• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Kelibat Honda City Serba Baharu Dikesan di AKLEH

#Spyshot: Kelibat Honda City Serba Baharu Dikesan di AKLEH

August 10, 2020 By AI Leave a Comment

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia bulan lalu memuat naik status ringkas berserta foto acah dalam laman Facebook rasmi wakil pengeluar itu dengan kapsyen 'The game will no longer be the same- Watch this space'.

Bagaimanapun, tanda pagar #allnewcity berserta siluet foto acah sudah jelas menunjukkan itu ialah Honda City serba baharu yang bakal muncul tidak lama lagi. Cuma masih belum diketahui bilakah model berkenaan bakal dilancarkan. Mungkinkah dilancarkan suku keempat tahun ini?

BACA >>> Honda City (2020) Lancar di Thailand, Kini dengan Enjin 1.0L VTEC Turbo

Terkini kami menerima mesej ringkas dari seorang pembaca yang mendakwa ternampak model tersebut sedang menjalani sesi penggambaran di Lebuhraya Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).


City serba baharu itu berwarna merah seperti imej dimuat naik Honda Malaysia sebelum ini, manakala bahagian cermin digelapkan.

Berdasarkan foto, City serba baharu memiliki rekabentuk luaran lebih maskulin dan sporty. Lampu belakang diperbaharui dengan rekabentuk LED unik dan tersendiri. Dari pandangan belakang, sedan segmen-B itu juga nampak lebih panjang berbanding model terdahulu.

honda-city-2020-thai-10
honda-city-2020-thai-1

Dari segi dimensi, City serba baharu memang lebih panjang 113mm (4,533mm) daripada model sedia ada, dan 53mm lebih lebar (1,748mm), manakala tinggi direndahkan 10mm (1,467mm) dan jarak roda 11mm lebih pendek (2,589mm). Walaupun negara jiran Thailand menawarkan enjin 1.0L Turbo, City versi Malaysia dijangka mengekalkan enjin aspirasi natural (NA) 1.5L.

Apapun kita nantikan kehadiran Honda City serba baharu ke pasaran tempatan nanti!

BACA >>> Honda City Kekal Takhta Raja Segmen B Malaysia, Sudah 300,000 Unit Terjual Sejak 2001

Artikel Berkaitan

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: autoterkini, foto spyshot, Honda, Honda City, Honda City 2020, Honda Malaysia, sedan segmen-B, Spyshot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Proton X30 Buka Tempahan, Harga Anggaran RM65k! (Jangan Percaya, Dah 2 April Daa...)
    Proton X30 Buka Tempahan, Harga Anggaran RM65k! (Jangan Percaya, Dah 2 April Daa...)
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Motosikal Susah Nak Hidup? Periksa Dulu 6 Komponen Ini!
    #TahukahAnda: Motosikal Susah Nak Hidup? Periksa Dulu 6 Komponen Ini!
  • #TahukahAnda: 4 Tanda Enjin Kereta Anda Mungkin Kena 'Overhaul'
    #TahukahAnda: 4 Tanda Enjin Kereta Anda Mungkin Kena 'Overhaul'

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my