Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Sunway Marketing Rasmi Dua Fasiliti Utama Zeekr di Sunway City KL Bernilai RM10j!
Auto Terkini

Sunway Marketing Rasmi Dua Fasiliti Utama Zeekr di Sunway City KL Bernilai RM10j!

SyafieBy Syafie11/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SUNWAY City Kuala Lumpur kini menjadi lokasi penting buat jenama EV premium Zeekr selepas pengedar rasmi Zeekr Malaysia, Sunway Marketing merasmikan pembukaan Zeekr Space Sunway City dan Pusat Servis Zeekr Sunway, hasil pelaburan bernilai lebih RM10 juta.

Dengan pembukaan rasmi ini, Sunway mengukuhkan lagi komitmennya dalam membangunkan ekosistem mobiliti elektrik di Malaysia, bukan sekadar menjual kereta tetapi menyediakan pengalaman pemilikan premium dari A hingga Z.

Dua Fasiliti Utama Zeekr di Sunway

Zeekr Space Sunway City merupakan ruang pameran utama seluas 11,100 kaki persegi yang terletak di bekas lokasi helipad ikonik Sunway City KL. Pelanggan boleh melihat barisan model terkini seperti Zeekr X, Zeekr 7X dan MPV mewah Zeekr 009 di enam ruang pameran khas.

Turut tersedia dua ruang penyerahan eksklusif, lengkap untuk pelanggan mengabadikan momen istimewa semasa menerima kenderaan baharu mereka.

Fasiliti ini juga dilengkapi:

  • Ruang istirahat pelanggan premium
  • Stesen perbincangan bersama pakar produk
  • Empat pengecas EV AC, dengan pengecas DC bakal diperkenalkan tidak lama lagi

Sementara itu, Pusat Servis Zeekr Sunway yang terletak di Jalan Lagoon Selatan hanya beberapa minit dari bilik pameran, menawarkan:

  • Kemudahan penyelenggaraan moden
  • Ruang menunggu selesa
  • Stok alat ganti yang mencukupi
  • Ruang boleh dikembangkan sehingga 20,000 kaki persegi

Lebih 600 Unit Zeekr Sudah Dijual

Sejak pengedaran bermula pada Disember 2024, Sunway Marketing sudah berjaya menyerahkan 600 unit Zeekr kepada pelanggan Malaysia. Pencapaian ini menjadi bukti keyakinan pengguna terhadap jenama EV mewah dari China ini.

Menurut CEO Sunway Trading & Manufacturing, Yeoh Yuen Chee berkata;

Pelancaran Zeekr Sunway bukan sekadar pengembangan perniagaan, ia adalah komitmen kami untuk menyediakan perjalanan pemilikan EV yang lancar, mampan dan menyeronokkan buat komuniti Sunway dan sekitarnya.”

Peluang Menang Sebuah Zeekr X Premium!

Sempena pembukaan rasmi ini, peraduan “Win-a-Zeekr” turut dilancarkan bagi memberi peluang kepada pelanggan yang membeli dan mengambil kenderaan Zeekr dari Zeekr Space Sunway City atau Zeekr Space Petaling Jaya sebelum 30 September 2025 untuk memenangi Zeekr X Premium!

Berikut penyertaan berdasarkan model yang dibeli:

  • Zeekr X: 1 penyertaan
  • Zeekr 7X: 2 penyertaan
  • Zeekr 009: 3 penyertaan

Waktu Operasi

Zeekr Space Sunway City:

  • Isnin hingga Sabtu: 9 pagi – 7 malam
  • Ahad: 10 pagi – 5 petang

Pusat Servis Zeekr Sunway:

  • Isnin hingga Jumaat: 9 pagi – 6 petang
  • Sabtu: 9 pagi – 1 tengah hari
Auto Terkini Pusat Servis Zeekr Sunway Sunway Marketing Zeekr Zeekr Space Sunway City
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.