Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Subaru WRX STI EJ20 Final Edition – Edisi Terhad Sempena Sayonara untuk Enjin Ikonik
Roda4

Subaru WRX STI EJ20 Final Edition – Edisi Terhad Sempena Sayonara untuk Enjin Ikonik

Abang HirataBy Abang Hirata30/09/2019
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ENJIN ikonik Subaru, EJ20 2.0L akan ditamatkan pengeluaran pada Mac tahun depan – 2020, manakala tempahan WRX STI dengan enjin tersebut akan dihentikan penghujung tahun ini.

Enjin EJ20 hanya eksklusif untuk WRX STI spesifikasi Jepun, manakala model eksport dijana enjin EJ25 2.5L dan masih diteruskan pengeluaran. Enjin horizontal itu kali pertama digunakan pada 1989 menerusi model Legacy dan berjaya menempa nama dalam sejarah sukan permotoran antarabangsa, terutama sekali model Impreza.

Trenkuasa itu jugalah yang bertanggungjawab melakarkan kejayaan gemilang dalam Kejuaraan Rali Dunia (WRC) dan menguasai pesaing lain dalam pelbagai siri perlumbaan trek seperti 24 Hours of Nürburgring. Enjin EJ20 nyata cukup sinonim dengan Subaru dan sentiasa meniti di bibir peminat permotoran sedunia.

BACA >>> Kemalangan Subaru WRX Ini Buatkan Enjin, Kotak Gear dan Pemandu Tercampak

Sempena meraikan sejarah enjin tersebut, Subaru bakal menampilkan model prototaip WRX STI EJ20 Final Edition di Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, bulan ini. Model pengeluaran itu cuma dikeluarkan 555 unit sahaja.

Tiada sebarang perincian spesifikasi didedahkan kecuali enjin EJ20 dan rim aloi BBS 19 inci. Turut kelihatan ialah plat ‘EJ20 Final Edition’ dan panel merah jambu pada gril.

WRX STI kali pertama ditayangkan di Pameran Auto Tokyo (TAS) pada Oktober 2007, dan model generasi sekarang sudah berada di pasaran sejak 2014. Pada tahun sama, WRX STI dengan enjin EJ25 turut dijual di Malaysia pada harga RM271,387, manakala model facelift debut pada November 2017.

Enjin EJ25 yang menjadi nadi WRX STI memiliki hamburan kuasa 298hp @ 6,000rpm dan tork 407Nm @ 4,000rpm dengan transmisi manual 6-kelajuan. Di Malaysia, WRX STI (2018) dijual pada harga RM314,947.

BACA >>> Subaru WRX STI Type RA-R Edisi JDM Sempena Ulang Tahun STI – 324hp, 500 Unit

GALERI
24 Hours of Nürburgring EJ20 Kejuaraan Rali Dunia (WRC) Roda4 Subaru Subaru Japan Subaru WRX Subaru WRX STI Subaru WRX STI EJ20 Final Edition
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.