NYIAS2026: Volkswagen Atlas 2027 Serba Baharu Lancar di Amerika

    05/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    03/04/2026
    BSH memang hadiah utama MMOTY 2026
    Auto Terkini

    BSH Dominasi Anugerah Allianz – Bikes Republic MMOTY 2026, Umum Peluas Rangkaian BigWing di Utara

    03/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.