• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suspek Pecah Rumah Kena Gilis Myvi

Suspek Pecah Rumah Kena Gilis Myvi

October 16, 2020 By Azizi H Leave a Comment

255
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS mengesahkan identiti mangsa lelaki yang maut digilis Myvi hingga menyebabkan tubuhnya hancur di Lebuhraya PLUS, Gopeng awal pagi tadi sebagai suspek kes pecah rumah di Alor Setar.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim berkata, mangsa, 40, mempunyai rekod kes pecah rumah di Alor Setar dan Kuala Kedah, baru-baru ini.

Dalam insiden jam 3.35 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Demak Evo terbabas dan terjatuh sendiri sebelum dilanggar Perodua Myvi dan sebuah lagi kenderaan tidak dikenal pasti di KM295.8 Lebuhraya PLUS arah Selatan dekat susur keluar Tol Gopeng.

Hasron berkata, mayat mangsa maut diseret sejauh lebih kurang 200 meter, dan motosikalnya pula dijumpai di lorong kecemasan kira-kira 1km dari tempat kejadian. Pemandu Myvi bersama empat lagi penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Hasil semakan mendapati motosikal ditunggang itu juga dilaporkan dicuri pada 15 Oktober di Alor Janggus, Alor Setar, Kedah," kata Hasron.
Malah, mangsa juga dikehendaki dalam kes Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan pagar Masjid Kubang Siam.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 3.54 pagi. Operasi mengumpul cebisan mayat mangsa selesai pada jam 6.36 pagi tadi, Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

SUMBER : BeritaHarian | AstroAwani
255
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, B, kemalangan jalan raya, Suspek Pecah Rumah Kena Gilis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
    Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
  • #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
    #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my