Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Subaru Forester 2025 Diperkenal di AS dengan Enjin 2.5L Boxer, Rak Stereng WRX
Roda4

Subaru Forester 2025 Diperkenal di AS dengan Enjin 2.5L Boxer, Rak Stereng WRX

Abang HirataBy Abang Hirata19/12/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM kebanjiran kenderaan utiliti sukan (SUV) hari ini, Subaru Forester bermula sebagai wagon tinggi pada generasi pertama dan kedua.

Generasi ketiga menyaksikan Forester berubah menjadi SUV yang meninggalkan gaya wagon tradisional. Generasi berikutnya semakin besar dan terbaharu boleh dilihat pada Forester generasi keenam (2025) yang baru saja diperkenal di Amerika Syarikat (AS).

Trenkuasa

Subaru Forester 2025 ditawarkan dalam varian Base, Premium, Sport, Limited dan Touring. Semua varian dijana enjin 2.5L Subaru Boxer yang menghasilkan output kuasa 180hp dan tork 241Nm.

Enjin itu dipadankan transmisi Lineartronic CVT, manakala varian Premium, Sport, Limited dan Touring dilengkapi mod manual berserta pedal syif pada stereng untuk mengawal nisbah tetapan awal 8-kelajuan.

Membantu pengendalian ialah sistem Pemvektoran Tork Aktfif (ATV) dan sistem pengurusan prestasi SI-Drive. Rak stereng elektronik diambil daripada model WRX untuk fiil stereng lebih langsung dan asli.

Semua varian dilengkapi sistem pacuan semua roda (AWD) Subaru Symmetrical All-Wheel Drive yang dipertingkat untuk respons lebih pantas dan lincah serta kawalan lebih baik atas jalan biasa dan off-road.

Forester Premium didatangkan bersama fungsi X-Mode dan Kawalan Turun Bukit (HDC). Varian Sport dan lain pula dilengkapi X-Mode dwi-fungsi yang meningkatkan lagi keupayaan termasuk dalam cuaca buruk. Lagi, semua varian dilengkapi fungsi Bantuan Mula Daki (HSA).

Rekabentuk Luaran

Subaru Forester 2025 lebih bergaya yang banyak bermain dengan paten seperti dapat dilihat pada rekaan lampu depan dan belakang.

Bentuk asas masih sama seperti model terdahulu dengan gaya lasak. Rekaan gril kini lebih sofistikated dan disepadu dengan lampu utama LED.

Dari sisi, gerbang roda menonjolkan keupayaan off-road dan lebih bersegi berbanding model sebelum ini. Varian Base dan Premium dipasang rim saiz 17 inci, manakala Sport dan Touring, 19 inci.

Bahagian belakang tidak lagi membawa lampu jenis ‘sepit ketam’. Cermin belakang landai menambahkan ruang kapasiti barangan.

Tidak hanya berbadan besar, Subaru menambah baik ciri aerodinamik seperti liang udara pada braket gerbang roda bagi membolehkan udara mengalir keluar dari ruang roda lebih bebas. Rekaan itu turut membantu mengurangkan angkatan tayar depan, sekali gus meningkatkan kestabilan pemanduan.

Jarak tinggi bumi 221mm dikatakan lebih tinggi berbanding SUV pesaing lain.

Rekabentuk Dalaman, Fungsi

Ruang kabin mengekalkan identiti model baharu Subaru dengan skrin besar pada tengah papan pemuka. Corak pada panel papan pemuka menonjolkan sisi mewah Forester.

Asasnya, Forester dilengkapi unit infotainment skrin sentuh kembar Subaru StarLink 7 inci. Jika tidak memadai, Subaru menawarkan sistem Subaru StarLink Multimedia Plus 11.6 inci. Kedua-dua sistem boleh dihubungkan dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.

Turut ditawarkan sistem Subaru StarLink Safety and Security Connected Services dengan fungsi bantuan kecemasan SOS, Notifikasi Perlanggaran Automatik, Makluman Penyelenggaraan dan lain-lain.

Subaru juga merekabentuk kerusi depan untuk memberikan lebih sokongan dan meningkatkan keselesaan selain mengurangkan keletihan. Bahagian bahu kerusi depan dilangsingkan untuk penglihatan dan laluan lebih baik ke kerusi belakang.

Subaru Forester 2025 juga lebih senyap dan selesa hasil penambahbaikan penebat dengan pengurangan sekitar 39 peratus kadar bunyi dari panel bumbung.

Sistem penyaman udara ditambah baik untuk memberi tumpuan kepada penumpang berbanding keseluruhan kabin dan membantu dari segi keselesaan serta penggunaan bahan api.

Memudahkan pengguna, Subaru menawarkan pintu but bebas tangan dengan sensor kaki yang pertama untuk model Subaru.

Kerusi belakang boleh dilipat dalam nisbah 60:40. Jika dilipat ke bawah, ruang barangan mampu mengisi muatan 2,106 liter. Cangkuk utiliti tahan lasak dipasang pada lapan sudut termasuk dua pada pintu but.

Badan Lebih Tegar, EyeSight Terkini

Subaru Forester 2025 menggunakan platform Subaru Global Platform (SGP) dengan tork 10 peratus lebih tegar.

Casos menggunakan teknik kimpalan lebih tegar dan tambahan perekat daripada sekitar 7985mm kepada 26974mm panjang untuk badan lebih tegar dan ringan.

Perubahan tersebut menyumbang kepada prestasi dinamik, pemanduan lebih lancar dan kabin lebih senyap.

Dari segi keselamatan, semua varian Forester 2025 dilengkapi sistem bantuan pemandu termaju EyeSight Driver Assist Technology terkini yang lebih lancar dan pantas dengan julat lebih luas berbanding sebelum ini.

Antara penambahbaikan adalah sudut pandang lebih lebar, perisian kawalan baharu dan tambahan buster brek elektronik. Sistem Pengingat Kerusi Belakang (SRSR) pula dijadikan ciri asas.

Subaru Forester 2025 akan mula dijual di AS menjelang musim luruh 2024 (Mac-Jun).

BACA >>> Subaru WRX TR (2024) Debut di AS dengan Komponen Premium dan Ciri EyeSight
BACA >>> Subaru BRZ tS (2024) dengan Suspensi STI, Brek Brembo dan EyeSight Pertama untuk Manual
BACA >>> Subaru Rex Boost Gear Concept (2023), Kembar Lasak Daihatsu Rocky, Perodua Ativa
BACA >>> #TahukahAnda: Lima Dekad dengan Sistem AWD, Kekal Jadi Ciri Premium Subaru!

Subaru Forester 2025 Amerika Syarikat
Auto Terkini Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 Subaru Subaru Forester Subaru Forester 2025 SUV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Bangkok International Motor Show Ke-47 ‘Tayang’ Masa Depan Automotif

    26/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    26/03/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.