• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Dikesan Ditunggang Uji, Kapcai 150cc Filipina Masuk Malaysia?

#Spyshot: Dikesan Ditunggang Uji, Kapcai 150cc Filipina Masuk Malaysia?

January 12, 2021 By AI 1 Comment

746
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DI ASEAN, trend kapcai 150cc kini menunjukkan peningkatan, terutama di pasaran Malaysia dan Vietnam yang memiliki potensi pembeli segmen itu yang tinggi.

Di Malaysia misalnya, semua tahu pesaing utama dalam segmen kapcai 150cc ialah Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R. Juga ada model lain seperti SYM VF3i dan Benelli RFS15oi yang memiliki kelompok peminat tersendiri. Itu belum muncul lagi kemunculan semula Suzuki menerusi Belang R150 Fi yang tiba-tiba mendiamkan diri.

Terbaharu, kami menerima foto intip kiriman pembaca yang katanya itu ialah kapcai 150cc buatan Filipina yang dilancarkan awal 2020 dengan nama Rusi Flash 150 FI. Benarkah?

Flash 150 FI (foto atas) ialah model patuh Euro 4 yang dijana enjin silinder tunggal 149.2cc penyejukan udara berkuasa 10.46hp @ 7,000rpm dan tork 11.5Nm @ 5,500rpm. Bagaimanapun, model itu menggunakan transmisi klac manual 5-kelajuan, manakala kelajuan maksimum setakat 105kmj dengan berat jentera 118kg.

Melihat imej intip dari pandangan sisi itu, kapcai itu memang mirip sosok badan Flash 150 FI berdasarkan kehadiran lampu pada fairing dada, manakala bahagian belakang sedikit menjungkit dengan madgad tinggi. Rekaan rim juga sama.

Flash 150FI menggunakan sistem LED pada lampu depan, belakang dan signal belok. Sistem suspensi menggunakan fork telekospik di depan dan monoshock di belakang, manakala saiz rim 17 inci. Tangki minyak menawarkan isian 5.5 liter petrol, manakala kluster instrumen jenis analog dan digital.

Soalannya, adakah pembeli Malaysia berminat dengan kapcai ini? Lagipun, kuasa dihasilkan kurang memberangsangkan. Kan?

BACA >>> CEO Modenas: Supermoped Masih Ada, Cuma Tak Lancar Tahun Depan
BACA >>> 5 Motosikal ABS Bawah 150cc Paling Bajet di Vietnam

rusi-flash-150-fi-2020-filipina-10
rusi-flash-150-fi-2020-filipina-11
rusi-flash-150-fi-2020-filipina-9
Rusi Flash 150 FI_3
Rusi Flash 150 FI_1
rusi-flash-150-fi-2020-filipina-1
Rusi Flash 150 FI_4
rusi-flash-150-fi-2020-filipina-3
rusi-flash-150-fi-2020-filipina-3
rusi-flash-150-fi-2020-filipina-4
rusi-flash-150-fi-2020-filipina-5
rusi-flash-150-fi-2020-filipina-6
rusi-flash-150-fi-2020-filipina-7
rusi-flash-150-fi-2020-filipina-8
746
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Foto Intip, Imej Intip, Kapcai, Kapcai 150cc, Moped, roda2, Rusi Flash 150 FI, Rusi Flash 150 FI (2020), Rusi Motorcycles, Spyshot, Supermoped

Comments

  1. Jan says

    January 13, 2021 at 10:05 AM

    Lemau gila 10hp je

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
    #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
  • #TahukahAnda: Inilah Caranya Beli Kereta Terpakai yang Berbaloi... (13 Tip)
    #TahukahAnda: Inilah Caranya Beli Kereta Terpakai yang Berbaloi... (13 Tip)
  • Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k
    Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my