Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Spyshot: Bocor Imej Lakaran Rupa Honda Civic (2021) Serba Baharu
Auto Terkini

#Spyshot: Bocor Imej Lakaran Rupa Honda Civic (2021) Serba Baharu

Han OthmanBy Han Othman18/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIDAK sampai beberapa hari HONDA menyiarkan video acah Civic (2021) serba baharu, kini bocor pula imej model itu di media sosial dengan menunjukkan rupa penuh model generasi ke-11 tersebut yang sudah pun mencecah usia ke-49 tahun.

Imej lakaran janaan komputer (CG) itu menunjukkan rekabentuk seperti mana didedahkan video acah sebelum ini. Perubahan paling ketara, rupa depan dan belakang berbeza sepenuhnya berbanding model terdahulu yang terkenal dengan  julukan ‘Civic Ketam’.

Rekabentuk Civic (2021) serba baharu masih slik seperti dulu, cuma bonet lebih maskular dengan lampu utama dan gril direka baharu lebih minimalis. Lampu siang (DRL) kelihatan lebih menonjol yang mampu menyerlah visual sedan ini dari jauh.

Namun, paling banyak berubah ialah rupa belakang. Tiada lagi lampu ‘sepit ketam’, sebaliknya digantikan rekabentuk lebih lembut, ringkas dan slik. Sama seperti lampu utama, strip LED bentuk ‘L’ turut menjadi gaya khas lampu belakang. Bentuk pilar-C masih dalam gaya fastback yang mengingatkan kita kepada model si abang Accord.

Apapun, jika mengambil kira persamaan dengan imej video acah dulu, ini sebenarnya cuma versi prototaip dan rekabentuk sebenar model pengeluaran semestinya akan menampilkan beberapa perubahan lain.

Rekabentuk papan pemuka Civic (2021) serba baharu juga berubah dengan mengetengahkan konsep horizontal seperti biasa dilihat pada kabin Mazda. Unit infotainment jenis apung kini tersergam besar, dijangka bersaiz 8-9 inci di konsol tengah, manakala rekaan stereng lebih bulat.

Ventilator penyaman udara dengan gril sarang lebar (hoenycomb) disusun sebaris dengan panel horizontal papan pemuka. Memang unik dan menarik!

Menurut sumber dari Kilang Honda Pagoh, ada satu unit Civic (2021) sudah siap sedia diuji di jalan raya Malaysia.

Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

30/05/2026
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

30/05/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

29/05/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

29/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie29/05/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

By Syafie29/05/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

By Syafie30/05/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

By Abang Hirata25/05/2026
John Cena beli Honda Prelude
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

By Shazwan Hisam25/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.