Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SUV 7-Kerusi Wuling Almaz Hybrid (2023) Lancar di Indonesia, Harga RM142k
Roda4

SUV 7-Kerusi Wuling Almaz Hybrid (2023) Lancar di Indonesia, Harga RM142k

Han OthmanBy Han Othman03/11/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WULING Motors hari ini melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu, Wuling Almaz Hybrid (2023) untuk pasaran Indonesia sempena Jakarta International E-Prix Circuit.

SUV perdana 7-kerusi Wuling itu dijual pada harga atas jalan Rp470,000,000 (RM142,160).

BACA >>> Wuling Cortez (2022) Baharu Serba Canggih Lancar di Indonesia, Harga Mula RM80k!

Berikut spesifikasi Wuling Almaz Hybrid (2023) untuk pasaran Indonesia:

  • Cuma satu varian ditawarkan dalam empat pilihan warna: Aurora Silver (perak), Starry Black (hitam), Pristine White (putih), dan Carnelian Red (merah)
  • Dijana enjin aspirasi natural (NA) 4-silinder sebaris 2.0L kitaran Atkinson dengan motor elektrik sinkronos magnet kekal berkuasa 123hp @ 5,600rpm, dan tork 168Nm @ 4,000-4,400rpm, serta transmisi hibrid khusus (DHT).
  • Memiliki dimensi panjang 4,655mm, lebar 1,835mm dan tinggi 1,760mm, manakala jarak roda 2,750mm.
  • Menggunakan bateri litium-ion ternari (NMC) berkapasiti  1.8kWh.
  • Sistem suspensi strut MacPherson (depan) dan torsion beam (belakang).
  • Bahagian roda menggunakan rim aloi 18 inci dengan tayar 215/55 R18 dan dilengkapkan brek cakera untuk kedua-dua roda.
  • Didatangkan dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), terdiri daripada:
    • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
    • Bantuan Jelajah Belok (BCA)
    • Bantuan Trafik Sesak (TJA)
    • Bantuan Jelajah Pintar (ICA)
    • Amaran Jarak Selamat (SDW)
    • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
    • Sistem Mitigasi Perlanggaran (CMS)
    • Brek Kecemasan Automatik (AEB)
    • Bantuan Brek Hidraulik Pintar (IHBA)
    • Amaran Tukar Lorong (LDW)
    • Amaran Kekal Lorong (LKA)
    • Bantuan Lampu Suluh Tinggi Pintar (IHMA)
  • Ruang kabin mendapat ciri bumbung panoramik, kerusi kulit warna kuning air (beige) dengan ruang luas untuk tujuh penumpang, kluster intsrumen TFT digital.
  • Turut dilengkapi teknologi muat turun secara atas talian (Over The Air, OTA), dan Internet kenderaan (IoV) My Wuling, untuk akses kawalan jauh menggunakan aplikasi telefon pintar, dan ciri arahan suara WIND (Wuling Indonesia Command) dalam bahasa Indonesia untuk fungsi jawab dan panggilan telefon, navigasi, penyaman udara, tetapan bunyi, muzik, tarikh dan masa, radio, bumbung panoramik, dan tingkap.

BACA >>> Wuling Air EV (2022) Jadi Fenomena di Indonesia, 3,000 Unit Terjual dalam Masa Dua Bulan
BACA >> Wuling Xing Chi (2023) Lancar di China, Bakal Cabar Honda HR-V, Harga Mula RM36k

Jakarta International E-Prix Circuit Roda4 SUV 7-Kerusi Wuling Almaz Hybrid (2023) Wuling Indonesia Wuling Motors
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Logo GWM
PHEV

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

24/06/2026
Auto Terkini

Škoda Peaq, SUV EV 7 Tempat Duduk, Jarak Lebih 640 km!

24/06/2026
Pelancaran Chery Tiggo 9 di Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, KL
Roda4

SUV Segmen-D Premium, Chery Tiggo 9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM166,800!

24/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

23/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

By Shazwan Hisam18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.