Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Subaru Perkenal Tiga Model STI dengan Komponen ‘Cherry Red’
Roda4

Subaru Perkenal Tiga Model STI dengan Komponen ‘Cherry Red’

Abang HirataBy Abang Hirata04/02/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APA menarik mengenai model Jepun adalah kemeriahan penawaran komponen aksesori dan prestasi, sama ada dari syarikat bebas atau pengeluar itu sendiri.

Anda boleh memiliki sekecil rantai kunci hingga kepada pelekat, kit badan dan komponen tambahan prestasi, termasuk pengendalian. Lebih lagi anda juga boleh membeli sebuah kereta atau edisi dengan nama tuner rasmi model tersebut.

BACA >>> Subaru XV (2022) Baharu Kini di Malaysia dengan Teknologi EyeSight, Harga Mula RM139k

Antara jenama Jepun tersohor ialah Subaru Tecnica International atau lebih ringkas dikenali STI.

Di Pameran Auto Tokyo (TAS) 2022 baru-baru ini, Subaru memperkenalkan tiga model prestasi:

  • WRX S4 STI Performance CONCEPT
  • LEVORG STI Performance CONCEPT
  • BRZ STI Performance

Semua model ini memang hebat. Misalnya, WRX S4 STI Performance CONCEPT yang dibina berasaskan varian tertinggi WRX S4 STI Sport R, dijana enjin 2.4L Turbo DIT berkuasa 273hp dan tork 375Nm.

Bagi menyerlahkan lagi penampilan dua model konsep dan satu model jalanan itu, Subaru melengkapkan model tersebut dengan komponen warna cherry red (merah cerah) yang nampak seperti merah jambu. Warna itu sebenarnya sangat jarang digunakan pada kenderaan prestasi, tetapi berjaya menampilkan gaya tersendiri!

BACA >>> Subaru Levorg (2021) Jepun Ada Beg Udara Eksternal Untuk Keselamatan Pejalan Kaki

1. WRX S4 STI PERFORMANCE CONCEPT

Model ini dilengkapi komponen prestasi STI seperti under spoiler sekeliling badan dan cermin sisi cherry red. Berbeza warna badan dan rim gelap, kombinasi dua warna itu berjaya menyerlahkan sedan prestasi tersebut.

Selain itu, WRX S4 STI Sport R dilengkapi spoiler belakang dari gentian karbon dan peredam berprestasi.

BACA >>> Subaru Lancar WRX (2022), Ada Transmisi Manual, Harga Mula RM124k!

2. LEVORG STI PERFORMANCE CONCEPT

Wagon ini diubah suai daripada varian Levorg STI Sport R dengan enjin dan kuasa sama seperti WRX S4 STI Sport R, termasuk aksen kit badan cherry red dari depan hingga belakang. Cuma model konsep ini ditambah palang cherry red pada pintu but dan turut dipasangkan damper prestasi.

3. BRZ STI PERFORMANCE

Berbeza WRX dan Levorg, model ini tidak ditawarkan dalam varian STI di Jepun. Model ini diubah suai daripada varian BRZ S dengan enjin 2.4L aspirasi natural (NA) berkuasa 233hp dan tork 250Nm.

BRZ dipamerkan ini turut dilengkapi komponen prestasi STI dan aksen cherry red yang dibuat secara minimal. Apa pun kemasan digunakan, ketiga-tiga model prestasi Subaru tersebut memang nampak menggiurkan!

BACA >>> Subaru STI S209 – Model Siri Legenda, Eksklusif untuk Pasaran Amerika
BACA >>> Subaru WRX STI EJ20 Final Edition – Edisi Terhad Sempena Sayonara untuk Enjin Ikonik

WRX S4 STI performance CONCEPT
LEVORG STI performance CONCEPT
SUBARU BRZ STI performance
Roda4 Subaru SUBARU BRZ STI performance SUBARU LEVORG STI performance CONCEPT Subaru Tecnica International (STI) SUBARU WRX S4 STI performance CONCEPT
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    13/03/2026
    Model konsep Porsche atas 911, Cayenne
    Auto Terkini

    Porsche Rancang Model Flagship Baharu Di Atas 911, Cayenne

    13/03/2026
    Ferrari Amalfi diperkenal di Malaysia
    Roda4

    Ferrari Amalfi Diperkenal, Pengganti Roma dengan Enjin V8 Berkuasa 640hp

    12/03/2026
    Roda4

    Proton X90 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

    12/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.