Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Supercar Konsep Vision Gran Turismo, Bayangan Kereta Masa Hadapan dalam Playstation
Roda4

Supercar Konsep Vision Gran Turismo, Bayangan Kereta Masa Hadapan dalam Playstation

ZYBy ZY05/08/2017
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI peminat sukan permotoran meminati permainan video (atau simulasi) lumba kereta. Pasti sangat seronok seandainya kereta pilihan sendiri di dunia sebenar dapat dipandu di alam maya.

Kini siri permainan video perlumbaan popular, Gran Turismo yang dibangunkan Polyphony Digital untuk konsol permainan video, Playstation (PS) tampil menawarkan pilihan lebih 1,000 kenderaan atas talian daripada sekecil Daihatsu Mira (model rebadge asal Perodua Kancil) sehingga supercar impian seperti Lamborghini dan Ferrari.

Uniknya, Gran Turismo Sport, yang bakal dilancarkan untuk PS4 pada Oktober ini, bukan saja menampilkan pilihan kenderaan terkini, tetapi turut menampilkan supercar konsep masa hadapan daripada cetusan Project Vision Gran Turismo* hasil usahasama Gran Turismo dan pengeluar kereta terkemuka seperti Mercedes Benz, Nissan dan lain-lain.

* Project Vision Gran Turismo asalnya dilancarkan untuk Gran Turismo 6, pada 2013. Namun, ramai peminat terlepas mencuba kerana permainan video itu dilancarkan ketika penghujung hayat Playstation 3.

Di bawah ini kami senaraikan 5 supercar dibangunkan Project Vision GT yang bakal memberikan anda pengalaman memandu kereta masa hadapan:

5. MERCEDES-BENZ AMG VISION GRAN TURISMO


Tarikan pertama pada jentera maya Mercedez-Benz AMG Vision ialah gril depan dengan panel lampu LED yang boleh berubah paparan mengikut situasi diperlukan. Kuasa maksimum 577HP, manakala tork 800Nm, hasil janaan enjin AMG V8 biturbo. Berat keseluruhan 1,385kg memberikan nisbah berat kepada kuasa mengagumkan, iaitu 2.43kg/hp.

Walaupun rekabentuk konsep sedikit terpesong daripada rekaan tipikal Mercedez-Benz masa kini, dan mungkin mengambil masa diterapkan, tetapi tidak mustahil teknologi gril LED yang diperkenalkan bakal diadaptasi banyak pengeluar dalam tempoh terdekat (termasuk kenderaan polis atau ambulans juga?)

4. NISSAN CONCEPT 2020 VISION GRAN TURISMO


Apa yang membuatkan supercar konsep rekaan Nissan ini unik dan pada masa sama realistik adalah penggunaan enjin V6 turbo kembar bersama padanan sistem pacuan hibrid FR-4WD. Sistem pacuan hibrid ini berfungsi apabila kuasa daripada enjin disalurkan kepada tiga motor kuasa tinggi – satu untuk gandar belakang, dan setiap satu lain untuk roda kiri dan kanan di depan.

Konfigurasi ini membolehkan pengendalian membelok dibuat secara pemvektoran tork atau torque vectoring sambil dibantu sistem suspensi aktif yang menjadikan jentera atas talian ini kekal lincah di selekoh walaupun dalam kelajuan tinggi.

Jika anda peminat Nissan GT-R (Skyline R35), jangan pengsan pula jika kami mengatakan rekaan Nissan Concept 2020 ini bakal dijadikan ilham kepada model GT-R selepas ini. Malah, sistem pacuan hibrid juga akan turut direalisasikan dalam masa tidak lama lagi.

3. ALPINE VISION GRAN TURISMO


Nama Société des Automobiles Alpine SAS  mungkin kurang dikenali, tetapi sekitar 1970-an, pengeluar dari Perancis ini terkenal dengan model-model berenjin Renault yang lincah di litar lumba, dan turut menarik perhatian umum dengan rekaan serba radikal.

Bersama gabungan tradisi dan visi masa hadapan Alpine-Renault, penampilan Alpine Vision GT dengan DNA rekaan Alpine yang radikal memang tidak mengejutkan. Namun, model futuristik ini cuma dipadankan enjin berkuasa 449hp. Bagaimanapun, kehadiran teknologi pemanduan unik seperti brek udara (diilhamkan flap brek pesawat udara), dan rekaan kokpit terbuka membuatkan pengalaman memandu supercar konsep jadi sangat menyeronokkan.

2. CHEVROLET CHAPARRAL 2X VISION GRAN TURISMO


Sama seperti Alpine, nama Chaparral dari Amerika Syarikat (AS) juga cukup gah sekitar era 1960-70-an menerusi kelibat kereta lumba berteknologi radikal, dan rekabentuk aerodinamik bukan konvensional. Chaparral 2J misalnya, terkenal dengan kipas penyedut yang berfungsi meningkatkan daya bawah atau downforce ketika berlumba.

Masih menerapkan rekaan aerodinamik bukan konvensional dan beberapa penambahan elemen fantasi, rekaan Chaparral 2X terilham daripada sut terbang (wingsuit), yang memerlukan pemandu (atau penunggang?) duduk dalam posisi meniarap seperti pelumba Moto GP. Tarikan utama kereta konsep ini ialah enjin pendorong gelombang denyutan laser (laser pulse shock wave propulsion engine).

Chaparral 2X mungkin nampak seakan jentera sains fiksyen, tetapi tidak mustahil menjadi realiti 40-50 tahun akan datang, seperti teknologi masa kini yang juga suatu masa dulu dianggap mustahil.

* Langkau ke minit 3:38

Chaparral Racing 2X Vision Gran Turismo: LA Auto Show Unveiling | Chevrolet

1. DODGE SRT TOMAHAWK VISION GRAN TURISMO


SRT Tomahawk dibina berdasarkan visi supercar tanpa batasan 20 tahun akan datang, dan didatangkan dalam tiga varian:

  • Tomahawak S – kegunaan jalanan.
  • Tomahawk GTR-S – tujuan perlumbaan.
  • Tomahawk X – unit eksperimen.

Dengan kuasa lebih 1,000hp untuk model aras permulaan, unit eksperimen supercar ini, Tomahawk X direka untuk menjangkaui batas refleks dan fisiologi manusia. Kombinasi enjin 7.0L V10 dan teknologi pemacu pneumatik membolehkan jentera ini menghasilkan kuasa hingga 2,600hp dan kelajuan maksimum 650kmj. Wow!

Sebagai perbandingan, supercar dunia nyata terpantas, Bugatti Veryron Super Sport baru saja mencapai kelajuan tertinggi 430kmj. Ini menunjukkan betapa serius kuasa yang dihasilkan. Malah, pelumba Tomahawk X perlu menyarung G-Suit bagi menahan tekanan tinggi daya-G, terutama di selekoh yang boleh mencecah hingga 10G! Pelumba juga perlu menjalani latihan intensif selama tujuh bulan untuk mempersiapkan fisiologi mereka.

Namun, bukan kuasa saja mahu ditonjolkan, Tomahawk X juga dilengkapi 9 panel aerodinamik aktif yang dikawal secara individu berdasarkan input imbasan permukaan jalan daripada sistem imbasan laser, manakala kawalan aktif suspensi dan roda diperoleh menerusi sistem komputer canggih yang berupaya memberikan bantuan pengendalian ketika situasi ekstrem.

‘Pesawat pejuang litar lumba’ adalah kesimpulan tepat bagi menggambarkan keupayaan supercar konsep ini.

alpine vision amg vision chaparral 2x Gran Turismo nissan concept 2020 srt tomahawk vision gt
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Datuk Seri Siti Nurhaliza (Tokti) dilantik duta Wey
Auto Terkini

Tokti Dilantik Duta Wey, Pemilik Pertama GWM Wey G9 Hi4 PHEV 2026

29/01/2026
GWM Wey G9 Hi4 PHEV
Roda4

GWM Wey G9 Hi4 PHEV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM269,800!

29/01/2026
Nissan LEAF Autech B5 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Nissan LEAF B5 2026 dengan Bateri 55kWj untuk Jepun, Jarak Sehingga 521km

30/01/2026
Toyota Vios HEV 2026
Roda4

Toyota Vios HEV 2026 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM103,900

29/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.