• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suzuki Jimny Baharu Kini di Malaysia, Harga RM168k!

Suzuki Jimny Baharu Kini di Malaysia, Harga RM168k!

September 30, 2021 By Shawkath Leave a Comment

660
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAZA Eastern Motors secara rasmi mengumumkan ketibaan model generasi keempat Suzuki Jimny yang ditawarkan pada harga atas jalan RM168,900, tanpa cukai jualan dan perkhidmatan.

Model import (CBU) dari Jepun itu hadir dalam empat pilihan warna: Kinetic Yellow dan Bluish Black Pearl 3 (kuning-hitam), Jungle Green (hijau), Medium Grey (kelabu) dan Bluish Black Pearl 3 (hitam).

Berikut perincian Jimny baharu itu:

BACA >>> Suzuki Jimny Masuk Malaysia Ogos ini, Swift Standard Tahun Depan?

  • Dijana enjin petrol 1.5L yang dipadankan transmisi automatik 4-kelajuan dengan tork mencukupi mengikut julat rev enjin untuk memberikan kecekapan pemanduan dalam bandar atau off-road.
  • Kuasa disalurkan sama ada ke kedua-dua roda belakang (RWD) atau semua roda (4WD) menerusi sistem ALLGRIP PRO. Pemandu ada pilihan 4WD dengan ciri Kawalan Turun Bukit (HDC) dan Kawalan Pegun Bukit (HHC).
  • Dibinas berasaskan frem ladder, sistem suspensi gandar rigid 3-poin berserta spring koil menawarkan jarak lega bumi setinggi 210mm dengan berat cuma 1,095kg.
  • Ada empat kerusi dalam konfigurasi klasik dengan barisan tempat duduk depan lebih lebar sebagai sokongan tambahan, dan ruang kelegaan kaki serta kepala lebih luas.
  • Kerusi penumpang kini jenis rata apabila direbahkan untuk memberikan ekstra ruang seluas 830 liter bagi memudahkan simpanan barang.
LED Headlamp with Washer
4WD with low-range transfer gear
  • Rekaan papan pemuka berkonsepkan retro kemas. Ada fungsi penyaman udara dan stereng kulit multifungsi.
  • Tambahan lain, unit infotainmen skrin sentuh yang menyokong konektiviti Apple CarPlay dan Bluetooth selain fungsi audio.
  • Aspek keselamatan menerapkan konsep teknologi Suzuki Total  Effective Control Technology (TECT). Struktur badan Jimny direka untuk menyerap hentakan dan menghilangkan impak.
  • Dilengkapi teknologi Program Stabiliti Elektronik (ESP), iaitu tork enjin dan brek dapat diselaraskan automatik jika tayar mula hilang cengkaman.
  • Ada pautan ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak.

Jika berminat, anda boleh lawati bilik pameran Suzuki 3S di Naza Automall di Petaling Jaya, Selangor atau menempah sesi pandu uji menerusi talian 03-7952 7017. Maklumat lanjut boleh layari www.suzukimalaysia.com

BACA >>> Suzuki GB Selit Tangki Minyak Katana Dalam Program Alat Ganti Vintaj, Harga RM4.3k!
BACA >>> Volkswagen Taigo - SUV Gaya Coupe Kini di Eropah
BACA >>> Kereta Suzuki Kembali di Malaysia! Kini di Bawah Naza Eastern Motors

Suzuki Jimny - 0
Suzuki Jimny - 4
Suzuki Jimny - 3
Suzuki Jimny - 2
Suzuki Jimny - 1
Suzuki Jimny warna - 0
Suzuki Jimny warna - 1
Suzuki Jimny warna - 3
Suzuki Jimny warna - 2
Suzuki Jimny Komponen - 2
Suzuki Jimny Komponen - 1
Suzuki Jimny Komponen - 0
Suzuki Jimny Komponen - 3
Beauty Shot 1
Beauty Shot 2
Beauty Shot 3
Beauty Shot 4

Artikel Berkaitan

660
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Naza Eastern, Naza Suzuki, Roda4, SUV, Suzuki Jimny, Suzuki Jimny Generasi ke-4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Drive Shaft Lori Tertinggal , Dilanggar Kereta Belakang Sampai Rim Pecah
    Drive Shaft Lori Tertinggal , Dilanggar Kereta Belakang Sampai Rim Pecah
  • Simple One (2023) - Skuter Elektrik Paling Jauh Tunggang di India, 212km Sekali Cas
    Simple One (2023) - Skuter Elektrik Paling Jauh Tunggang di India, 212km Sekali Cas
  • Pemandu HR-V Merah Samseng Akhirnya Kena Saman
    Pemandu HR-V Merah Samseng Akhirnya Kena Saman
  • Harley-Davidson X440 (2023) Buatan India Lancar 4 Julai, Anggaran Harga RM15k!
    Harley-Davidson X440 (2023) Buatan India Lancar 4 Julai, Anggaran Harga RM15k!

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my