Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Stesen Cas EV Masih Tak Cukup, Kurang 1,000 Unit Seluruh Negara
Auto Terkini

Stesen Cas EV Masih Tak Cukup, Kurang 1,000 Unit Seluruh Negara

Han OthmanBy Han Othman29/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


STESEN pengecas kenderaan elektrik (EV) masih rendah, iaitu kurang 1,000 stesen yang direkodkan seluruh negara, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Menurutnya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) awalnya mensasarkan 5,000 stesen pengecas seluruh negara tahun ini dengan menumpukanbandar utama, tetapi setakat ini jumlah stesen masih kurang.

BACA >>> Jurujual Cina Reviu Van Jenazah Cuit Hati Netizen
BACA >>> Audi A6 Avant e-tron Concept Pamer Evolusi EV Gaya Wagon!

Selain tumpuan di bandar-bandar utama, kita juga dapat permintaan negeri lain bagi membolehkan kenderaan ini berjalan dari negeri ke negeri dan memerlukan kemudahan stesen pengecas sepanjang jalan.

“Jadi, usaha sedang dilaksanakan Kerajaan dengan memanggil semua pihak berkepentingan bagi membolehkan kita melihat bagaimana memperbanyak stesen pengecas,” katanya selepas majlis perasmian enam van elektrik DHL Express Malaysia,  semalam.”

Ahmad Amzad berkata, MOSTI memberi penekanan terhadap teknologi berkenaan bagi mempercepatkan usaha meningkatkan penggunaan EV, sekali gus menangani masalah peningkatan pelepasan karbon dalam negara.

Pada masa sama, pelbagai penyelidikan sedang dilaksanakan bagi membolehkan negara terlibat dalam industri berkaitan komponen EV seperti kemudahan penyimpanan tenaga bateri.

Sementara itu, DHL Express semalam memperkenalkan enam van elektrik yang akan membuat penghantaran sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bermula awal Oktober ini, sekali gus menjadikan syarikat penyedia logistik pertama Malaysia beralih kepada EV komersial.

DHL Express juga merancang menambah 55 van elektrik tahun depan bagi menjadikan jumlah keseluruhan 61 van seluruh negara menjelang 2023.

BACA >>> DHL Express Pilih Van Elektrik CAM EC35 Hantar Barang Pelanggan
BACA >>> Video Detik Pesawat DHL Mendarat Cemas Sebelum Patah Dua

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Datuk Ahmad Amzad Hashim DHL Express Malaysia Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Van Elektrik Van EV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.