Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Standard Baharu Kunci Kereta Telefon Pintar akan Tingkatkan Sekuriti Kenderaan
Auto Terkini

Standard Baharu Kunci Kereta Telefon Pintar akan Tingkatkan Sekuriti Kenderaan

Han OthmanBy Han Othman25/06/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TELEFON pintar bakal menjadi ciri baharu untuk mengunci dan menghidupkan kenderaan selepas beberapa pengeluar automotif dan syarikat teknologi bersetuju menetapkan set piawaian baharu untuk kunci kereta telefon pintar.

Konsortium Konektiviti Kereta (CCC) – Volkswagen, BMW, Hyundai, Apple, LG dan Samsung – mengumumkan spesifikasi ‘Digital Key Release 1.0’ dalam mewujudkan ekosistem baharu yang membolehkan pemandu mengunci, membuka kunci dan menghidupkan kenderaan menggunakan peranti pintar.

Ketika ini, pemilik Tesla sudah pun boleh menggunakan aplikasi kunci kereta telefon pintar untuk mengakses dan menghidupkan Model S, Model X dan Model 3, tetapi cuma khas untuk jenama itu sahaja. Bagaimanapun, set protokol baharu CCC akan mewujudkan penyelesaian standard pertama dalam industri automotif.

BACA >>> #ApaNakBuat: Kunci Kereta Tidak Boleh Pulas, Bagaimana Atasinya?

Menurut CCC, sistem baharu itu akan memberikan jaminan sekuriti tertinggi untuk akses kenderaan. Teknologi tersebut ialah produk protokol NFC (Near Field Communication) dan berbeza berbanding sistem masukan tanpa kunci sedia ada yang mudah diceroboh penggodam dan pencuri kereta.  

Spesifikasi 1.0 berjaya menarik minat banyak pengeluar automotif dan telefon pintar yang kemudian mencetuskan komitmen piawaian ‘Digital Key Release 2.0’. Terbaharu, teknologi spesifikasi kedua itu turut melibatkan kumpulan baharu yang terdiri daripada pengeluar seperti Audi, General Motors (GM) dan beberapa syarikat lain.

Jurucakap Volkswagen berkata, syarikat itu sudah lama menyokong dan menyumbang kepada aktiviti Piawaian Kunci Digital (DKS) yang dibangunkan CCC sejak hari pertama lagi. Audi pula berkata, protokol CCC akan menghasilkan perkhidmatan inovatif baharu dalam industri automotif, manakala BMW mendakwa teknologi tersebut bakal memberikan pengalaman kepenggunaan yang superior kepada pelanggan.

SUMBER: AutoExpress

Auto Terkini Car Connectivity Consortium CCC Digital Key Release 1.0 Digital Key Release 2.0 Digital Key Standardization Konsortium Konektiviti Kereta (CCC) kunci kereta Kunci Kereta Telefon Pintar Near Field Communication (NFC) NFC Roda4 telefon pintar
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

19/03/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

19/03/2026
Sukan Permotoran

dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

18/03/2026
JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
Auto Terkini

JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

18/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

By Han Othman15/03/2026
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
Aksesori

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

By Han Othman13/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.