• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Suzuki Jimny 5-Pintu Guna Enjin Hibrid Dikesan, Bakal Masuk Malaysia?

#Spyshot: Suzuki Jimny 5-Pintu Guna Enjin Hibrid Dikesan, Bakal Masuk Malaysia?

December 23, 2022 By Shawkath Leave a Comment

44
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Jimny 5-pintu sudah beberapa kali dikesan di India sedang dipandu uji atas jalan raya awam dalam imej kamoflaj. Khabarnya, kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu itu sudah selesai fasa pembangunan dan bakal dilancarkan tahun depan.

Rekabentuk Suzuki Jimny 5-pintu dikatakan sama seperti Jimny 3-pintu. Cuma, model terbaharu itu memiliki jarak roda lebih panjang dengan tambahan dua pintu belakang. Ruang kabin juga dikatakan sama.

BACA >>> Kereta Suzuki Kembali di Malaysia! Kini di Bawah Naza Eastern Motors
BACA >>> Suzuki Jimny Baharu Kini di Malaysia, Harga RM168k!


Andaian itu dibuat berdasarkan beberapa foto intip Suzuki Jimny 5-pintu yang dikesan tanpa perbezaan signifikan berbanding varian standard Suzuki Jimny melainkan tambahan kerusi belakang.

Laporan terbaharu mendedahkan Suzuki Jimny 5-pintu akan menggunakan enjin sama seperti Suzuki Ertiga berkapasiti 1.5L berkuasa 102hp dan tork 130Nm.

Bezanya, Suzuki Jimny 5-pintu akan dipasang tambahan sistem hibrid ringan (MHEV) untuk menjimatkan penggunaan petrol. Varian 3-pintu pula kekal dengan trenkuasa konvensional petrol sepenuhnya. Kedua-dua varian ada pilihan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan.

Kali terakhir Suzuki Jimny diperkenalkan di Malaysia adalah pada 2021, dibawa masuk Naza Eastern Motors sebagai unit import (CBU) pada harga RM168,900, tanpa cukai!

BACA >>> Chery Malaysia Rancang Perkenal Produk CKD, Model Semi-CKD Lancar Tahun Depan
BACA >>> Suzuki Thailand Perkenalkan Swift GL Plus Special Edition, Harga Mula RM72.8k!

SUMBER: Liputan6

Artikel Berkaitan

44
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Foto Intip, Jimny 3-pintu, Naza Eastern, Spyshot, Suzuki Ertiga, Suzuki Jimny, Suzuki Jimny 5-pintu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha Lancar GT150 Fazer (2023) Di China, Harga RM8.4k
    Yamaha Lancar GT150 Fazer (2023) Di China, Harga RM8.4k
  • Skuter Advencer dari Sepanyol Wottan Storm-V 125 (2023) Masuk Eropah, Harga Mula RM17k!
    Skuter Advencer dari Sepanyol Wottan Storm-V 125 (2023) Masuk Eropah, Harga Mula RM17k!
  • DBKL Arah Projek SOHO Dekat LRT Bandaraya Dihentikan Serta-Merta
    DBKL Arah Projek SOHO Dekat LRT Bandaraya Dihentikan Serta-Merta
  • Bangsal Kenderaan di Tengah Jalan Raya, PBT Keluar Notis Suruh Alih
    Bangsal Kenderaan di Tengah Jalan Raya, PBT Keluar Notis Suruh Alih

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my