Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SUV EV Premium dari China, Nio EL6 (2023) Tembus Pasaran Eropah, Harga RM331k!
Roda4

SUV EV Premium dari China, Nio EL6 (2023) Tembus Pasaran Eropah, Harga RM331k!

Abang HirataBy Abang Hirata10/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELBAGAI model kenderaan elektrik (EV) dari China dibawa masuk ke negara Asean kini. Ada yang benar-benar murah seperti Wuling Air, berharga mula Rp243 juta (RM74,990) di Indonesia.

Pengeluar dari China mempunyai kelebihan dan nampak lebih pantas dalam teknologi EV dengan memasarkan produk jenama ke serata dunia termasuk pasaran Eropah yang terkenal standard tinggi.

Di antara jenama China yang sudah bertapak di Eropah ialah Nio. Bukan pengeluar biasa, Nio ditubuhkan pada 2014 dan mempunyai rangkaian jualan dan servis di Norway, Jerman, Belanda, Sweden dan Denmark.

Model terbaru dilancarkan di Eropah ialah Nio EL6 (2023), atau dikenali sebagai ES6 di negara asal, China. Model dilancarkan ialah generasi kedua yang baru saja diperkenalkan di China pada Mei lalu. Memang pantas!

Penukaran nama dibuat berikutan keputusan mahkamah Jerman yang berpihak kepada Audi. Sedia maklum, Audi menggunakan nama A6, A7 dan sebagainya sejak dulu lagi.

Dari segi rekabentuk, semua model Nio menggunakan gaya badan dengan rupa depan dan belakang hampir sama. Nio EL6 (2023) membawakan falsafah ‘Design for AD’ yang tampil elegan dan menawan. SUV segmen-D mewah ini berukuran panjang 4,854mm, lebar 1,995mm, dan tinggi 1,703mm, manakala jarak roda 2,915mm.

Atas bumbung jelas kelihatan sensor canggih dan bumbung suria besar dengan ukuran hampir satu meter persegi untuk cahaya matahari menembusi kabin.

Kerusi pemandu mempunyai 20,tetapan dan pilihan kerusi Lounge Seat yang lengkap dengan 22-tetapan, ventilasi, urutan 8-sudut, perehat belakang dan kaki, termasuk tiga zon pemanasan kusyen. Kerusi penumpang belakang juga boleh laras elektrik.

Dari segi praktikaliti, ruang but menawarkan kapasiti 668 liter, dan meningkat kepada 1,430 liter apabila baris tempat duduk belakang dilipat.

Spesifikasi trenkuasa, Nio EL6 (2023) didatangkan standard dengan sistem pacuan semua roda (AWD) dua motor. Motor induksi depan berkuasa 150kW dan motor magnet kekal belakang mempunyai output 210kW yang secara keseluruhan berkuasa 360kW (483hp) dan tork 700Nm!

Daya pecutan 0-100kmj sepantas 4.5 saat, dan brek 4-piston prestasi tinggi hanya memerlukan jarak 34.5 meter untuk berhenti dari kelajuan 100kmj. Ada sembilan mod pandu boleh dipilih.

Bateri 100kWj membekalkan jarak pemanduan hingga 529km mengikut Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP). Satu lagi pilihan ialah bateri 75kWj.

Sistem Kawalan Casis Pintar (ICC) canggih berfungsi bersama dengan sistem Kawalan Redaman Berterusan (CDC) untuk membuat 500-tetapan dalam masa 1 saat. Selain itu, EL6 juga model pertama NIO dilengkapi henti  Henti Licin Pintar (Intelligent Smooth Stop, ISS) yang boleh melaras daya brek secara automatik.

Nio EL6 (2023) dilengkapi ciri canggih Aquila Super Sensing, terdiri daripada 33 unit sensor prestasi tinggi dan Nio Adam Super Computing dengan empat cip NVIDIA Drive Orin X. Kombinasi itu memberikan prestasi pemprosesan 1,016 TOPS (Tera Operations per Second).

Sistem Aquila Super Sensing juga membantu Suluhan Pemanduan Adaptif (ADB). Sistem LiDAR yang berfungsi dengan kamera depan mengesan kondisi jalan secara automatik dan mengawal sistem pencahayaan untuk pembahagian suluhan tepat dan mengelak mengganggu pengguna lain.

Nio EL6 (2023) ditawarkan dalam 10 pilihan warna dan empat tema dalaman seperti warna eksklusif Galaxy Shadow dan dalaman Warm Gravel. Di Jerman, Nio EL6 dijual pada harga bermula €65,500 (RM331,200).

BACA >>> NIO ET5 – Sedan Elektrik China dengan Jarak Pemanduan Hingga 1,000km, Harga RM215k!
BACA >>> Polestar 2 BST Edition 230 (2023) dengan Pecutan 0-100kmj Sepantas 4.4 Saat!

Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Nio Nio EL6 Nio EL6 (2023) Roda4 SUV SUV EV SUV segmen-D
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Auto Terkini

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    10/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    10/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.