Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Subaru Impreza (2017) Bakal Tampil Kali Pertama di Eropah
Roda2

Subaru Impreza (2017) Bakal Tampil Kali Pertama di Eropah

Abang HirataBy Abang Hirata09/07/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUBARU Impreza bukanlah kereta penumpang popular seperti Honda Civic atau Toyota Corolla Altis di kalangan pembeli tempatan. Walaupun nama gah, tetapi hanya berlegar bagi mereka yang meminati kereta prestasi. Tetapi Subaru cerdik, dan tahu bahawa persaingan segmen C begitu kuat. Kali ini, pengeluar automobil dari Jepun itu mula memposisikan Impreza dalam bentuk baru.

Lalu terhasillah model seperti Subaru XV dan jika diukur bilangan kenderaan utiliti sukan (SUV) itu atas jalan raya negara ini, model tersebut boleh dianggap berjaya meletakkan jenama Subaru setanding pesaing lain. Dalam erti kata lain, kemunculan semula yang sukses!

Bagaimanapun, di peringkat global permintaan terhadap Impreza masih kuat memandangkan Subaru dari dahulu lagi sudah memposisikan model itu sebagai kereta penumpang, dan bukan model prestasi semata-mata.

Ini boleh dilihat berdasarkan sambutan hangat Impreza baharu di Jepun daripada pemilik jenama lain yang berhijrah ke jenama tersebut. Malah, Impreza menerima tempahan di luar jangkaan.

LEBIH SELAMAT, LEGASI DIKEKALKAN

Walaupun sudah berbulan lama dilancarkan di Jepun, Subaru Impreza (2017) belum lagi dipertontonkan di Eropah hingga pada 12 September ini sempenan Pameran Motor Antarabangsa Frankfurt ke-67.

Impreza (2017) dibina dengan mengekalkan keseronokan seperti model terdahulu, dan juga lebih selamat. Sedan ini juga dilengkapi teknologi EyeSight yang terdiri daripada beberapa ciri bantuan pemanduan seperti Sistem Mengelak Kemalangan Automatik. Selain itu, ciri legasi Impreza seperti enjin boxer dan sistem Pacuan Semua Roda Simetrikal (Symmetrical AWD) turut dikekalkan. Tidak dapat dibayangkan jika Impreza hadir tanpa dua teknologi tersebut.

SUBARU GLOBAL PLATFORM


Impreza (2017) dibina berasaskan Subaru Global Platform, dan mempunyai titik empar graviti (centrifugal of gravity) 5mm lebih rendah berbanding model terdahulu, sekali gus menambah baik aspek kestabilan pengendalian, pencegahan kemalangan dan respon stereng.

Lebih meyakinkan, Impreza (2017) diakui sebagai Kereta Terbaik Jepun 2016, dan mendapat skor ujian perlanggaran memberangsangkan di beberapa makmal ujian. Di Amerika Syarikat (AS), Impreza baharu disenaraikan sebagai kereta dengan kemasan dalaman terbaik dalam Wards 10 Best Interior untuk gaya dan rekabentuk dalaman serta sistem multimedia mesra pengguna.

Impreza mula diperkenalkan pada 1992. Sejak itu sebanyak 2.5 juta unit sudah terjual seluruh dunia dengan 10 peratus jualan datang dari Eropah.

Kereta Terbaik Jepun 2016 roda2 Subaru Subaru Global Platform Subaru Impreza Subaru Impreza 2017
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.