Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tesla Lancar Stesen Supercharging V4 di i-City Shah Alam!
Auto Terkini

Tesla Lancar Stesen Supercharging V4 di i-City Shah Alam!

SyafieBy Syafie12/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Stesen Tesla Supercharging V4 di iCity, Shah Alam.
TESLA melancarkan Stesen Supercharging V4 terbaharu di i-City Finance Avenue, Shah Alam yang dilengkapi empat unit Supercharging V4 yang mampu memberikan pengecasan pantas kepada komuniti sekitar, termasuk mereka yang singgah ke pusat beli-belah atau dalam perjalanan ke destinasi seterusnya.

Supercharger V4 Tesla mampu menjana hingga 250kW untuk mengecas Model 3 dan Model Y sejauh 282km dalam masa hanya 15 minit.

Sistem itu turut menyokong teknologi masa depan dan menawarkan pengalaman ‘plug and charge’ lancar melalui aplikasi Tesla. Aplikasi tersebut membolehkan pengguna menyemak ketersediaan pengecas, navigasi, pemantauan pengecasan dan pembayaran automatik tanpa kerumitan.

Dengan kadar bayaran mengikut penggunaan, Supercharging Tesla adalah antara kaedah pengecasan paling efisien dari segi kos di pasaran ketika ini.

Stakat ini, Tesla mengendalikan 15 stesen Supercharging (68 pengecas) dan 15 stesen Destination Charging (70 pengecas) seluruh Malaysia.

Lonjakan Penyerahan Model Y, Program Ganjaran

Tesla Malaysia memulakan penyerahan Tesla Model Y baharu pada Mei 2025 yang menyumbang kepada lonjakan pendaftaran kenderaan sebanyak 403 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Sebagai sebahagian usaha meraikan pengalaman Tesla, syarikat itu turut mengundang pemilik sedia ada dan baharu untuk menyertai program Refer & Earn, yang menawarkan ganjaran hingga RM15,000 setahun jika memperkenalkan Tesla kepada rakan.

Pelanggan Tesla juga menerima sokongan pengecasan rumah percuma yang memudahkan dan menjimatkan kos pengecasan harian.

Program Tukar EV, Insentif Hijau

Tesla Malaysia juga melancarkan Program Penukaran EV bagi mempercepat peralihan daripada kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) kepada kenderaan elektrik (EV) Tesla.

Pelanggan boleh menikmati nilai tukar beli tambahan RM15,000, pembiayaan kadar faedah rendah dan insentif keseluruhan hingga RM43,000.

Selain itu, Program Insentif Mobiliti Hijau Tesla turut diperkenalkan bagi menyokong organisasi dan pekerja prihatin terhadap alam sekitar untuk beralih kepada EV, sejajar aspirasi Malaysia ke arah masa depan lebih hijau dan lestari.

Kadar Caj Supercharging Tesla

  • Kadar Supercharging bermula RM1.19/kWj
  • Yuran Kelengahan (Idle Fee) hingga RM4/minit apabila stesen Supercharging digunakan sepenuhnya (100 peratus)
  • Tesla Destination Chargers: PERCUMA untuk pemilik kenderaan Tesla (hingga diberitahu kelak)

Lokasi Pusat Pengalaman Tesla di Malaysia

  • Cyberjaya: 23A Persiaran APEC, Cyberjaya, Selangor
  • Pavilion Damansara Heights: Lot 2.27.11, Tingkat 2, Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur
  • Gurney Plaza, Pulau Pinang: Lot 170-G-56A/56A1, Aras Bawah, Pintu Masuk Kelawai
  • Pusat Servis Johor: 5 Jalan Sri Plentong 6, Masai, Johor

Pusat Servis Tesla di Malaysia

  •  Cyberjaya: Cyberview 23A, Persiaran APEC, Cyber 6, Cyberjaya, Selangor
  • Pulau Pinang: Cyberview 23A, Persiaran APEC, Cyber 6, Cyberjaya, Selangor
  • Johor: 5 Jalan Sri Plentong 6, Masai, Johor
Auto Terkini I-City Pengecas EV Shah Alam Supercharger V4 Tesla Tesla Malaysia V4 Supercharging
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Toyota Hilux Travo 2026 Debut Di Bangkok, Generasi Kesembilan Kini Dengan Versi EV

    30/03/2026
    Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu maut
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Ragut Nyawa, Politikus Desak Hukuman Lebih Berat

    30/03/2026
    Petronas logo
    Auto Terkini

    Petronas Tidak Terlibat Cadangan Bekal Bahan Api ke Filipina

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.