• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Subaru Perkenal Sistem Hibrid Baharu dengan Jarak Pandu Setangki Petrol Bertambah!

Subaru Perkenal Sistem Hibrid Baharu dengan Jarak Pandu Setangki Petrol Bertambah!

October 22, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

WALAUPUN populariti kenderaan elektrik bateri (BEV) semakin meningkat, kenderaan hibrid terus dibangunkan dan menjadi lebih cekap.

Terbaharu, Subaru memperkenalkan sistem hibrid generasi baharu dengan Subaru Crosstrek 2025 pasaran Jepun menjadi model pertama menggunakan sistem tersebut apabila diperkenal Disember nanti.

Sistem hibrid baharu ini dibangunkan untuk mencapai keseimbangan cemerlang antara keseronokan pemanduan dan prestasi alam sekitar.

Sistem ini dipadan bersama enjin Boxer 2.5L dan transgandar baharu yang berfungsi secara siri-selari (series-parallel) menggunakan enjin atau motor elektrik sebagai sumber kuasa bergantung keadaan.

Enjin horizontal kompak membolehkan penggunaan bateri voltan tinggi dan tangki petrol dalam kapasiti lebih besar.

Gabungan tangki lebih besar dan kira-kira 20 peratus penggunaan bahan api adalah lebih baik berbanding sistem hibrid masa kini. Ini membolehkan Subaru Crosstrek dipandu lebih 1,000km* berbekalkan setangki petrol (nilai teoritikal Subaru).

*Subaru membuat pembetulan dengan menggantikan 1,000 km kepada jarak pemanduan yang bertambah secara ketara. Tajuk artikel juga diubah susulan pembetulan.

Enjin Boxer 2.5L direka khas untuk sistem hibrid baharu ini dengan menawarkan prestasi dinamik dan penggunaan bahan api rendah yang dicapai melalui kecekapan terma tinggi.

Unit kawalan bersepadu (ICU) di atas enjin bekerja mengawal kuasa elektrik yang dibekalkan bateri voltan tinggi dan menambah baik prestasi penggunaan tenaga elektrik.

Transgandar baharu pula dibangunkan untuk sistem hibrid generasi baharu menerusi dua motor berkuasa, iaitu motor traksi dan motor generator, manakala gear diferensial depan dan gandingan (coupling) kawalan elektronik disepadukan dalam satu pakej.

Motor traksi dengan output kuasa 88kW (118hp) boleh berfungsi sebagai sumber kuasa utama dalam pelbagai kondisi, manakaka enjin mengambil-alih dalam situasi memerlukan.

Sistem pacuan semua roda Symmetrical AWD jenis mekanikal berfungsi menghubungkan roda depan dan belakang melalui syaf pacu (driveshaft) yang menawarkan pemanduan stabil dalam pelbagai kondisi jalan.

Bateri litium-ion yang baru dibangunkan pula memiliki karakteristik ketumpatan tinggi, berat yang ringan dan jangka hayat lama yang diletakkan bawah lantai but.

Kapasiti tangki petrol dipertingkat kepada 63 liter dan boleh dibuat selepas unit kawalan kuasa (PCU) dipindahkan dari bawah lantai but ke atas enjin.

Ciri  Sistem Hibrid Generasi Baharu Subaru Crosstrek Jepun

  • Enjin Boxer 2.5L dengan output kuasa 160ps (157hp) @ 5,600rpm, dan tork 209Nm @ 4,000-4,400rpm
  • Kapasiti tangki petrol 63 liter
  • Output kuasa 88kW (118hphp), dan tork 270Nm
  • Bateri litium-ion 1.1kWj
Subaru Next-Generation Hybrid System.04
Subaru Next-Generation Hybrid System.05
Subaru Next-Generation Hybrid System.01
Subaru Next-Generation Hybrid System.03
Subaru Next-Generation Hybrid System.02
Subaru Next-Generation Hybrid System.12
subaru-crosstrek-jepun-2
Subaru Next-Generation Hybrid System.10
Subaru Next-Generation Hybrid System.09
Subaru Next-Generation Hybrid System.07
Subaru Next-Generation Hybrid System.06
Subaru Next-Generation Hybrid System.08

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utilisi Sukan (SUV), Roda4, Subaru, Subaru Crosstrek, Subaru hibrid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Isu Pam Bahan Api: Honda Malaysia Panggil Balik 87,490 unit Kenderaan
    Isu Pam Bahan Api: Honda Malaysia Panggil Balik 87,490 unit Kenderaan
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Pengadang Jalan di Malaysia yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Pengadang Jalan di Malaysia yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev